Projek-Z : Membuat WordPress Theme Part 1

Sepertimana post saya sebelum ini, saya akan cuba membina theme custom WordPress. Dan saya akan cuba supaya buat theme ini boleh diberikan percuma pada sesiapa yang berminat. Kalau ok, boleh lah submit kat WordPress theme page  (itupun kalau berjaya,  sebab syaratnya macam agak ketat)

Target saya ialah, theme tersebut boleh disiapkan sebelum akhir bulan ini, iaitu kira2 ada lagi 10 hari dari sekarang! Here’s some screenshot kerangka theme.

So.. selepas beberapa request dengan pelbagai taste yang mana setiap orang adalah berbeza. Jadi saya buat keputusan, untuk bina theme yang ada 3 golongan target utama.

1. Photographer
2. Pelukis / Illustrator / Kartunis / Komik artis
3. Graphic Designer

Atau… Sesiapa nak showoff rakan2 yang sewaktu dengannya.

Kita kembali selepas ini, nikmati dulu Iklan heh!

Usually.. most of them berdasarkan pemerhatian, kehendak dan research… nak theme yang simple, yang penting gambar utama kena besar. 😀

Sealiran dengan itu, saya juga akan cuba membolehkan theme ini dibina berdasarkan standard HTML5 dan CSS3. Berserta serba sedikit tambahan seperti jquery dan sebagainya. Tidak perlu terlalu banyak, minima teks di depannya, sebaliknya SIMPLE dan MENCUKUPI 🙂

Langkah2 :

1 – Jadi… apa yang saya buat mula2 ini adalah merancang KERANGKA, tanpa kerangka, atau sekadar congak2, mungkin sukar nak bina.

2 – Tak perlu design sepenuhnya, kerana saya menganggarkan, selain rupa asas, beebrapa element lain adalah ‘boleh diubah’ oleh penggunanya. Seperti contoh : logo, background dan sebagainya.

3 – Ini adalah kerana, subjek tersebut berubah mengikut penggunanya.  Tetapi sudah tentulah ada rekabentu asasnya.

Saya akan menceritakan progress pembinaan ini dari masa ke semasa. 🙂