Sebenarnya aku nak ucap thanks kat SultanMuzaffar. Sebab link kan review juara lagu aku tuh kat web dia. Thanks buddy. Kebtulan plak aku baru jer layan design semula site aku nih, design baru, kaunter baru, bla bla baru. Semua post lama pun simpan dalam backup file saja.
Dah nampak turun benar site aku nih, dedulu2 penah juga aku cecah ratusan orang dalam 1 hari.. Sekarang mmg dah jauh.
Klik untuk skala besar
Skang turun balik daaa… (Aku buat camnih sebab web MentalAdaMasalahKadang-Kadang ada tunjuk gak dia punya kaunter itewww)
Analisis :
Referal paling banyak dari SultanMuzaffar. (thanks)
Dari blog Klubkid dan Mentalterganggu iteww…
Dari search engine juga banyak! Termasuklah yang orang cari ttg Tiara Lestari Bogel gitu!
++ Search engine juga sangat bagus menangkap lagu2 mp3 dari site aku nih. Tuh la guna lagu2 Ngetop banget aku buh sini tu!.. kalau ada yang expired / broken link, bagitau akoo..
Aku nampak:
– Nyata sekali Melayu sememang terlampau gemarkan HIBURAN berbanding bende lain 😀 (fakta pahit yang wajib diterima)
– ini kerana aku percaya, kalau Anugerah Juara Pidato Kebangsaan = mesti takder orang nak search kat internet atau review kat blog. (mungkin aku je yang sanggup buat. tuh pun kalau jumpe.) Hatta Anugerah Saintis Kebangsaan Terulung pun, mesti takde orang KITA (read: MELAYU) cari punya!.. Dah tuh jangan marah laa kalau Me-Layu tak Me-Kar atau Me-ngembang .
– tapi kalau Anugerah Lagu, Artis, Penyanyi, Pelakon, “Penyawak” (apek cakap). Dek oiii.. tak yah suruh pun. Bangun tido jer terus ingat nak browse cari bende2 yang terpatut.
Aku tak la plak kata aku benci sangat hiburan, Islam pun tak larang hiburan kan. Tapi isitilah melalaikan tuh kene paham. Bukan setakat lalai dan hanyut sampai lupe sembahyang jer(Cam laa bdak2 sekarang nih kuat sangat sembahyang, yang tak pandai baca al-fatihah pun ada, berlambak!) tapi lalai jugak bleh diistilahkan LALAI DALAM MENGEJAR HIDUP. Tak pernah fikir nak memajukan diri!. Sedar tak korang . (Hah! ko tuh! :p ) Sejak 5 tahun dulu, ape kemajuan yang ko dapat? Kerja camtuh sejak dulu sampai la skang.. Kalaupun cuma setahun dulu pun. Tak sedar lagi sejak setahun dulu tak maju pun. Adakah maju setakat naik gaji? Duh.. Slow laa!!!. Laju lagi! Kamon! (seraya menambahkan semangat diri juga 😉 ) Lari memang kedepan tapi selalulah toleh ke belakang dan lihatlah betapa bodohnya kita pada Hari-Hari Yang Berlalu.
Macam biasa, aku mmg banyak nak tulis. kadang2 tuh rasa nak sangat tulis panjang2 walaupun aku tau ada orang tak suka pun baca aku tulis, tapi mekasih gak laa pasal baca. haha.. Ape2 je la.. Anyway.. Ramai yang kata aku macam ANTI-MAWI sangat.. Tak sedap ati laa aku.. So.. Aku kata aku tak anti sangat. Aku cuma takmo jadi fanatik bangang jer.. huahuahuaa!!! . Minat setakat sikit-sikit dah laa kan, korang bkan dapat dia pun kan awek2 semua!.. Takyah laa mimpi nak peluk cium mawi tuh dik oii.. :p
MBIK NNIH!! Lagu mawi satueeeeeee…
Download link dijumpai! Download Lagu ini : Lagu Jiwa Lagu Cinta.mp3
Lagu Jiwa Lagu Cinta Mawi & M.Nasir
Tukang Nyanyi: Mawi & M.Nasir Lagu : M.Nasir Lirik : LoloqMenyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca…
Hatiku saat iniMenari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengertiGerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan…ku disini
Oh…..
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupkuHanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini… hebat begini
p/s: Eh.. aku ada gambo dengan M.Nasir ngan kak Marlia sekali tawww.. nanti aku expose biler aku rajhin!
Tak puas HATI? Bengang? Luahkan kat comment box aku nih. Luahkan segalanya.. dengan berhemah (jika korang matang 😉 ).