Mengapa saya suka rumah saya?
Mengapa saya mengada-ngada nak tutup blog saya?
Mengapa saya mengada-ngada macam malas nak berblog lagi?
Adakah sebab blog saya mempunyai unsur hasutan dan fitnah?
Adakah sebab saya lebih hebat membuat fitnah daripada Raja Petra?
Adakah sebab Raja Petra itu botak maka dia anggap jahat. (Tapi kat web dia tak nampak plak botak sebab dia pakai barel dan hisap cerut!).
Adakah saya jahat macam Raja Petra? (suke2 ko jer cakap dia jahat! , berbeza pendapat belum tentu bermakna dia jahat! zaman skang semua kene open!)
Oh! ape2 pun tahniah gak la kat Raja Petra sebab… Sebab setidak-tidaknya, Stesen TV1, TV2, TV3, TV7, TV9, Astro dan Radio serta Paper dan juga Web-Web dan Blog-Blog semua pun membuat promosi tentang web dia! Itu promosi yang kalau dikira bayar untuk siar, mahu cecah puluh-puluh juta bayarannya..
TV3 saje sebut tiap2 kali berita diorang maaaaa.. Buletin Utama! PRIME TIME plak tuh!, ape ke tak sedor ke diorang bagi free promotion kat RPK… Oh itu lah cara paling hebat nak promote blog kot.. dan jugak, dari tak nak tengok atau amik tau web dia, dah semua orang jadi AMBIL TAHU! Dan biler ramai orang baca, dan kemudian ramai orang bercerita, nescaya cerita2 tersebut akan menjadi semakin benar dan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar benar belaka.
Atau, ianya adalah benar selagi tidak dibuktikan salah!.
Yang pasti… hits ke web dia mungkin bertambah berbillion2 berjuta2 orang pada masa ini.
Tahniah Raja Petra of www.malaysia-today.net . Bukan tahniah atas apa2 perjuangan ko pun ke ape ke, aku taknak jadi salah sorang pemuja manusia yang mendewa-dewakan ko pun… sebab tak semua cakap ko adalah betul dan tak semua juga salah, tapi tahniah besar kerana mendapat promosi yang hebat, nama ko disebut ramai orang, sana sini depan belakang celah! …
Padahal kalau nak kire… salah sorang perantis chinese dalam The Apprentice Donald Trump hilang peluang menang sebab sebut nama web dia jer.. (tak bleh promosi free!) semasa siaran lansung final season berapa tah, 5 kot. Tapi.. ye lah.. ape2 je lah..
Aku suke Raja Petra ke? Tak! Aku suke sangat MalaysiaToday ke? Tak? Aku suke baca ape2 je, PAS ke Umno ke PKR ke DAP ke Mossad ke… Tapi, dalam tak sedar, sesungguhnya…ada orang yang terlalu mendewa-dewakan manusia. Dan sesiapa pun manusia2 itu juga.. sesungguhnya semakin tidak sedar samada mereka riak dan tak rasa bersalah tak kiralah siapa pun … walaupun mungkin dia seorang PM sekalipun. TPM apetah lagi, walaupun dia sama Pahang dengan aku, aku tak pernah jumpe pun dia kat Lipis. Adnan Yaakob pun, tak pernah turun Lipis masa aku duk Lipis dulu. PRU13 besok silap2 terguling gak. Oh! Jalan raya nak balik ke kampung aku dari Bentong-Raub-Koyan teruk gile babi yang amat! Ko jaga-jaga Denan, esok 5 tahun lagi terguling aku tak tahu… ayoooo…
Ermm…. Maksud aku.. Manusia tetap manusia.. siapapun.. Banggalah dengan siapa diri kita tapi jangan sampai riak dan anggap kita semua betul dan sewenang-wenang buat ape saje .
Banggalah juga dengan nama kita.. maka saya pun adalah domain baru bernama saya sendiri di:
dan blog ini akan pergi ke antarabangsa dan merangkap portfolio site aku juge!..