Proton Iswara Not-So-Executive, Kereta Ayoh!

Baiklah, lanjutan daripada post sebelum ini. Yang dihantar khusus untuk Proton VIP program. Tak kisahlah samada dapat atau tidak. At least I do tried. Aku nak post dan nak hantar bende nih sejak seminggu dua dulu, tapi dek kerana sibuk dan keterbatasan masa maka lewat tadi baru hantar (aku hantar submit contest jam 11 pada 28hb maa.. kire valid la last day. ๐Ÿ˜› ) . Haih… nasib la…

NOTA : POST INI ADALAH TERLAMPAU PANJANG!!!

Kereta ini, usianya dah 15 tahun. Walaupun mungkin di tangan keluarga kami, ia cuma kira-kira 7 atau 8 tahun. Aku nih mmg jenis susah ingat nombor… T_T . Apa2 pun, kereta ini dah banyak sangat kenangan dengannya, bukan saja pasal soal ia kereta pusaka ayah, tapi menjangkaui lebih dari itu. Kata orang2 kaki kereta juga, selalunya orang lelaki kalau bercerita soal kereta, ia adalah sesuatu perkara yang boleh… mengharukan… yang boleh membuatkan lelaki2 bergenang air mata. IT IS, indeed!

Aku personally, aku rasa banyak kenangan2 manis yang kekal dalam otak tentang ayah pun ialah tentang kereta. Tentang apa2 yang kitorang bualkan dalam kereta dan sebagainya. Contohnya macam aku pernah patahkan spring belakang kereta toyota lama ayah dulu. (aku tak tau orang kata masa tuh main sliding tayar belakang tuh drift! aku dah buat dulu2… sampai patah spring ahaha) Toyota Corona Deluxe Super Salon dengan rupa yang macam BMW itu kerana lampu kembarnya. Kemudiannya dengan kereta Galant Sigma ayah yang aku juga pandu sampai jadi lori sayur, juga sebagai ‘van’ mengangkut komputer. Ah… yang paling aku ingat sekali ialah semasa aku mula2 ‘memandu kereta’… iaitu duduk di riba ayah dan memegang stering pada saat aku Darjah 6 dalam kereta datsun 1200 coupe ayah. Itu lah… betapa KERETA, AYAH, dan ANAK LELAKI mana2 pun ada ingatannya tersendiri.. aku percaya itu. Kau orang juga?

Keluarga kami yang besar!!! (itupun gambar Ani, adik #2 takde dalam gambar)
*dari kiri : Fadhil, Duan + Firdaus , Arwah Ayah, Nor, Hafiz, Mirul, Mak, Hairi (belakang) , Hafizan dan aku.. ^_^ -Tapi nih gambor 3 tahun dulu rasanya.

Berbalik kepada kereta iswara KAMI. Aku anak sulung dari 11 adik beradik ini, adalah sorang2nya anak yang ada lesen yang sah (skang adik pompuan aku ada lesen, adik lelaki aku tgh buat lesen, dan yang lain2 berangan nak lesen gak. ). Jadi sebagai orang yang ada lesen, secara tak lansung aku gak la jadi drebar keluarga. Kereta Iswara ini, pada aku adalah kereta yang paling banyak kenangan… mungkin pasal aku dah besar dan boleh mengingatinya.. ๐Ÿ˜€

ISWARA KAMI YANG LUARBIASA!


Adik bongsu aku Firdaus possing bersama kereta ๐Ÿ˜€ Dia pantang nampak kamera terus posing.ย 

Arwah ayah… biasanya membeli kereta terpakai. Selalunya berharga cash sekitar RM5000. Arwah ayah mmg tak suka berhutang. Hari itu, ayah mencari kereta terpakai di Kuala Lipis. Dengan bajet yang ada, ayah cari2 kereta tapi tak ada yang berkenan. Ayah nakkan kereta yang luas. Akhirnya ayah tertarik pada kereta iswara ini kerana LUARBIASANYA ialah ia PANJANG dan LUAS!. Seriously. Rujuk gambar dibawah.

Iswara Executive.. ntahlah aku tak sure sangat.. tapi mmg panjang dan lain macam. (baru2 nih check Puspakom sebab nak tukar nama mak, abis di kopek sana sini check ingat kete potong. Ade ke… kete nih mmg RARE le walaupun iswara ada banyak, tapi mmg tak banyak iswara executive, cuma yang nih versi dah not-so-executive jer T_T ย – dulu pernah kene langgar tepi, ayah aku dah cuak takut cermin pecah or pintu tak boleh pakai.. sebab mana nak cari pintu belakang panjang dan cermin panjang tu ๐Ÿ˜€ ). Ayah beli kereta ini secara ansuran dengan jaminan tokey kelapa sawit tmpt ayah jual kelapa sawit. Ayah peneroka tanah rancangan sawit, jadi tiada payslip. Cuma dengan jaminan tokey sawit yang banyak duit ๐Ÿ˜€ dan kepercayaannya pada ayah so kereta ini lepas loan bank. Aku ingat lagi, masa kereta nih bawak balik, kami sekeluarga happy tgk kereta ni kerana kepelikkannya.

Walaupun ini lah kereta Nasional pertama ayah beli, tapi aku amat pasti… ayah juga sangat sukakan kereta ini. Dia kata LUAS, senang nak naik ramai2. Minyak jimat, sparepart murah bertambun2 diluar sana.

Macam kereta lama ayah, Toyota yang rare dulu tuh pun gagal dibaiki sebab sparepartnya takde. Kete dulu ayah beli pun pasal besar dan luas. ๐Ÿ˜€ Aku amik gambar dari google contoh kete tuh.

Yup.. sama seperti diatas, cuma lebih hensem kete kitorang aritu.

ISWARA INI BERJALAN SERATA MALAYSIA!

Kereta ini, aku rekodkan perjalannya adalah merata semenanjung Malaysia.

1 – Menghantar adik aku Khairi #4 (adik no. 4) semasa belajar di Institut Teknologi Darul Naim Kelantan. (tapi dia tak abis belajar… time nih ayah aku hantar )

2 – Hantar adik aku Noor ke #5 Uitm Seri Iskandar Perak. (sekarang di Poli Sabak Bernam – waktu ini tgh praktikal di Lombong Emas Selinsing Sg Koyan. Kene la tuh Diploma Alam Sekitar hehe) Kereta Iswara ni gak la dia belajar bawak sebelum amik lesen. Kereta nih jugak la dia langgar tiang rumah dan tiang pagar lepas dia dah ada lesen. Alasan dia ape tau? Kete nih panjang, panjang, steering berat hahaha… Dah dia amik lesen pakai Kancil der.. ๐Ÿ˜€ . Tapi kereta nih gak la beberapa kali dia bawak pergi ke Poli tuh angkut barang dia yang dua lori! Biasa lah.. barang2 orang pompuan.

3 – Hantar adik aku Hafizan #6 dan Fadhil #7 ke Uitm Arau Perlis. Jauh seh… aku ingat, kereta nih beberapa kali gak pergi sana… dari Kuala Lipis, ke Gua Musang, naik ke Cameron Highland melalui Lojing (masa tuh jalan sg. koyan cameron tgh buat lagi), turun ke Simpang Pulai, naik ke Perak, Kedah, Seberang Prai dan Perlis! Jauhnya… pergi balik 1500km ada kot! Seriously. Skang adik aku Pizan tgl beberapa bulan lagi nak abis belajar, kalau sambung Degree nanti Shah Alam kot? Letih dah aku nak hantar diorang jauh2 belajar… sakit belakang wooo drive non stop sejauh tuh.. kalau berhenti tidur pun masih tak ilang. Aku ingat, lepas hantar diorang jauh camtuh, aku demam sehari dua aritu. Ayah aku follow, tapi dah ada drebar, dia jadi co pilot saja. Aku ingat lagi time nih ayah dah tak berapa sihat, ubat dia selalu ada kat dalam glovebox kat dashboard tuh selain ada 1 lagi kat rumah.

4 – Hantar adik bongsu aku firdaus #11 . Adik aku nih kanak2 istimewa. Setiap tahun dalam 2 3 kali kena pergi medical checkup kat HKL. Arituh operate kat orthopedic HKL. Pun kereta nih la gak ayah aku guna, dan aku jugak baru bulan lepas pergi hantar dia checkup sana balik hari. Oh ya.. adik aku nih masa kecik2, mak aku selalu bentang TOTO, tilam cam selimut tuh lah, kat tgh2 ruang kaki belakang kereta tuh… dia suka baring2 guling2 situ… ๐Ÿ˜€ Selalunya kalau urusan orang tua aku, mmg kereta nih la aku bawak. Mak jaga kereta nih dengan baik, selalu suruh abang sepupu aku tgk2kan kalau ada masalah. Skang baru selesai tukar nama mak kete nih, lepas bicara kuasa beberapa bulan dulu. Kami takkan jual kereta nih.


Tgk! luaskan ruang tengah2ย tuh! ย Iswara korang ader? hehe

5 – Kereta ini, ayah pernah drive beberapa kali pergi ke Hospital Lipis semasa sakitnya. Ayah meninggal kerana serangan jantung. Selalunya bila ayah rasa mula nak sakit, dia suka drive sendiri kereta ke Hospital. Dikhabarkan kenalan di Hospital Lipis, ada 2 atau 3 kali ayah drive terus masuk kat KECEMASAN tuh … pastuh ayah terus kena tahan wad. Kete ayah parking kat hospital, staf2 hospital yang parkingkan. Mak pergi tgk ayah kat wad naik bas. Bila ayah sihat dia balik, bawak kereta tuh balik semula. Entahlah, ayah mmg tak suka menyusahkan orang, walaupun Pak Anjang (sepupu ayah) ada duk hujung lorong tuh selalu marah kata kalau sakit bgtau dia, dia hantarkan. Akhir hayat ayah, kereta ini jugalah yang hantarnya ke Hospital Lipis tu. Ayah sakit kuat tak lama… Allah sayang ayah, dalam 2 bulan dia mula kerap sakit, Allah dah jemputnya ke sana. Alfatihah ayahanda tersayang, Ahamad Bin De.

ISWARA INI BERJALAN BERIBU-RIBU KILOMETER

Dan selepas arwah ayah pergi, kereta ini masih berkhidmat dengan keluarga kami. Membawa mak ke bandar, bawa mak ke ladang sawit, kebun getah, membawa adik ke hospital dan yang paling penting… setiap kali hari raya kami sekeluarga akan memenuhkan kereta ini. Oleh kerana keluarga kami yang besar… ada 3 buah kereta baru mencukupi. Aku akan tetap bawak kereta ini naik bersama emak dan adik2. Adik Noor akan bawak kereta kakak dia Ani #3. Dan Ani akan naik 4×4 dengan suaminya (adik ipar aku) lah. Kadang2 anak sedara aku suka naik dengan aku kat kereta nih walaupun kereta nih buruk. Sebab anak sedara aku kata, kereta nih selalu duduk depan sekali haha.. ๐Ÿ˜€

Lewat minggu lalu, kereta Iswara ini baru sahaja mengharungi perjalanan yang jauh… sekitar 1000km atau lebih. 22hb aku menghantar adik Fadhil ke Poli Sabak Bernam. Petang dari kampung pada 21hb, malam berjalan2 tgk lampu2 ke i-city bawak adik2 aku, Azam #8 , Hafiz #9 , Amirul #10 dan Firdaus #11, oh tak lupa anak sedara aku IKMAL ada ikut sekali. Pagi esoknya baru bergerak ke Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam. Kemudian terus balik ke pahang melalui hiway guthrie dan keluar ke jalan duta, DUKE, masuk gombak terus Karak hiway dan balik ke Kuala Lipis!

DAN!!! belum habis lagi… lepas aku rilek sehari, mak aku ajaak follow pergi Perak pulak sambil2 menghantar anak sedara yang duduk umah nenek dia masa cuti sekolah. 2 buah kereta, kereta mak dia yang adik pompuan aku bawak lari hehe.. dan aku tetap bawak Iswara nih. Pada malam ramai orang naik ke Cameron Highland sebab cuti Krismas, kitorang naik jugak sana. Dari kampung aku, melalui jalan baru ke cameron. Sg. Koyan – Ringlet – Cameron Highland – Simpang Pulai – Taiping – Bukit Merah – Semanggol. Jem teruk masa nak naik cameron. Masa turun jem gak, tapi tak la letih main clutch.

Lepas merayau2 seharian di sana… Nak balik semua ke Lipis, sangkut lebih 2 jam menempuh jammed kire2 7km nak sampai Tanah Rata. T_T rasa nak cramped kaki wo! Dan turun semula melalui jalan Riglet – Pos Betau – Sg Koyan.. CALCULATE THAT! Berapa KM aku pun dah tak tahu.

KERETA INI TIDAK KACAK, TAPI ENJINNYA MASIH SIHAT

Kereta ini… tgk luaran dah macam… tak EXECUTIVE seperti namanya. Rim besi, bumper senget, bumbung bertampal2. Dalaman plak, tingkap rosak, aircond dah rosak, radio rosak tapi dashboardnya masih OK hehe. TAAAAPIII.. enjinnya masih OK, tak pernah ada masalah. Seriously, kereta nih tak pernah overhaul, minyak enjin selalu terjaga, air temperature ok… semua ok lah. cuma mungkin dah tak berkuasa sangat. Rosak sikit2 tuh biasalah… ayah aku repair dulu2. Tapi tak pernah ada major breakdown. Tak pernah.


Bumbung bertampal sebab berlubang2. baru plan nak repair bumbung nih nak cat semula, tapi byk payment2 aku sangkut (seksa tul kali nih) dan mak aku tgh nak pakai duit adik2 nak masuk sekolah . Hafiz abis PMR – 5A3B tahniah!, tak sempat duit ditangan lah umpamanya. – Azamuddin #9 baru abis SPMย nak masuk IPT lagi tahun depan dan segala bagai…ย 

Aku ingat lagi… Arwah ayah pernah kata, “Kalau rosak pun.. proton tak kisah sangat, sparepart murah, bertambun2 sparepartnya.. kat mana2 pun ada” … Actually I think that is THE MAJOR GOOD ASPECT pakai proton. Sebab aku pakai Mazda dan Ford (skang tersadai nak cari enjin) mmg menangis bab sparepart… T_T ย kadang2 aku pikir nak cari proton lama sebiji lepas nih. Aku tak pernah downgrade proton tauuu, aku tau the best advantage yang ada padanya. (Budak2 forum pergh aku tahu la… bdak2 forum mazda/ford aku pun tahu la aku cukup anti ngan orang yang antiproton tak bertempat ahaha. Sangat defensive aku bab sumbangan proton pada dunia kejuruteraan malaysia.)

Back to the car…
Kereta Iswara ini masih berjalan, masih on the road, masih berkhidmat pada tuan barunya… iaitu mak aku, baru jer selesai tukar nama kepada nama mak aku. Aku haraplah, kalau2 dapat menang atau terpilih.. inilah hadiah terbaik untuk mak aku dan kami semua. Hari Jadi mak aku pun bulan 12! (aku dan sorang lagi adik aku pun blan 12).

Walaupun kereta ini sudah tukar nama mak… tapi kami adik beradik masih tetap cakap..

“Aok nok bawok kete mane?” ย 
“Kash bawok Kereta Ayoh lah”.

*loghat/slang Pahang*

Yup.. kekal kami katakan itu adalah kereta ayah… kerana kami tahu arwah ayah juga sayang kereta ini.
*sedar tak sedar, dah dua tahun arwah ayah, Ahamad Bin De pergi. Dia meninggal pun hujung tahun.. ๐Ÿ™


POS INI ADALAH EXCLUSIVELY untuk ProtonVIP program. dan semua penceritaan diatas adalah BENAR-BENAR BELAKA.ย Dan aku takkan menyesal pos walaupun tak menang ke apa. ๐Ÿ™‚ Kalu menang lagi bagus… The one and only ProtonIswaraExcutiveVIP-R3 haha.