Jika dalam dunia penyiaran seperti TV dan radio, biasanya di nilai dalam kiraan rating (complicated sebenarnya). [ TV rating system ] . Dalam dunia penerbitan bercetak pula di nilai berdasarkan ‘circulation’ ataupun kitaran unit jualan (kot?). Dan dalam dunia web pula, sudah tentu berdasarkan TRAFIK! (Sebenarnya barangkali diluar sana sudah ada banyak web membicarakan hal trafik ini, anggaplah ini adalah versi saya yang lazimnya berbeza dari stereotype kat luar sana 😉 )
Selain trafik, pagerank juga merupakan 1 perkara lagi, tetapi boleh dikatakan pagerank nih tidaklah sehebat trafik. Ada mengatakan pagerank adalah sebagai benchmark ‘nilai isi’ atau kualiti sesebuah web, juga sejauh mana ia disenaraikan di enjin carian. Google pagerank lazimnya diutamakan. [ Check pagerank ] Web ini misalnya pagerank 3, dulu pernah cecah 4, tapi sebab terbiar lama mestilah jatuh. Kadang-kadang tukar hosting pun boleh jatuh. Traffik juga ada kaitan dengan pagerank walaupun tak selalunya sama.
Beberapa bulan lepas, atau lewat tahun 2010, web saya Pergh.com (dulu pagerank 5 – sekarang 2?) mempunyai traffik yang cukup baik dan tinggi. Mencecah ribuan trafik unik sebulan, dan ratusan ribuan page view sebulan. Mungkin tidak sehebat sesetengah web lain yang cecah ribuan unik dan jutaan pageview sebulan, namun perlu difahami kerana web saya adalah bersifat NICHE market atau dalam bahasa orang tak faham english-nya ialah ‘pasaran-khusus’.
Berikutan penggunaan server yang terlalu tinggi dan kerapkali mysql error atau lost connection to database kerana kemampuan terhad SemiDedicated server ketika itu (sampai kadang2 naik bosan restart server dan fix error – Iklan : forum masalah bagi kat aku troubleshoot – harga leh nego hehe), maka saya mengambil keputusan menutup room kepada public view. Cuma kena login untuk lihat isinya pada ketika itu. Trafik saya secara drastik telah merudum lebih 70%! Yang lebih memeritkan ialah, banyak google listing telah diremove kerana di ibarat bounce link atau page error, padahal semuanya telah dipointkan kepada login page sahaja. Web yang lama tutup atau tidak diupdate juga akan berlaku hal yang sama contohnya blog ini hahaha.
Selepas saya bertukar kepada dedicated atau colocation server kira2 hampir 5 bulan selepas ditutup, saya berusaha menaikkan kembali trafiknya ke asal. Sudah tentu ia tidak akan secara semula jadi naik semudah itu. Perlu difahami, turunnya mudah, naiknya susah. Bayangkan saya hilang beratus2 atau mungkin beribu2 backlink, beribu2 keywords dan segalanya yang menyumbang trafik. Daripada unik visit sekitar 1200 sehari, saya cuma tinggal 250 unik sehari. Lihat rajah dibawah. (saya suka gunakan sitemeter dan sengaja di open-to-public. Diketahui ada juga webmaster menyorokkan trafik mereka dan mendakwa trafik mereka sangat2 tinggi padahal ada yang menipu!)
Nah ini dia webmaster-webmaster penipu trafik… screenshoot trafik latest setakat ini.
Lihat bukan? sungguh berbatu2 jauh bezanya. Ini adalah effect daripada :
1 – Menutup forum room kepada MESTI LOGIN UNTUK LIHAT.
Banyak forum2 konon2 eklusif lah sangat, sampai orang tak leh masuk. Organic traffic dari search engine takdak!
2 – Server selalu on off, error atau down.
Sebab tuh jangan suka sangat pakai server ada status unlimited! sebab diorang OVERSELL jadi server sesak sebab ramai sangat client! Murah jarang ada barang baik. Mahal lum tentu baik sangat gak (cam sesetengah Toyota kah kah)
3 – Permalink atau link ‘cantik’ bukan dynamic link
Dalam bahasa PHP-nya ialah mode rewrite. Sebab tuh joomla yang hampeh rajin kalah dengan wordpress dalam SEO sebab link dia kantoi! ie modules?=blabla&contentpage?=14 etc… tapi saya tau, ada modules (lagi) nak jadikan link ok cam skang, joomla 1.6 latest dah ok sket, tapi still bagi sakit kepala yang banyak – i’m talking this because ‘am programer too! – bukan orang buta programing!) WordPress dah ada berzaman bende nih as a STANDARD OPTION! Itu tak cerita lagi pasal wat theme dia tu.. Ah.. hardcore joomla malaysia je lebih2 ingat joomla bagus, kat oversea sana semua programer avoid guna joomla. Dan biasanya.. mmg user wordpress selalu gaduh ngan user joomla. hahaha… Hoi! blog wordpress korang apasal tak guna permalink? (tak reti upah aku wat hehe)
4 – Mainpage jarang update .
Saya akui, forum saya [ Pergh.com Forum ] adalah aktif, tapi muka depannya sangat tidak aktif. Ini akan saya cuba ubah selepas ini. Sibuk dengan hal lain, sampai web sendiri terbiar, harapkan orang lain update lagilah takde maknenyerrr der. Primary target selepas ini saya akan boost trafik kepada tahap maksima, saya akan ceritakan disini apa yang saya lakukan.
5 – Design lama tak tukar baru.
Bab nih kita kene faham juga, ia berkaitan yang amat sangat sebenarnya. Ibarat awek cun waras pakai baju yang sama setiap kali. Bertahun2 tidak tukar, tidak refresh, tidak grooming. Web pergh saya bersifat arts, atau seni. Barangkali kurang sesuai mempunyai look yang…. formal. Itu pendapat sayalah, pendapat korang camner? (komen kat bawah)/ tapi saya pasti, sekarang amat messy (bukan Lionel Messi yang mengecewakan fanatic overdose MU baru2 nih – padan muka overated MU kah kah – sempat lagi hehe) dan berterabur, so saya akan try gunakan kepakaran terpendam saya selepas ini. Design baru on the way gak (sampai sudeh)
6 – Facebook effect?
Mungkin. Ada betul, ada tak betul. Saya akan huraikan ttg hal ini dengan panjang lebar selepas ini. I do believe, aku seorang penganalisis yang ‘agak’ bagus. Aku percaya… seperti MU, yang Facebook juga is-not-everthing! Bahkan dalam sesetengah hal, anda membataskan diri berbanding berforum atau ber-web / ber-blog SENDIRI! Tunggu kupasan saya.
7 – Malas dah taip.. tapi aku suka nombor 7 hehe. 😀
*Merancang cara menaikkan trafik web? Aku dah lari tajuk? tak.. anggap saja ini pengenalan… tunggu dari aku… komen kat bawah untuk galakkan aku menulis lebih rajin OK! Yayyy!!!