Mimpi dan impian membawa maksud berbeza. Barangkali serupa tapi tak sama. Ah…Sudah pasti diorang tidak mempunyai ibu dan bapa, kerana mereka sudah pasti bukan manusia.
Semua orang hidup pernah bermimpi… baik bayi, budak2, remaja, dewasa mahupun tua. Tapi adakah korang ada impian? Ada? Betul ke? Adakah korang pasti impian korang tuh bukan MIMPI?
Kembali kita imbas, 15 tahun dulu, atau tambah sebarang intiger yang sesuai untuk kembali ke zaman kanak2 riang ribena kita. Tatkala dunia ini tiada masalah memikirkan perkara2 yang penuh kat otak kita sekarang. Misalnya kereta belum bayar, PTPTN duk kejar, serabut dengan kerja tak habis-habis, bos bising-bising, budak office itu ini tak suka kita atau kita yang tak sedar diri asyik nyampah lebih2 kat diorang dan perasan kita bagus sangat.
Atau… lebih advanced sket misalnya client tak bayar2 claim kita, projek 8 juta harap2 dapat, awek ajak melancong oversea, ataupun masalah minyak dunia turun tapi minyak negara tetap naik. Hatta hal Salleh Yaakob dah cukup kuota kahwin empat sedangkan korang tak dapat sorang pun lagi dan segalabagailah…
Zaman itu… dari sekolah darjah 1 hingga ke sekolah menengah. Adalah zaman dimana kegemilangan pelbagai IMPIAN wujud, sampai ter-MIMPI2 pun ada. Iaitu…. Bila aku besar nanti ________________ (isikan ruang kosong dengan segala impian korang).
Nah!.. skang flashforward ke kedudukan kita sekarang.. Adakah kita masih punyai kehendak yang sama? Mana? mana mimpi2 kita? impian2 kita? MANA? Kao rasa kau duduk dalam zon selesa? Ye ke? selama mana, sampai bila? Oklah… mungkin ada yang selesa, mungkin ada yang dah puas hati dengan apa yang ada…
Tapi aku percaya… duduk bekerja siang malam, datang pagi balik petang atau malam, dapat duit habis… semata2 bukanlah IMPIAN kita satu masa dahulu (tak tau lah kalau itu impian korang)… dan kamu, mereka dan aku faham itu… walaupun tidak mungkin mengakuinya… Tidak pula aku peduli dan kisah sangat pasal mimpi2 dan impian kamu. Cuma… Ah… pedulikan dunia. Ada sahaja alasannya.
Yang aku harap, yang aku tidak akan putus asa untuk mengejar impian aku.
Teruskan bermimpi nizam, dalam masa yang sama kejarlah impian itu… kerana mimpi selalunya indah, tapi impian perlu usaha yang juga ‘indah’.
*** akan cuba menulis blog setiap hari, walaupun dengan carutan seperti ini hahaha…