Tempahan yang berlambak!

Antara kerja duit kecil dan duit besar. Saya pasti mengutamakan duit besar dulu, sama sahaja sesiapa pun. 😀 Hatta anda sendiri pun bukan? Tapi, kadangkala duit besar menjadi kalah kerana faktor masa dan kecerewetan sesetengah orang.

Saya ada banyak tempahan design, yang terkejar2 saya menyiapkannya pada malam hari, hinga kerap kali saya tertidur di depan PC. MasyaAllah!. Ada beberapa kerja kadang2 sayang tercicir.. sehingga akhirnya saya berfikir, “How to manage orders”. Yup, saya perlu merancang tugasan dan keutamaan yang mana dulu.

Baik.. Andaikan.. andaikan anda mahu minum, kemudian anda dan kawan anda pergilah ke sebuah kedai makan. Anda order Air Milo Ais.. anda melihat sekeliling, lalu ternyata amat ramai pelanggan di kedai tersebut.. Pastinya anda faham order anda mungkin lewat. Jadi anda memaafkan hal ini dalam hati. Sehingga…. sehinggalah meja sebelah anda sampai pesanan . APA!!!? Dah laa datang kemudian dari AKU!, dapat order dia sampai dulu!!!

“Hoii brader!…