Hari ini sudah hari Khamis, dan esok jumaat.
dan sabtu aku akan mengambil cuti sampai isnin.
Kereta hantar bengkel tukar clutch, entah berapa ratus pula, kata pomen anggaran sekitar RM500. Agak murah berbanding pomen2 lain ratanya2 dalam 7 ratus. Pomen regular ini harga partsnya murah dan servis caj juga murah. maklum ler, pomen otai lama, banyak connection. Clutch ini wajib direpair supaya sempat run-in 800km sebelum masuk Track blan 3 nih. kalau tak… ada can la berganti clucth lagi sekali heh!
Nak masuk racing clutch takpe la.. lenkali.. duit pun sengkek sangat nih. check payment besar nih tah bile nak sampai pun x tau.. masuk clutch yang biasa2 dulu pun dah janji ok. Entah dah siap belum, sementelah cina2 tokey parts masih ramai yang cuti raya. B) . Harap2 lewat2 esok ptg siap kalau tak hari ini.
Semalam start mengupdate blog ini. Dengan layout baru ini. Dan start hari nih gak aku akan merapu non stop 30 hari kat blog aku. Dah turun trafic setakat aku tak peduli nih. Dari 300 sehari traffic dah tinggal kurang seratus. 😀 . Kejap jer kalu aku nak naikkan balek nih.
Plan besok aku akan balik kg lepas abis kerja, sebelum tuh aku akan pi stesen bas sek. 17 s.alam untuk beli tiket ke perlis utk 2 orang adik aku . Nanti abis kenduri tahlil pastuh balik shah alam, pastuh terus hantar diorang pegi stesen bas utk balik perlis. Ari isnin aku amik cuti sebab aku nak pi putrajaya amik salinan sijil periksa adik aku heri yang pemalas iteww.. hari2 duduk saja tidor maen game, itulah kejenye. Ntah ape yang dia minat dalam hidup nih selain game pun tak tau. Dah letih dah menasihat dan men-cakap. Mujur aku bkan jenis kaki tangan naik jer…
Ape lah!
Heri… Dia adalah seorang manusia yang hidup tanpa cita-cita! (Itupun jika boleh dikatakan manusia, hahahaha)
(*biarkan dia baca! yay!)
*** Oh! bodoh betul slideshow blog error nih.. nanti kene check balik error mana.