Aku telah membuat review filem Geng Pengembaraan Bermula ft Upin dan Ipin ini di pergh.com … So mulai hari ini, filem ini dah dimainkan di panggung-panggung seantero Malaysia. Dan walaupun team Les’ Copaque meletakkan target mereka RM10juta, aku percaya ia mampu capai target tersebut dan mungkin dapat lebih.
Sementara itu dari sumber tertutup yang boleh dipercayai ada memberitahu bahawa, mereka sudah berjaya menjual Upin & Ipin ke serata dunia hingga mendapat hasil mencecah 50juta ringgit! Dibeli oleh pelbagai stesen-stesen televisyen negara-negara asia barat, eropah dan segalanya.
Kebarangkalian mereka ini membeli adalah kerana keunikkan suasana siri tersebut yang mengetengahkan keMalaysiaan, iaitu selain bangsa dan kaum, alam sekitar kita juga adalah bonus. Siapa kata khatuliswa malaysiana kita tidak menarik? Formula menyuntikkan ke-local-an itu menjadi. Saya percaya prinsip ini = keunikkan.
Menyentuh tentang movie ini, saya dapat pergi Press Screening awal bulan lalu, saya diberi peluang oleh ke Press Screening tersebut oleh pihak Les’ Copaque melalui En. Zarin atau mediahorizon – seorang kenalan. Dek kerana banyak masalah dan kerja lain saya gagal membuat review seawal mungkin. Sementelah saya kurang pantas menaip karangan review atau dalam bahasa wartawannya ‘writeup’, menjadikannya terhenti-henti, on off akhirnya jadi sangat lambat disiapkan. 😀
Lagipun, server saya mengalami beberapa masalah yang agak ‘mencemaskan’ sejak sebulan lalu. Server saya overload dan down beberapa kali angkara beberapa punca yang tak payah la saya tulis disini, agak teknikal dan ramai orang biasa tak paham istilah dan jargon. Yang malangnya, kerana perkara-perkara tersebut, saya terpaksa membuat beberapa perancangan lain, bahkan rancangan MEGA PROJECT saya juga gayanya terpaksa ditangguh kerana kondisi server ini kurang sesuai buat masa sekarang dan ini agak mengecewakan hati. Saya tidak mahu jalankannya (projek tersebut) tetapi server asyik down bukan kerana apa, kerana server tersebut mungkin tidak mampu menanggung keadaan banjiran trafik dan load tambahan yang sudah adapun sudah tinggi terlampau!. Masalah-masalah begini boleh menyebabkan tekanan kepada webmaster2 dan aku percaya ada yang menangis dalam hati (bukan semata-mata kerana server tapi masalah berkaitan juga)
Server tersebut nampak gayanya tidak bertahan lama juga dengan spefikasi sekarang. Vertical scaling dan hardware upgrade akan dibuat terutama tambah memory dan space dan sebagainya… Saya perlu mencari modal dan dana tambahan lagi yang entah mana datangnya atau ada atau tidak pun saya tidak tahu. Kerajaan Malaysia? no.. mereka lebih sibuk berpolitik dan bagi duit kepada politician dan … kalau bagi aku 5 juta pun lagi bagus aku buat sumbangan pada negara ape! . NGO? no… diorang pun bukan ada duit sangat. Advertising? No.. lagi la mimpi!… Minta pada ahli? No!… nanti saya bongkarkan beberapa kisah tentang webmaster2 melayu (yg mempunyai web terkenal) punya masalah di pos akan datang. Believe it! It’s not a good story! But I wanna share it!…. (later)
Ok sambung balik Upin dan Ipin.. hehe..
Saya kurang mahir benar jalan ke Cineleisure Damansara, tambahan pula lazimnya saya akan pergi dengan kawan-kawan. Dulu ada Sham (black_iii) duduk ngan aku, ataupun dengan ex-housemate aku Lan, kalau pegi mana-mana, samada drive atau pun merempit. Aku cuma duduk di belakang / sebelah. Selain faktor diorang lebih tahu jalan… faktor lain (kalu naik motor) ialah ‘orang berat atau besar duk depan bawak motor.. hehehe 😀
Aku mmg lemah mengingat jalan, sejak dulu lagi. Aku juga dah tak berjalan sangat sekarang, rasa cam dah jadi homies atau geek sangat plak. Sebenarnya aku rasa, aku malas nak jalan2 nih selain panas melampau tengah hari atau kalau kereta asik jam yang amat. Duk dalam jem jem nih rasa… penat. Duduk di Shah Alam ini pun rasanya tak abis lagi tempat aku ronda, dan kalau aku ronda-ronda pun waktu malam je.
Oh.. Aku sampai di Cathay Cineleasure Damansara itu agak lewat, mujurlah belum start lagi screeningnya. Aku tidak mahu review disini, pegi baca di Pergh.com hehe… dan lebih baik lagi kalau korang pergi panggung tengok sekarang!. Support industri filem 3D Malaysia OK!.. Tak nyesal punya!
Causs…