Aku balik semalam ke sini (23hb dis 07) dari kampung aku.
Perjalanan lancar sehinggalah selepas masuk ke tol Karak hiway Bentong yang mana kereta semakin banyak. Berkemungkinan sudah ramai yang habis cuti atau sudah bekerja pada Isnin.
Aku rasa cuma orang-orang dari Kuantan dan Terengganu sahaja atau datang dari arah LPT. Ini kerana, semasa aku balik ke kampung pada hari Rabu malam Khamis dulu, jalan ke Kelantan (Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang- KB) adalah sangat lengang!. Berbeza benar pada keadaan biasa, raya haji sepatutnya lebih ramai orang balik ke Kelantan. Mungkin bimbang terperangkap dalam banjir di kampung.
Semalam, sekitar kawasan Country Hill Homes berhampiran jalan ke Janda Baik sudah berlaku kesesakan jalan yang amat. Berhenti minum kopi tarik di Genting Sempah seketika untuk menyegarkan mata dan merehatkan badan dan bertukar driver. 😀 Perjalanan ke KL dipenuhi kenderaan bergerak sama rata laju di ketiga-tiga lorong. Selepas tol penamat di Gombak, jalan semakin sesak. Lingkungan jam 10.00 malam sampai di Shah Alam.
Streamyx aku kat rumah masih tak ok. Line ADSL di modem berkelip2 tak reti henti. Aku try call 100 dalam pukul 11.00 malam .. Haram!.. takde orang angkat pun!.. Beginikah perkhidmatan yang cekap? takkan help line pun takde orang jaga 24 jam? takkan la tak mampu nak bayar staff jaga malam2 raya atau cuti camni.. Ini tidak patut!.. Lalu malam itu kerana nak check email jugak dan beberapa perkara lain, aku terpaksa guna dialup 1315 dengan tahap load slow cipan. :D.
Pagi tadik (24hb) , aku masih bercuti. Menghabiskan cuti gantian kursus aku. Seraya merehatkan diri 2 hari ini sebelum masuk kerja pada 26hb nanti. Sudah pasti juga cuba menyiapkan beberapa tugasan luar kerja (freelance lah maknanya tu). Tertangguh benar kerana ada 1 job tuh tak boleh dibuat offline. Dan 1 lagi script tuh kene test online (dan ada masalah plak bile aku test tadik.. duhh!).
Aku menghubungi lagi TMnet 100, mujur ada aweks angkat.. dan memberikan kembali no report aku yang dulu untuk dia rujuk. Seperti yang aku tau, mmg ada orang telekom datang pada sehari selepas aku buat 1st report dulu. Tapi manade orang kat rumah aku siang2 hari kerja. Jadi temujanji dibuat hari ini. Technician kata, lepas pukul 2 petang nanti diorang akan datang check.
Mengagumkan!.. dalam jam 12.45 tadi. Sudah datang! (mungkin dia tak banyak job arinih).. So patut aku memberikan kredit kepada diorang… walaupun technician melayu itu kelihatan agak sombong. Janji line aku ok dah la..
So apa yang rosak? Modem aku rosak, dan spliter aku rosak. Lepas tukar semua dah ok lalu aku menaip pos ini dengan segera..
OK! Terima kasihlah TM. Jangan lupa bagi rebet kat aku sebab aku dah rugi line beberapa hari.. hehe.. dan gantirugi aku tertekan sampai aku menarik2 rambutku yang panjang sehingga tercabut beberapa helai.. hehe
Raya Haji? – Tiada apa yang menarik pun…