Ok aku gagal… mengemaskini blog setiap hari. Cabaran 100 hari aku adalah amat gagal disempurnakan. Apa2pun, tak bererti gagal terus. Apa yang positifnya, blog aku ada post baru dan juga ada layout baru. Juga trafik blog ada banyak penambahan. Jadi, antara faktor menambah trafik blog anda, ialah dengan rajin menambah pos baru!
Alasan aku mudah, aku sangat sibuk. Semua orang sibuk, kamu2 juga. Tapi memang itulah alasan paling lazim. Tapi aku memang lah sibuk T_T. Aku balik kampung hampir 2 minggu sekali, menguruskan pelbagai hal. Antaranya menghantar adik aku balik ke Politeknik Sultan Idris Shah, menghantar adik aku yang lain ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan macam2 lagi. Tanggungjawab anak sulung dari 11 adik beradik :). Sibuk kan? Tak mengapalah… Aku boleh mulakan balik atau qada’ jer post2 yang terlepas. Tapi biarlah. Let start it again. over and over again.
Tahun 2012, dunia akan berakhir? haha… ramai ingat ayat tuh dari iklan tv. Sebenarnya, ramalan dunia akan berakhir 2012 nih adalah dari kalendar kaum Mayan yang dah pupus. Tak perlu la kita percaya itu, lari akidah islamiyah lak nanti. 😀  Erm…kalau kaum Mayan pun korang tak tahu, makna dia hidup korang dah terlebih hiburan dan kurang membaca. Hiburan terlebih menjadikan otak manusia malas mencari ilmu. Hiburan terlebih adalah senjata paling ampuh (juga senjata zionist?) untuk melemahkan sesuatu bangsa.
Sebab itu orang yang asyik sangat melayan hiburan atau berhibur, lazimnya adalah orang2 yang kurang daya inteleknya! Seriously!… look around you. Yang kuat karaoke tiap2 bulan (pantang nak berhibur, mesti pergi melalak). Yang sket2 nak jamming… sket2 everything music, dancing, clubbing dan sewaktunya. Kadang2 untuk release tension tuh tak kisah lah, aku pun pernah wat (but not years ago kot). Ini dah jadi macam top priority things untuk berhibur. Macam dah takde bende berfaedah lain nak dibuat. Ada gak yang siang malam duk layan gosip dan site2 hiburan, majalah2 hiburan tiap2 bulan tak pernah miss… Haloooo… compare berapa buku hiburan vs ilmiah yang korang baca. Atau website ilmiah vs web hiburan korang masuk. Then compare… berapa banyak knowledge korang ada instead of kekurangcelikan ilmu yang kamu ada.
Orang sukakan hiburan selalunya bukaan minda dia lebih tertutup dari orang lain. Ada yang hanya duduk dalam puaknya saja, ada yang terlebih duduk dalam perkaumannya saja dan sebagainya… Seriously? Huh!
Tahun 2012 ini, semua orang dah berazam baru. Padahal sama seperti tahun2 lalu, azam jer bersepah2 tapi hasilnya takdak. Aku dah berazam masa awal muharam aritu. Tapi tak kisahlah… berazam setiap hari jugak adalah perkara baik apa. Niat buat mende baik pun dapat pahala. tapi azam saja tak kemana2. Kene ada usaha.
Tahun 2011, aku dah usaha macam2 dah buat macam. Aku bajet tahun ini dah bleh duduk selesa, nampak awalnya lebih kurang camtuh la. Tapi… malangnya rezeki belum tiba. Aku jatuh lagi… agak terduduk kali ini. Mujurlah sebagai Muslim, aku percaya teguh qada dan qadar. Kalau tanpa agama agaknya aku dah bunuh diri haha.. 😀 Itulah manisnya Islam, kita ada sandaran dan batasan.
Hari ini, saat blog ini ditulis… dah ramai orang balik ke Padang Jawa Shah Alam ini, sudah habis cuti Tahun Baru Cina. Sudah mula ramai yang berpusu-pusu keluar kerja. Saat aku menikmati Roti Canai bersama Teh Tarik di Faizal Nasi Ayam pagi ini, seawal pagi.. tatkala mentari baru mengintai alam, suasana sungguh indah dengan lampu2 kenderaan masih terpasang, lampu2 kedai juga. Kesibukan yang agak menyamankan. 🙂
Dan tahun baru cina bersimbolkan Long. Sebagai abang yang  sulung, selalunya di panggil Along, Long, Abang Long, Pak Long (anak sedara aku panggil hehe)… jadi aku gak adalah Dragon? kah kah.. sori.. aku tak lahir tahun 1976 jadi aku berkalendar cina pada tahun berikutnya.. iaitu Ular, which is mean sama ngan kampung aku, Kampung Sungai Ular, Kuala Lipis Pahang. Ah.. aku tak percaya lansung pada zodiak2 nih.. cuma kadang2.. kata2 yang positif tuh bagus juga buat penambah semangat kot? Yang tak elok tuh tak yah percaya, qada dan qadar adalah primary option.
Untuk chinese Fire Snake person… tahun Naga Air 2012 ini, kejayaan akan menunggu sekiranya betul plan dan strateginya…
InsyaAllah. Â Amin Ya Rabbal Alamin