Semasa menaip post ini, kedai sebelah sangat bising dengan pekikan dan sorakkan kerana perlawanan bola final antara Kelantan dan ATM tengah berlansung, so aku kuar beli air, stop jap layan 10 minit terakhir. Tahniah Kelate, meney gok akhirnyo 3 – 2. Agok pelik pulop sero bilo ado bukey kelab negeri hok main di final. Hok mano beci pasukey kelate samado pasa pasukey negeri dio kaloh dengey kelate, memey tok suko kelate, dokpom meme krijo tentero. (Tapi hok paling pening askar asal kelantam la >_< ) . Tapi kalau korang benci kelantan sebab orangnya atau bangsa kelantan (yes!) u might have some racist attitude haha… adeh.
*yang cinonit tgh2 tu simcard sekian lama berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, yang pernah tau suka duka kasih sayang aku segala bagai… sejak 10 tahun dulu.
Ok, back to topic. Aku tak pasti, bila henpon aku start takde line. Rasanya2 awal malam semalam lagi, takpun petang tuh lagi. Risau gak time sibuk2 camnih henpon mampus. So, aku pun risau gak kot2 phone aku jahanam, manade duit nak beli Samsung Note 2 lagi nih [ post pasal Samsung Galaxy Note 2 Di Sini ].
Mujurlah, lepas test simcard member aku masuk henpon aku ok je. Simkad aku masuk phone dia gagal gak. Jadi confirm la simcard aku rosak. Jadi, aku kene la pegi dapatkan simcard gantian baru dari Maxis center.
Simcard hotlink nih dah lama gile aku guna, dah berapa biji phone dia pernah duduk dalam. Seingat lupa aku, inilah simcard yang aku pakai sejak tahun 2003 takpun 2002. Serious!. Memang lama gila. Sangat setia simcard nih ngan aku dan aku jugak sungguh setia kepadamu kekasihku menggunakannya sejak dulu.
Ini bermakna juga, aku tak pernah tukar nombor sejak sekian lama! Dan henset aku pun tak pernah hilang sejak dulu. Wow. Macam tak percaya je.
Sebenarnya ada kisah, aku kekal dengan single number. Seorang kawan business berbangsa chinese , juga pernah aku jadi housemate dia sekejap 1 masa dulu pernah berkata pada aku.
“Ah Zam aaa… orang bisnes tak boleh selalu tukar nombor, lu tau ka, saya sudah pakai ini nombor punya lama wo. Dari saya miskin, pastuh kaya, pastuh miskin semula. Ini nombor tetap simpan.
Lu tau ka, itu aaa, kadang2 ada laaaamaaa punya kawan tiba2 contact saya, mahu bayar hutang, mau bagi kerija, macam2 la. Nasib baik saya tadak tukar ini nombot aa.. Kalau tidak tak tau macam mana la. ” ~ Liew
Ok… ada lagi 2 bende dia mention kat aku, aku buat kesimpulan begini :
- Orang bisnes, nombor telefon perlu kekal, kerana contact2 bisnes anda mungkin akan call anda kembali. Andaikan korang dah tukar nombor? camner?
- Orang yang suka tukar nombor, biasanya LARI atau SUKA BUAT HAL dengan orang lain (berhutang, tipu orang?).
- Orang yang suka tukar nombor juga biasanya ada bilangan awek atau skandal yang ramai. (fikir logiknya ok?)
- Dan beberapa sebab lagi yang aku tak terpikir buat masa ini. hehe
So.. Mujur gak la, nombor lama bleh ambil balik. Mungkin nih kebagusan dah register ownership of the number. Walaupun nombor aku tak berapa sedap, aku pernah ada nombor lawa tapi pakai sekejap, guna balik nombor yang ada skang gak. Lagipun macam dah guna lama gile nih, aku rasa rate call dan sms aku macam kekal murah dari segala nombor sementara atau cuba2 yang aku pernah ada dari pelbagai jenis telco company. Gitulah lebih kurang.
Jadi, lepas tengahari kuar jap ngan kete rempit aku yang tak repair aircond lagi, adeh, panas plak hari nih. Pergi ke SACC Mall Shah Alam. Aku tau situ ada maxis center, sebab dah beberapa kali pergi bawak member yang henset dia dulu pernah hilang sebulan sekali sebab kene rembat haha. So nak dapat nombor sama kene la mintak kat Maxis Center.
So sampai SACC Mall, naik ke tingkat 2 (atau kalau orang putih dia kata First Floor), cari area belakang sikit, dulu seingat aku diorang port kat depan2. Area2 MPH book store tuh jer.
Tak ramai orang pun, so aku masuk, bagitau kat counter, cakap nak simcard gantian, simcard rosak. So dia pun mintak nombor telepon, tanya nama aku, mintak IC. Pastuh dia pi photostat.
Lepas tuh ada mintak isi borang sikit, dan bayar RM10 jer. Terus dapat simcard baru dan bleh guna terus. Setel!
Thats all for today, now back to work, mood tengah cantek nih. 😉