Arinih agak kurang mood nak berblog. Sebab banyak wat keje arini kot? Letih otak. Pagi2 lagi dah terkejar-kejaran. Siap la 2 mockup proposal design utk agensi kepada projek GLC yg aku citer beberapa hari lepas. Pastuh buat plak dia punya schedule timeline bagi pembinaannya. Juga buat quotation lebih kurang. Insyaallah, ada rezeki ada la nanti, kalau bukan rezeki kita, duk dalam tangan nak suap ke mulut pun bleh jatuh kan.
Hurm… blog terabur… Kadang-kadang, aku pun dah blur, blog aku nih category-nya agak messy, berterabur sampai aku sendiri agak sesat. So aku akan kurangkan kategori dan gabungkan yang mana perlu.
Cuma, ada satu dua perkara aku kene mark. Antaranya, aku kene set proper category lepas nih, keduanya… mesti ada sedikit sebanyak impak pada SEO sebab mungkin beberapa keywords boleh hilang. Tak kisahlah, mungkin tuh effect sementara, nanti dia catch balik new category tuh (kot).
Lepas nih jugak, aku akan buat beberapa kategori baru seperti…. belajar mendesign, css, coding, everything that I can do… dan sebagainya. Hopefully. (kalau suka sila komen di bawah, kalau takde yang suka xmo la rajin nak buat hahaha.. aku pun bkan rajin sangat >_< ) Tapi.. aku still nak ada side mengarut dan merepek nih, buat blog tak payah la stress² sangat. Sampai nak citer pasal apa yang berlaku pada hari ini, pada diri korang pun susah, konon2 nak jaga reputasi. Tuh pun payah gak. Just don’t make it heavy.
Ramai orang berblog (jika masih ramai) hari nih ikut selera orang, jadi blognya ‘user oriented’. Dan biasanya fokus kepada single target. Itu orang, lantak dia la haha. Jadi organic traffic dia focus pada apa yang dia sasarkan. Ada gak orang follow dia sebab dia hot, lawa, gedik, atau penulisannya bagus dan boleh membaca dengan happy feel, with joke or … or what ever reason is… .as long as ada visitor ramai je. It’s all about traffic.
Dari trafik akan menghasilkan income. Kalau tengokkan, locally nih blogger skang lebih ramai perempuan, dan juga ramai orang… willing to spend utk sponsor, utk bayar blogger tuh to market their product or services. Which is good for them. Blogger lelaki susah sikit. Lebih2 posing kang orang kata Gay plak. hahaha.
Apa2 pun, above all. Asalkan menarik, atau informatif dah cukup bagus. Lagipun, asalkan ko suka nak mem-blog, ape ko nak kisah pasal orang kan? 😉
Cukuplah entry pendek untuk hari ini. Bahasa pun rojak ikut suka aku je…
Esok aku plan ape aku nak taip panjang2 sket. B)
‘Blog post’ adalah juga expressi diri, bukan sebagai keterpaksaan kerana mengikut kehendak pembaca semata-mata” ~ Nizam ‘Mysticmind’ Ahamad
“I ain’t gonna live forever, I just want to live while I’m alive” – It’s My Life : Bon Jovi
Enjoy lagu rock seround babeh!