Antara kerja terkini, Dunia Pendekar & Mf Ajif

Assalamualaikum, kum apa? combat, bat apa? batman, man ape? mentol, tol ape? tolak, lak apa? laksa, sa apa???? sajeeeeeeeeee jeeee… bila la nak abisnye pun adooooiiiii 😀 Kannnnn…. dulu2 kecik2 selalu la maen2 camtuh. Bdak2 skang mana tau bende nih semua 😀

So!… hari nih aku just nak citer pasal job2 aku laterly lah. sambil promote web2 member dan client2. 🙂 So… aku nak mulakan dengan yang mana dulu aaa… Oh. Actually, tak semua aku bleh exposed kat sini, ada beberapa keje yang aku cuma.. commissioned atau sub. Yang aku x bleh claim buat. Maknanya aku cuma kerja dibelakang tabir.

So, ape kaitan dengan batman kat atas? Adakah web batman dark night rise tuh aku yang buat? Oooo Maiii GOD! *Bat Face + Peace Sign”.

Takdenye aku buatnye web Batman DKR tuh haha. Lagipun ape guna staff2 diorang haha. Anggap je lah tuh intro merepek jer .  Why So Serius?? bak kata joker / mendiang Heath Ledger T_T  (satu2nya watak jahat setakat yang berjaya buat orang simpati dengan dia). Tacing mak tauuu.. Jarang ada musuh superhero dikagumi ramai. T_T

So… superhero, lokal punya superhero biasa dikaitkan dengan pendekar. Jadi antara web aku nak promote kali nih adalah Dunia Pendekar. [www.duniapendekar.com] .

Dunia pendekar ini dibina oleh kawan Facebook saya bernama Ahmad Fuad yakni tuan punya Creative Instinct Game House bersama kawannya. Aku deal ngan online (tak percaya? percayalah), buat sudah beberapa bilangan kerja ngan dia online. Dan akhirnya dalam beberapa bulan lepas, berjumpa buat pertama kali di SOHO aku kat Shah Alam nih. Orangnya sentiasa sibuk memanjang dengan outstation.

Beliau membangunkan web ini kerana minat dan passionnya. Backend adalah kemampuan dia, nak buat game macam nih matematik pun boleh tahap tahap pening mengira. Web ini adalah browser game, contoh terdekat adalah Travian game. Cuma yang ini disuntik elemen Glokal, dengan beberapa fungsi2 lain yang lahir daya kreatif dan impian sendiri. Buat masa ini web ini masih dalam beta process. (dia buat pada masa terluang je) . Aku akan review tambahan lebih lagi dimasa akan datang setelah launchingnya.

Disamping itu aku nak promote jugak tukang buat karekter2 yang lawa, kacak dan ohsem tuh! Kenalan online dan dah jumpa beberapa kali dan sejak sekian lama juga. Saudara Mf Ajif [komikajif.com] , seorang pelukis yang superhebat dalam tanahair Malaysia ini. Sayangnya beliau seringkali tidak ditempatkan di suatu tahap yang beliau sepatutnya berada. ye lah, kadang2 nasib orang tidak sama walaupun sudah puas berusaha, kadang2 keadaan pun memainkan peranan besar.  Sedangkan orang berusaha pun susah nak dapatkan sesuatu, apetah lagi korang korang korang dan korang yang tak berbuat apa2 dan berharap bulan jatuh ke riba. Urghh…

Beliau turut menerima tempahan lukisan karekter2 bagi kad undangan perkahwinan, potret, cover buku, ape2 je lah semua dia terel boleh buat, sentuhan digital drawingnya sangat ohsem. Bahkan personally beliau adalah individu influence aku masa jadi digital colorist dulu!.  Jangan malu2 utk tempah hasil kerja beliau, pada harga yang berpatutan (kadang2 aku rasa masih rendah berbanding tahap kehebatan hasil kerjanya). Boleh add beliau personally di FB beliau ataupun Mf Ajif Artstore.

So… apa yang kerja yang aku buat untuk web tuh?

  1. Aku buat design dia, juga buat front-end (UX & UI), ambil karekter dari Ajif, ikut selera dan kehendak Fuad, combine, amendements, buat sampai kena selera.
  2. Selepas itu, setelah design confirmed, aku jadikan grafik tuh sebagai HTML dan CSS template, bagi pop-up lightbox dan segalanya.
  3. Agak mencabar sebenarnya, sebab ia sampai tahap bermain lapisan layer ber z-index dan atas bawah yang agak complicated untuk digabungkan semua sekali.

Hasil akhir adalah seperti di web tersebut. Ada lagi job susulan, iaitu internal dia iaitu login dan play page, tapi tak mau post sini sebab owner dia pun belum upload online lagi dan belum exposed pada umum kecuali kalau dia benarkan huhu. >_<

So aku akan pos lagi esok pasal job2 yang aku dah buat semenjak 2 menjak ini.

*anyway, aku rasa nak edit sket coding dia, since aku rasa preload image yang mouse hover tuh macam tak berapa betul. After sales services 😉

Berminat nak bagi projek buat web kat aku? Guna page contact, direct to my mailbox huhu.