Ok. Ada lagi 20 minit dari sekarang sebelum tarikh hari ini berakhir. So aku sambung pasal semalam yang cerita tak habis lagi tu.
Selain dari masalah web dia banyak sangat gambar letak kat slideshow, 20 keping misalnya (ada ke? ada kot?). Adalah menyebabkan page lambat loading. Ada sesetengah script mempunyai loading icon, ala.. yang loading… loading.. takpun ada icon bulat pusing2 tuh. Yang tuh ok lagi, sebab at least orang tau web tengah loading. Kalau takde yang tuh orang ingat web dia rosak. Sebab tak keluar2 pun gambarnya.
*Nak amik gambar awek orang kata gatal plak. Amik gambo kete je la.. >_< (sekadar gambar hiasan)
So… cuba kurangkan sikit bilangan photo / images kat slideshow tuh. Paling ok pun dalam 5 – 10. Kene jugak tengok berapa besar saiz lebar x tinggi gambar tuh. Kalau dibantainya sampai 1024 X 800px, mmg boleh membiak kucing sepasang jadi 5 ekor silap2. Hehe. Paling mujur pun pelawat tuh terus blah je dengan klik pangkat kat tab tu, malas nak menunggu. Dah melepas sorang potential client. >_<
Sambung pasal web photographer lembab atau lambat loading semalam :
~ Ada lagi 1, ada 1 kesalahan besar awak punya gambar nih…
“Haaa???”
– Nih, file gambo nih, bro save camner?
“Macam biasa je la, guna photoshop, save as *.JPG format”
– Maksud bro… File » Save » Pilih format file » Save?
Salah tuh, tak boleh save camtuh… 😉
“Abis? takkan saya nak save dalam psd jewww (gedik la plak). Mana boleh upload psd kat blog saya. 😀
– Begini ya, untuk save bagi penggunaan web, ada caranya sendiri. Gunakan;
File » Save for Web & Devices » Ada property box buka.
Pilih file format biasanya jpg, yang saiz paling bagus dengan kualiti gambar tak jatuh atau lagi banyak.
“Oh, ye ke… tak pernah tahu pulak saya… Biasa save camtuh jer, tapi untuk printing selalu nak besar, 300dpi resolution tuh saya tau la, ingat save camnih dah ok. “
– Oh, itu untuk printing biasa memang macam tuh. Sebab DPI bermaksud, Dot Per Inch, iaitu berapa titik halus (bukan titis!) warna dalam 1 inci. Ini berbeza dengan web. Sebab web tak kira inci. Ianya dikira berdasarkan paparan monitor korang. Setiap dot dalam monitor korang digelar pixel. Jadi, 1 gambar JPG dengan 72px resolution dah ok. yang penting ialah lebar x tinggi dia.
“Ye ke? ada banyak beza ke?”
-Ada banyak beza tau!…
*Of course aku amik sendiri gambar nih, main bantai asal boleh sudah. 😉
Nampaknya masa mencemburui kita… Jadi, kita tunggu esok hari, di waktu dan hari yang tak sama. 😀
Mekasih .. 😀
*Input tak perlu banyak2… baru ingat dia lekat lama sket. 😀
* Ini juga tak semata2 untuk web photographer, blog mak limah yang banyak gambar makan2 dan jugak gambar handbag2 tuh semua pun sama. ^_^