Print Ads, Uprint, ILuvIslam, Sinar Harian. I’am DTP designer too!

Lepas cuti panjang, rasa malas-malas tuh biasa la bagi tiap2 orang. Tapi kadang2, nak diistilahkan malas pun tak kena gak. Lebih tepat kalau kita katakan sebagai.. mencari tune mood. Tanpa mood yang baik, kerja mmg tak menjadi. Apatah lagi kalau korang keje bidang creative.


My ads design on Sinar harian paper. Tapi aku tak hingat nih date biler nyer. 😀

Kelakar gak kadang2 dalam beberapa hal, orang mengganggap designer yang lepak termenung atau hisap rokok itu buang masa semata2 dan takde faedah. Terutama orang2 HR deparment dimana-mana syarikat pun… Kah kah.

Sebenarnya begini, sebagaimana sesetengah wanita OBSES pada shopping, begitu juga obses seorang lelaki menengok perempuan dari atas, tengah, tengah, kaki dan tutttt… (oh itu soal ghairah hehe). tapi kalau dalam kerja plak.. sebagaimana obses orang2 Human Resources mencari salah pekerja baik disiplin kedatangan masalah kecil2 remeh waimma tak bagi staff merokok, maka begitulah obses seorang designer dengan termenung dan … yang mana hisap rokok, mmg la.. hisap rokok sambil otak berputar2.

Faktor logik… ada ke logik? Nikotin merangsang minda. Khayal? tak de la.. tapi mungkin menjadikan otak separa sedar? unconcius mind? oklah.. 10% dari unconcius mind, membolehkan khayalan wujud ilham inspirasi. Bleh gitu?  Kalau ikutkan, jarang benar jumpe designer tak merokok, kalau ada pun, diorang tak lah sekreatif mana sangat. heh!. Designer pompuan lain citer… diorang spesis lain, tapi ada ramai gak designer pompuan merokok aku kenal. Ape2 pun rokok tetap tak baik untuk kesihatan OK.

OK, last week sebelum cuti tuh, aku citer wat printed ads design. nih sebahagian snap. Paiseh.. cam nampak besar lak teks dalam tuh . Lantak pegi la besar jadinya, lagi jelas nampak. Lagipun hilight utama aku adalah URL tuh, sebab core business adalah order dan bayar online (walaupun payment option lain ada gak). Aku pun jarang wat ads untuk paper sinar nih, tak berapa fasih lagik.  Oh.. atas tuh yang versi snap. Bawah nih gambar-gambar-gambar versi ori. 😀  


Oh… bukan la original punya file. Original dah tentu la dalam format AI, IND or final output PDF. Ini jpg saje.

Nanti aku compile semua works aku la subdomain web nih. Banyak benar dah keje2 aku buat tak tercompile2 lagi. Oh! jangan lupe lawat web tuh yer. mana la tau kot2 berkenan nak buat ape2 printed matter ke, wat hotobook ke, ape ke.. Kalu nak wat buku sendiri tapi tak reti design.. AKU KAN ADA! BAYAR SAJA! Hahahahaha… 😛

Ada lagi 1 ads aku buat, untuk tabloid ILuvIslam,  yang kat paper dia tuh aku lum snap. Tapi versi jpg output nih dia. 😀

Orang2 dalam gambar tuh adalah adik aku Hafizan, Nor dan Mak aku. Biase laaa… dari amik gambar tak tentu hala kene saman kang, baik letak gambo keluarga. Hehe.

Tapi ini ads promo last month, upcoming nih dah ada yang baru, cuma takleh buh lagi sebelum keluar market. Nanti aku snap dan bubuh lagi.

Hari Selasa, kerja cam biasa, balik keje, takde wat pa pe sangat, rutin jer… so takde mende menarik nak diceritakan…
Ok calosss! ..

Iklan :
Lawati  – www.uprint.com.my
Sementara web tuh masih pakai design aku, design akan datang adalah design orang lain, yang terus terang aku tak berapa berkenan. Orang2 opis nih masih tak pernah mengkaji siapa yang pakar dalam web2 nih. Diorang nih ada lagi yang tak reti menilai dan berlagak reti. Susah!. Sedangkan aku sangat percaya beratus2 bahkan beribu kawan2 online kat luar tuh lebih kenal dan tahu kemampuan aku yang beyond that. Dan sebab2 camnih la yang buat aku rasa nak blah jer dari keje skang. Sabar zam, tunggu 3 bulan lagi. hehe

AKU! Consultant kepada berapa ramai orang dah yang buat web yang kadang2 bukan calang2.
AKU! Bahkan beberapa ramai dah yang jadi anak murid aku dan lebih berjaya dari aku.
AKU! sangat ramai yang panggil sifu. Fakta yang tak boleh aku tidakkan.

Tapi… keje kompeni orang nih ada masanya aku kene jadi macam bodoh je. Tunjuk pandai kang lain jadinya. Biarlah.. nyamar bodoh.. asalkan tak bodoh. hahaha.. Aku tau, cakap terel kang jadi lainnyer… Kadang2 gelak jer tgk orang2 yang… ‘macam cerdik’, dan yang sombong  nih. la la la….  Macam la kau tau sangat dari aku.

AKU!. memang suka cakap lepas. Lantak la..

“You know why a Pro leaving a company?” Huh!