Bang, ada orang komplen, mengapa web saya lambat loading?

Ok! hari nih aku nak citer sebagai start up, kepada coming soon, blog aku yang lebih berisi dan informatif. Selepas pikir panjang-pendek-panjang balik, aku nak jadikan blog aku nih sebagai blog yang bukan saja tempat merapu aku semata2… Sebaliknya juga mengisi dengan bende2 ilmu yang aku ada untuk di share ramai2. Moga2 dapatlah digunakan untuk tujuan elok dan bermanfaat. Amiinnnn…

*Anak saya, I mean, anak buah hehe… nama dia Nur Nadia Balqish. Kecik2 comel cam anak patung, baca pos adik aku la kat sini ^_^ (Aku rasa, gambar nih dia yang tangkap, bkan aku hehe)

Antara perkara2 yang aku buh kat sini adalah berkaitan mendesign dan perkara2 yang sewaktu dengannya misalnya photography. Mungkin.. mungkin aku tak se-pro orang lain ambil gambar, tapi aku ada 10 kali ganda kuasa super power editing dari orang lain hahaha. Korang ada? Ramai photographer harap barang mahal je, tapi editing hancus pun ramai. Ramai gak yang ada skill kedua-duanya. Osem!

Tapi lagi ramai HARAMJADAH dan MARKET KILLER yang cuma tahu beli kamera, petik-petik-petik dan caj murah2 juga kat luar sana. So… tak heranlah, bak kata beberapa kawan photog professional aku;

 “Market photographer hari ini susah nak cari makan, banyak dipenuhi photographer sampah, beli kamera, beli lens terus ingat diri hebat” ~ Encik X

Ok!. Aku takmau citer lagi pasal bab kamera dan editing gambar skang nih, aku nak citer dulu pasal masalah lazim web2 photographer. Yang tak berapa biasa dengan dunia web. Ada beberapa keadaan lazim berlaku, misalnya macam cerita kat bawah nih.

“Bang, napa web saya lambat load? Saya pakai sistem sama jer cam abang punya. WordPress. Nape bang? “

“Jap, aku tengok.”

Lepas beberapa lama aku belek2 web tuh, aku pun dapatlah konklusinya.

~ “Ok!, web ko mmg lambat load.”

“Napa bang?”

~ Sebab gambar banyak sangat.

“Memang la bang, web saya kan web photographer. Mesti la banyak gambar.

~ Betul! Tak salah, tapi cara awak salah.
~ Terlalu banyak gambar awak bubuh kat main page, ada slideshow tuh, mengapa sampai 20 keping gambar?

“Tak boleh ke bang?”

~ Boleh, tapi kiralah, 1 gambar dalam 800kb, 10 gambar dah jadi 8mb, 20 gambar dah ada 16mb.  Kalau line dia 1mbps, mmg berjanggut juga la menunggu. Silap2 blah terus.

” Oh, ye ke bang?, tak terpikir lak saya”

~ Ada lagi 1, ada 1 kesalahan besar awak punya gambar nih…

“Haaa???”

… bersambung esok.. 😀 (peh!)