Tentang Aku dan Web. (Siri 1)

Hermph.. Terpanggil lak nak bercerita tentang aku dan web. Bagai irama dan lagu. Erkk..! Aku rasa… dah lama yang amat aku main web. Betul!, mungkin tak selama sesetengah orang tapi sangat lama juga berbanding sesetengah orang yang lain. Aku cuba mengimbas kembali antara aku dan web. Aku rasa… kisah aku dan web amat panjang, mungkin aku akan pos beberapa siri. Sebab tuh aku buat siri 1 dan berikutnya. Dan aku juga akan paparkan ceritakan perkara2 yang mungkin aku tidak pernah paparkan ceritakan sebelum ini.

Teringat aku, pada satu masa dulu. Aku adalah seorang yang amat jahil tentang komputer. Bahkan aku mula menggunakan komputer pada usia waktu yang jauh lewat dari ramai orang. Aku tak malu langsung nak mengaku bab nih. Sebab bagi aku, ikut kata2 Mantan TPM Tun Ghaffar Baba pernah berkata : “Saya bukan tua, cuma dilahirkan lebih awal.” – Petikan ini boleh dibaca dalam buku “BERANI GAGAL” atau “DARE TO FAIL” untuk versi inggerisnya oleh Billy P.S Lim (sila lawati www.daretofail.com ). Lagipun tua atau muda tak menjadi masalah untuk sesiapapun berjaya atau setidaknya menghasilkan sesuatu. Baik untuk buktikan kepada orang mahupun untuk kepuasan diri sendiri.

MYSTIC! SILA MULAKAN!.
Mystic : “Aku kenal komputer adalah selepas tamat aku dari alam persekolahan dan setahun kemudiannya. Aku sangat pasti aku mula pegang komputer pada penghujung tahun 1998! Hah? Nape? Tak percaye ye? (sila baca ikut intonasi BCB).”..
Memang aku kenal komputer agak lewat, dan pada masa itu aku sangat jahil tentang komputer. Satu ape pun aku tak tahu. So siapakah yang memperkenalkan komputer kepada aku?…

Disini aku cuba flashback :
Aku masih teringat, pada masa itu aku bekerja di The Store N.S Negeri Sembilan sebagai seorang Advertising Coordinator. Dan kelaziman kerja aku pada masa itu adalah masuk jam 10.00 pagi, dan balik lewat jam 6.45 petang. Kalau rajin atau banyak kerja aku pun masuk OT sampai jam 10.00 malam. Tapi terus terang aku bukan orang yang gilakan OT. Sebab bagi aku, orang yang rajin OT semata2 nakkan duit lebih, dan gagal menyiapkan kerja itu adalah kerana perancangan kerja diri yang tidak teratur atau takdak sistem. Sepatutnya kerja diri patut diatur dalam masa bekerja yang diberikan!. Betul, ada masanya kerja jadi terlebih bukan? Itu adalah terkecuali.

Seterusnya, lantaran duduk di bandar yang bising, sakit kepala, bosan!, boring! tak tahu nak buat apa, tambahan pula dengan bermacam2 lagilah kehendak darah muda dan nafsu duniawi nih, membuatkan aku tak bleh duduk diam. Pada awal 3 bulan pertama aku kerja situ, hiburan aku bermula dengan BERMAIN GAME di arked2 game yang ada. Arked bebas pun banyak sana, i mean.. arked yang tak pakai token.. masuk dua puloh sen.. main lawan sampai mampos. Aku ketagih bende nih dalam jangka masa yang agak lama aku kire… korang bayangkan… daripada habis RM40.00 sehari tapi lawan (King Of Fighter) KOF95/96 tuh tak pernah habis, sampai laa aku main guna RM00.40 sampai habis stage. Haha.. sial!.. Mmg kaya laa apek kedai game tuh.. Tapi takde pun dia bising aku abih 40 sen main sampai abih stage!..

Kemudian, aku pun lepas bertukar2 jenis game asyik abih stage main, abih semua Big Boss aku pukul.. aku mula bosan main game. Aku pun layan plak snooker. Lepas tuh abih beratus2 dah aku main snooker dan billiard. Tapi tak bleh sampai tahap Wattana master or Jimmy White (yang popular time tuh rasanya = kalau tak silap nama), aku pun mula terasa bosan. Oh ya.. aku slalu main dekat Plaza Punca Mas? Tah, orang2 panggil Bahau seingat selupa aku… (ada Dangdut Club situ… syok gak kadang2 tgk arbok, orang tua etc layan dalam tuh.. aku masuk minum2 jer.. sori mabuk takdak.. haram, aku pegang pantang bebende camtuh walaupun aku tak alim taoo, tapi aku ingat ada sorang awek melayu cun banget tapi sosial dan seksi slalu … alaa.. muda2 maa.. mana2 lelaki pun mesti suka tgk punya… ) Main snook sampai kol 3.00pagi manjang!. Kadang2 main kat Plaza KM kat tengah2 bandar Seremban tuh.. Last2 aku pun bosan main, sebab aku tak capai taraf otai pun main bende sorong tarik sorong tarik masuk lubang tuh.. Lepas tuh aku pun bosan lagi… .

Dan aku pun beralih arah, jumpe kawan2 sealiran, main Bowling plak kat Seremban Parade. Peh!!!.. Lama tak laa lama sangat aku main bowling. Aku rasa aku tak hebat main bowling.. abih kuat pun masa tuh 3 kali strike X berturut2 jer aku pernah buat.. Hehe.. yang lain2 banyak masuk longkang kot. Huhu.. Thennnnnn.. Here we come.. Hobi yang baru aku..

Aku diperkenalkan dengan CC. Tapi tempat tuh tak nama cc. Dinamakan NS IT Library Center (Kat Bandar Seremban gak). Seingat lupa aku, orang yang bawak aku ke situ memula adalah 2 orang kawan yang bekerja di kedai emas, Kota Emas. (Tuan kedai :Chinese: tuh ada berapa cawangan tah, ada honda NSX sebijik, duit juta-juta aku pasti. Bini takde lagi walaupun umur dah 40 ++ rasanya : Dia nak awek? senang2 dia dapat.. nak ehem ehem?.. nak ape pun bleh dapat… The Power Of Money Maaa…)

2 Orang kawan tuh seingat aku, seorang nama dia Kana, lelaki, berbangsa Chindian (Cina + India). Dan sorang lagi Indian, nama dia aku lupa, Rajoo kot? Tinggi laa sangat orangnya.. Hehe.. Kalo ada sesapa kenal bleh laa bagitau aku.. teringin gak kekadang nak jumpa orang yang pernah kita kenal lama dulu bukan? Sooo… dioranglah orang yang mula2 mengajak aku ke CC tuh…….. la la laa…. dan bermula dari saat pertama aku memegang mouse.. apa yang aku belajar adalah sama macam korang.. iaitu MIRC dan CHATTING!!!!.. Thanks to both of you.. Kanna and Rajooo.. because both of you, aku kenal komputer..

// Panjang kan intro aku? Macam lari dari tajuk.. tapi blog aku kan.. aku punya suka laa nak crita ape kan.. Aku percaya ramai yang baca dan sukakan cerita aku.. Tinggalkan komen korang dibawah nih untuk membakar semangat aku untuk terus menulis… 🙂 Aku sambung lain hari.. 😀