Snippets tuuuuu! Fuh, rasa cam Ayahanda Chedet plak guna perkataan snippet nih. 😀 .(ceh! semua orang suke2 plak panggil Tun M ayahanda – Tapi tak kisah la, sebab Tun M kan BAPA Pemodenan Malaysia – Aku, anak zaman pemodenan.. bleh camtuh? ).
2 – Aku nih, bukan la orang yang pandai sangat English, akupun takde formal belajar BI melainkan sekolah rendah dan menengah, tapi aku jamin, aku pandai lah cakap BI dari beberapa ratus ribu orang lepasan ‘U’ yang terhegeh² speaking pun tak pandai tuh.
3 – Well…. I do learn and use to talk in English a lot when I was in Seremban (back to 1998 lah). Because… when i’am working in a very – very – very few Malay environment… I must know English lah… Tak kire lah, poor English ke, manglish ke.. what ever english ke… But i can speak… at least.. people can understand me.
4 – Kekurangan tidakkan menjadi satu kelebihan kalau kita tak menambah nilai diri. Belajar bahasa english tak bagus ke? Aku kalau bleh, nak belajar banyak2 bahasa lagi. Sayangnya Kantonis aku dah lupus ditelan zaman, dulu diorang cakap… aku bleh tangkap.. Lagu2 cine pun ada yang masih bleh aku layan tau… sekarang.. tah ler..
5 – Snippet: Bererti, potongan kecil. Atau bahagian2 dokumen, ataupun perenggan2 satu topik dibawah tajuk yang satu. (macam aku tengah buat nih)
6 – Bulan Jun, aku dah tak berapa ingat sangat apa yang berlaku. Kecuali beberapa perkara kot. Antaranya – Banyak orang kawen dimana-mana. Termasuk salah sorang yang…
8 – Dah setahun lebih aku tukar department dan meninggalkan posisi Digital Colorist dan Majalah G3 kepada seorang Web & Multimedia Designer. Dan dah dekat setahun jugak la aku meninggalkan Macintosh dan bertukar kepada PC. Dan dah setahun gak la aku tak sentuh Wacom Intuos 3 tuh, sebab ia bukan milik aku lagik. 😀 . Dan dah setahun lebih jugaklah encik Apai tidak menjadi Head Department aku lagi. Juga… dah setahun lebih jugalah… aku tidak lagi duduk berhadapan Encik Gayour Rambut Mengerbang itewwww….. Muehehehe (dah cukup.. cukup!)
9 – Hujung bulan Jun jugak, aku melakukan lagi sekali Journey Jarak jauh berbanding dulu. (aiseh, aku kene wat balik topik journey dulu yang best tu lepas nih). Journey kali nih ialah menghantar adik aku Pizan (adik #6) ke Uitm Arau Perlis.
*Adik aku Hafizan, Nor, dan bonda tersayang.
10 – Kisah bermula hari Jumaat 27hb Jun 2008. Aku berada di beberapa negeri dalam masa 1 hari!.. Macam dulu jugak! 8.30pagi, aku beli tiket dari Sek. 17 Shah Alam ke Kota Bharu (RM34 kot – lupe plak), tapi turun di pertengahan jalan iaitu Kuala Lipis (12.30 tghari). Itu adalah cara lazim aku! dan paling cepat dan menjimatkan masa. Lepas tuh, terus ganti ayah aku drebarkan limosin (aiseh, pajero rosak la plak.. kalau tak, best sket jalan jauh) ke Merapoh rumah nenek aku, amik stok ikan ‘Talapia Merah Special’ di rumah sepupu aku yang dah kaya raya niaga ikan air tawar jer.
11 – Kol 2.30 petang lebih kurang.. kitorang gerak masuk Gua Musang… Kelantan, Naik ke Lojing. Seperti biasa berenti kat Cameron Highland, cari buah strawberi dulu. Then turun ke Tapah rasanya… Time tuh dah kol 4 lebih. Masuk highway.. keluar tol Bukit Merah… dan sampai ke Rumah adik aku Ani (adik no#3) dan adik ipar aku sana dalam kol.. 6 atau 7. Lokasi : Pekan Semanggol.
12 – Makan2 di kedai makan adik aku Ani yang diusaha bersama kakak angkatnya. Dah beberapa bulan diorang takeover dari owner asal yang kematian isterinya, si suami kurang mahir berniaga. So makan2 la penuh table.. Talapia Merah besar masak tiga rasa. Peh!.. Tido dirumah adik aku.. Esok pagi mahu gerak perlis! (See? 4 negeri dalam 1 hari wooooo!!!.. Selangor, Pahang, Kelantan, Perak!) Yattaaaa! Malam tuh aku tido agak lewat, aku rasa.. aku rest tak sampai pun 5 jam.. huhu..
13 – Bergerak ke utara Malaysia. Dulu punya journey (lain punya), aku dah sampai perak, kedah, dan penang. Tapi nih aku akan ke Perlis. Rupanya… nih la first time aku akan ke perlis. 😀 .. Eleh.. ramai lagi orang kat Malaysia nih yang tak pernah jalan 1 negara.. Takyah kencing la.
14 – Masuk Kedah, berhenti di hentian Gurun, rupenye adik ipar aku tak la laju cam aku bawak kete. Walaupun ketenya 1.8, aku cuma 1.5.. apakan daya.. dia di tinggalkan lebih 20 minit semata2 kerana aku ada kad Touch N Go!.. Muahahahhaaha. (1 tol 10minit, 2 tol 20 minit keh keh).
15 – Tah mana tah jalan adik ipar aku bawak, berbelit2.. last2 sampai gak ke Arau Perlis tuh, pi daftarkan adik aku.. Pot pet.. pot pet… Dah petang… Kitorang tinggalkan Pizan (adik #6) So, tiba2 ngada2 plak diorang nak pi jugak Padang Besar. Jadi lepas gak la aku ke Padang Besar yang glamer bagi orang2 utara tu. Kitorang melalui jalan Chuping.. ada jalan simen, tak best lansung.. ada ladang tebu.. ini buktinya.
*ntah sape tah.. tak kachak langsung…
16 – Mak aku dan adik-adik shopping sakan la kat Padang Besar tuh. Adik aku Hafiz#9, Mirul#10, Firdaus#11, semua pun shopping gak la. Adik aku Ani#3 dan Nor#5 sebagai pompuan lagi la melampau2 shopping nyer.. 😀 . Ayah aku pun dishopping jugak oleh mak aku selai dua baju kot. Adik ipar aku ngan Ani isterinya (adik #2 aku) menyoppingkan sekali untuk anak buah aku Ikmal#2a dan Izwan#3a. 😀
*Ikmal#2a dan Izwan#3a – Budak2 hyper active.
17 – Aku? Aku tak tau nak shopping ape, aku bukan jenis membeli gitu, bile aku nak.. aku akan beli. Tapi kan.. aku belum gaji masa tuh walaupun masa ada beberapa ratus dalam bank, cuma takde selera nak shopping.. malas nak cari ATM, malas nak belek2 baju siam mari tu. Tambah2 sejak aku keje pakai kemeja nih, selera aku baju2 camtuh jadi kureng.. sebab aku dah ada stok baju2 lama gak. Aku nak beli souvenir, tapi malas gak.. Muahaha.. If no point… tak perlu beli.. Tuh la masalah Super Thinker, dan Rationale person cam aku nih.
18 – Then… Balik petang dengan penuh kelajuan, berenti makan kat hentian Gurun gak (arah turun punya), lama gak lepak2 situ. Meriah dowhhh… Then sampai semula ke rumah adik aku Ani dalam jam 7 or 8 malam, tido lagi di Semanggol. Niat nak pi jalan2 makan2 minum jap kat Bukit Merah laketown cam dedulu tak jadi, Kansel, penat bangat seh. Korang kire la, berapa lama aku drive tuh. Seb baik semalam aku dah paksa Pizan urut belakang aku ngan minyak panas. Letih seh, asik duk kat kerusi opis jer, sekali drive jauh2 daaa…
19 – Ahad, Ikutkan plan, sepatutnya aku balik ke Pahang pagi ini, tetapi ayah aku kata semalam.. dia larat drive balik pahang sorang2. Lagipun dia dah selalu antar or amik Nor#5 belajar kat Uitm Seri Iskandar tuh. Dia cuma tak larat kalau sejauh Perlis jer. So, aku tukar plan… Aku akan balik ke Shah Alam dengan bas. Malam tuh kuar pi tgk tiket, erm… aku tukar lagi.. aku naik Keretapi lah! Best sket!.. So hari ahad tuh aku habiskan masa lepak di Taiping. Adik ipar aku dan adik aku Ani#3 alhamdulillah, dah maju sikit… Adik aku dah ada bisnes kedai makan yang kelihatan stabil. Adik ipar aku dah jadi bisnessman ikan keli yang mahsyur bersama abang angkatnya (Abang Zul – iaitu bekas orang besar puspakom Taiping yang berhenti notis 24 jam sebab dah letih kerja serta bisness diorang yang maju sampai tak sempat nak handle). Diorang supply benih ikan keli, kanvas, khidmat consultant ternak keli dalam kanvas, jual makanan ikan dan beli balik ikan keli yang dah besar. Import eksport lagi.. Keliling rumah pun ada beberapa sangkar ikan. Memang rezeki ko ngan ikan la, sebagaimana dulu2 kita berniaga ikan di pasar2 malam dan pekan pagi sekitar Shah Alam dan Klang. Ingatlah, susah payah ketika pernah tinggal RM30 nak makan seminggu untuk kita ber-5 sekeluarga dulu-dulu.
20 – Isnin 30hb Jun 2008. So aku naik keretapi pagi Isnin jam 9 lebih kureng. Naik keretapi (Ekspress Rakyat) dari stesen Taiping ke Alam Sentral best gak la, dah lama benar aku tak naik keretapi.. aku rasa, aku akan pegi ke Taiping lagi nanti.. dan naik keretapi tentunya.. bleh tido ape.. Keretapi skang dah maju gak la.. Aircond pun bleh tahan la tahap gigil. Aku sampai KL Sentral tukar komuter… dan akhirnya sampai semula laa Shah Alam. Padang jawa setepatnya. Tamatlah journey to the northern side of Malaysia.. Dan misi sendiri dah pun berjalan berjalan serata semenanjung! yay!.. Sabah sarawak lum lagi la.. Lain siaran plak kot.
*******
Untuk adik aku Pizan, belajar rajin2.. jangan main2, rugi dah matrikulasi ko fail… aku pesan dan kalau baca ingat pesan abang Zam sebagai abang #1 nih.. ” Jangan sekali² buat mak & ayah menangis”. itu jer… Adik2 abang semua orang cerdik2 belaka. Walaupun abang#1nya ini adalah genius. hehe.. Owhh!.. adik aku Fadhil#7 yang berjaya mengalahkan aku main catur itu tak kisahlah.. Adik fadhil mmg hebat, semakin hebat sekarang main catur… Naib Johan catur sekolah2 menengah Negeri Pahang. Tahniah la.. nanti la abang bagi hadiah. Nabila#1a (anak buah sulung – tak follow sebab bertanding sculpture plastisin hari tu, dia dapat no 3 tadika2 seluruh Taiping )
Keluarga aku sangat besar, tanggungjawab aku tak la besar sangat, abis2 tidak, jadi tempat mengepau topup tiap2 bulan oleh adik beradik jer.. 😀
Noktah.