Sudah 2 tahun lebih aku berkerja dari rumah (SOHO).

Hari2 terakhir saya bekerja mengikut masa rasmi adalah kira2 2 tahun lalu. Aku pun berapa ingat tarikh yang tepat hari aku touch card kali terakhir di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd itu. Kalau tak silap aku, dalam hujung bulan May 2010.  Sejak dari itu aku mula bekerja dari rumah. SOHO merupakan singkatan akronim : Small Office Home Office.

*ini konon2 workstation SOHO aku lah hahaha 

Aku bekerja di Karangkraf selama 5 tahun. Sedar tak sedar je, kejar dateline tup2 dah abis sebulan. Kerja dalam bidang penerbitan memang agak ‘hectic’. Terkejar2 adalah perkara biasa. 1 perkara yang kadang2 tak berapa disedari ialah, ada masanya kita hilang life. Mungkin aku saja, orang lain tidak kot.

Aku bermula dari department Komik (2 tahun), kemudian ke department Web dan Multimedia (2 tahun lebih) dan terakhir di unit Percetakan Digital / I-gen . Department yang diberi nama berdasarkan mesin pencetak digital yang berharga jutaan ringgit. Later rebranded as Uprint.

*Yup. mesin Xerox i-Gen tuh yang warna putih biru gelap ada serombong tuh.

Tapi aku duk room kat luar bilik nih. Kerja2 aku disini adalah membina web untuknya dan juga sebagai designer. Sebab aku multitasking so aku diminta ke department ini untuk kerja2 khusus, lagipun masa tuh aku setuju jer nak pegi department nih. Cuma biasalah, kerja dengan orang, banyak sangat yang tak boleh dari yang boleh. Time tuh aku propose email marketing pun ramai yang tak paham. Cakap pasal iklankan kat google adsense pun ramai tak paham lagi… (time tuh la kot)

Hint : Ko keje di kompeni penerbitan, yang buat duit melalui hardcopy things dan jual produk dan iklan bercetak. Apatah lagi kalau pasal cakap iklan online… they just didn’t know (pada masa itu), how that gonna work. Mungkin core business dan nature dia agak berlawanan. Selepas aku benti setahun situ baru la orang nak paham apa yang aku suggest. Aku siap buat paperwork tuh. 😀 Ah.. yang lepas sudah lah. Apa2 pun, bekerja disitu adalah merupakan satu honour buat aku yang tiada bersijil ini. So keje situ atas gred Bakat kot. 5 tahun, pernuh warna warni, aku boleh di declare sebagai ada Degree tanpa universiti dalam pelbagai bidang! ahahahhaa.. kao ada?

Bekerja dari rumah. 

Selepas aku berenti, aku dah deal kerja dengan Flarebiz Network. One of the well known company kat Malaysia. Thanks to Adly Mukhtar dan Zhafran, kedua2nya aku kenal lama dah. Selepas aku berenti aku terus kerja dengan diorang as a designer (later di declare as Art Director kononnya) 😀 .

Macam2 gak lah projek dengan diorang nih, nak list pun tak larat. Mungkin aku kene buat post lain. So aku kerja ngan diorang nih sedar tak sedar setahun jugak. Cuma terus terang aku ada rasa sikit tak puas hati dah terkilan… bukan sebab diorang, sebab aku sendiri. Aku rasa macam aku tak cukup berkhidmat dengan diorang, macam tak cukup banyak sumbangan aku buat utk company tuh sendiri.

Mungkin… mungkin kerana aku kerja secara remote, duduk di rumah, komunikasi dengan email, upload file hantar, sana check, amendement, send balik. Kadang2 ada misscommunication biasa sebab remote haha. Antara massive job yang aku buat dekat beratus2 adalah header design utk pelanggan2 niagakit. Selain tuh aku jugak buat layout iklan untuk paper, design logo akademi usahawan (yes! love that – sebab aku selalu designing logo agak fail haha).

Dan buat ebook / emagazine, design jugak banner, web template komikniaga.com dan banyak lagi. Bagi aku personally, Syarikat Flarebiz adalah antara syarikat yang aku rasa gembira bekerja didalamnya, mungkin pasal nature of businessnya juga sama ngan minat aku. Adly Mukhtar adalah bos muda yang sempoi, Zhafran co founder yang humble, Aqif Azizan yang nerdy tapi sangat passionate, Hasbul Aqil yang jambu hahaha. Ada gak time tuh Bob Rusdy, Rizal Razak dan Hanny Ramzy dan ramai lagi. Betul lah, kata tokoh CEO Malaysia (masa aku ikut event perlancongan majalah libur dulu. ) :

 “I like young people, they are energetic and risk taker, just like me when i was young” ~ Tony Fernandes

*lebih kurang camtuh la dia cakap. 

*ada bukti bergambar wokey.

 

Kerja Dari Rumah Juga Lumayan.

Kemudian, dalam masa yang sama, masa aku adalah bebas, aku juga mendapat tawaran kerja2 luar yang tidak kurang hebatnya. Terus terang, tahun 2010 adalah agak gemilang bagi aku, yakni sebelum mimpi2 ngeri berlaku.  Dalam tahun tuh aku merasa paycheck yang besar, let say kerja 3 bulan, dapat payment total of RM17K + 16K, dan beberapa check ribu2 yang lain. Tapi kerja tiga bulan tuh stok all out siang malam, tidur tak cukup semua. Sampai aku pun ada suffer sakit2 badan dan migrain.

Masa tuh juga aku still masih kerja ngan flarebiz, so ada masanya, sehebat mana aku mengatur jadual pasti akan berlaku CRASH. Jadi nak menyiapkan semuanya baik dari kerja rasmi yang dibayar bulanan, mahupun kerja freelance. Sampai 1 tahap aku dah tak mampu dah sampai jadi selalu tak sihat. (aku tido 2 jam sehari, selama hampir sebulan T_T ).

Jadi terkebetulan, time tuh Flarebiz nak membesarkan empayar, nak kalau boleh aku duk di ofis, manage staff dan turunkan ilmu pada para pekerja. Sadly dengan berat hati aku tolak juga atas beberapa faktor:
1 – Aku taknak berulang alik jauh ke gombak.
2 – Aku dah ada attached dengan tempat aku duduk nih (padang jawa), mustahil aku nak pindah.
3 – Client aku pun selalu hunting aku.

May 2011, dengan berat hati aku berhenti dari 1 of the precious New Media company in Malaysia. Berdoa semoga mereka terus maju sampai tahap tertinggi.

Jadi aku pun teruskan kerja dari rumah aku. Berdasarkan perancangan, pada tahun tuh bawa ke tahun berikutnya, on paper kira aku dah boleh congak utk aku saja boleh dapat income massively over 70K per year. Aku bergerak secara standaloner, time tuh aku pun harap akan pasang staff.

Tapi ye lah, langit tak selalu cerah. Dan aku mengalami hidup dan mimpi ngeri hampir 6 bulan lamanya… pengalaman dan kisah lama berulang, walaupun aku kuat sebab pernah jatuh dulu2, tahu nak recover balik tak semudah cakap,  perasaan down dan lemah membawa aku jadi terumbang ambing sampai berbulan2 lamanya.

Wokeh… Nanti aku cerita lagi. 😉