Keburukan Facebook? Harta Intelek? Upgrade Forum?

Sedar tak sedar sudah abis 1 minggu, hari Jumaat sudah. Kerja masih banyak juga yang belum selesai. Semalam pun agak kurang produktif, entah mengapa kurang menjadi kerja minggu ini. Lagpiun banyak urusan ke sana kemari membuatkan mood kerja sedikit lari. Ye lah, bila sudah terlompat-lompat buat kerja itu, buat kerja ini, meeting, discuss, dan macam2 lagi menjadikan susah nak menyiapkan satu-satu kerja.

Hari ini selepas Jumaat pergi keluar ngan biz partner aku jap, pegi hantar kat MBSA nak bayar cukai pintu lot office dia. Bleh tahan gak mahal cukai pintu commercial properties nih. Hujan sepanjang hari di Padang Jawa dan Shah Alam. Agak lebat di sesetengah kawasan. Mood orang pun pasti berubah, macam nak keluar makan tengahari pun malas. Sekarang pun ekonomi tak nampak bagus sangat juga.

Kemudian sambung kerja sikit, break kejap, main game, sambung kerja balik. Tapi masih tak cukup produktif. Mungkin aku perlukan tekanan kepada diri sendiri. Kadang2 tekanan boleh menjadikan kita agak produktif walaupun hasilan waktu tekanan tak sebagus time santai. Sekurang-kurangnya bergerak juga kerjanya. Aku akan menekan diri malam nih.

Ok!, kemudian pun upgrade forum Pergh aku. Harta intelek yang masih aku simpan. Biarlah orang kata skang forum2 dah tak meriah ke apa pun, 1 hari nanti kita mungkin akan bosan dengan facebook juga. Atau mungkin 1 hari nanti orang akan nampak apa yang kurang kerana berfacebook.

Banyak sebenarnya yang menjadi kurang kerana facebook. Contohnya informasi percuma, maklumat semasa, tutorial dan sebagainya. Benar boleh bertanya di group2, but that just it is. Dokumentasi tiada. Bahkan ada pembunuhan sosial dan koloni di situ secara tidak nampak.  Adakah anda rasa, popular di dalam 1 group atau page, anda popular diluar? Tidak. Orang tak kenal pun anda barangkali. Banyak lagilah. Nanti aku try buat post khusus tentang ini. Esok mungkin, sebelum pencuri idea lain buat. 😉

Forum Pergh.com sedar tak sedar sudah 11 tahun wujudnya, mungkin aku akan simpan untuk berapa tahun akan datang lagi. Walaupun user active kurang kerana facebook-butterfly-effect, tapi so far organic traffic yang mencari maklumat tak pernah kurang. Bertambah dari masa ke semasa, bahkan topik2 yang bertahun2 dulu pun orang korek baca. Ini berdasarkan statistic dan analytic. Keywords , referal and so on.

Dengan database mysql dia mencecah 500MB adalah amat besar, aku perlu restudy cara nak backup data. Dan lepas upgrade yang baru selesai kira2 jam 9 malam tadi, masih ada minor2 subjek yang perlu di selesaikan. Selain itu juga, merancang sesuatu yang baru dan lebih menarik. tapi for now sebagai rancangan saja la.

What about, a new pergh just like deviant art or even facebook it self? for the local community of Art & Design and related stuff?

 

Someday.. or soon. 😉

*no picture for today too… takdak idea.