Buat custom theme wordpress?

Aku dah banyak buat custom theme untuk wordpress, nak macam mana? aku bleh buat (tapi jangan la stok advanced terlampau 😀 ) .  Dari sesimple blog, secomplicated, seee…. ape2 je, boleh saja di adakan. Dah lama aku main wordpress nih, dulu2 terkial2 gak nak siapkan 1 theme sekali pun.

Skang nih, setakat average theme, leh siap dalam tempoh 7 hari bekerja je. Mean selepas design dipersetujui, aku akan mula coding CSS3 dan HTML5 nya. Selalu yang part jadi lambat ialah confirmation design layout. Dan gak content dan bahan2 berkaitan.

Anyway… Beberapa minggu lalu aku saja2 lah buat survey tanya kawan2 aku nak theme camner. Dan macam2lah yang diorang jawab. 🙂 So aku snap capture dulu simpan wat kenangan sebelum aku jalankan ‘PROJEK-Z’.

*click untuk full view.

Soooo.. what I wanna do now, try to make a free Wp theme yang barangkali ada kena citarasa sebahagian diorang. Nak citarasa sepenuhnya macam kita nak sebenarnya mustahil! Atas sebab itu juga lah theme customizer aku cari makan ikut selera orang nak haha..

Okess.. jadi… aku akan mulakan nanti beberapa pos selepas ini, tunjuk progress dan genre theme yang aku baru plan2 dalam kepala otak nih. 🙂  Dan aku akan story serba banyak step by step aku buat theme tu macam mana. Aku cuba gak siapkan theme nih sepenuhnya. Tungguuuu!!!