10 Sebab Untuk Blog

10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!

10 sebab untuk blog
klik untuk besarkan cover yang best ini. 😀

Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.

NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.

10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.

Oleh – Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC

“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.

Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.

Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.

Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.

Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!

1 – EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!

Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?

Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.

Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.

Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi. 😉

2 – EKONOMI :
Ketika ini, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Materialistik sungguh dunia hari ini.

Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ‘businessman’. Seorang peniaga yang mempunyai perancangan dan bertindak berdasarkan keadaan.

Ada banyak cara menghasilkan pendapatan dengan blog, secara ringkasnya begini:
Bina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa kesemasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai dari masa ke semasa, anda boleh menyertai program-program pengiklanan yang ada yang mana memberikan anda komisyen atau menjual iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, menjual blog anda kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang tinggi. (sudah tentu bukan blog peribadi anda)

Tahukah anda, wujud satu kerjaya baru digelar “ProBlogger” iaitu ‘pemblog profesional!’

*Blog yang menjana pendapatan adalah merupakan bab yang besar dan memerlukan huraian yang jauh lebih panjang dan ruang lingkup yang luas. Saya akan buat artikel menyeluruh pada masa hadapan jika berpeluang..

3 – DIARI
Kita menulis segala yang berlaku setiap hari di dalam diari. Lazimnya perempuanlah!. Tetapi lelaki juga boleh mempunyai diari, “Diari Seorang Lelaki” mungkin.

Ingatkah kita… apa yang berlaku pada hari ini, tetapi setahun yang lalu? Sudah tentu tidak bukan? Nah.. alangkah baiknya jika semua hidup kita ada catatan. Kadangkala, saya sendiri membaca apa yang saya lakukan pada tahun lepas didalam blog saya. Ada masanya saya ketawa sendiri, juga gembira dengan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan, ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun lalu!.

Oh Ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah!.

Blog mungkin ‘public diary’, bermaksud boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private). Ada yang memerlukan kata laluan untuk dibaca!.

Setiap hari kita akan jumpa keyboard dan monitor. Kita lebih mengenal keyboard daripada pen dan buku. Jari kita lebih pantas menaip daripada menulis menggunakan pen di kertas. Atas sebab ini… tiada keraguan bahawa blog adalah diari terkini!

Seterusnya!!!!

Soriiii… tak patut laa kan, korang nak semua free!.. Aku pun mana bleh letak teks ori sini.. Haha.. nak baca selanjutnya artikel ini???…

Dapatkan Majalah PC Edisi Februari 2008 di pasaran sekarang!!!

Biar isu nih sold-out, semata2 kerana aku menulis (perasannyer).. hahaha

*Yang dah ada baca bleh la bagi komen or memberi semangat untuk aku menulis lagi..
*Terimakasih pada Azlina yang sudi mereview artikel aku… dan
*Wizurai yang meng-kantoi-kan penulis yang menulis artikel tersebut 😀