Hermm.. nak kata lama tak balik kampung, baru gak balik kampung. Raya cine dulu aku tak balik, aku balik minggu berikutnya, tapi bagus gak, aku tak sangkut jem cam orang lain hehe.
Baiklah. Aku sambung cerita dari hari.. sabtu, walaupun aku dah pos semalam. Tapi shortly sebab guna phone via GPRS. Sebenarnya kampung aku ada ICT desa, tapi tutup kol 6 ptg. Walhal aku sangat sibuk juga hari sabtu tuh. RIngkasnya begini.
Bangun pagi, mak aku bising2 kat adik aku yang sorang itu, ajak pegi kutip getah kat kebun tak mau. Rela tidur balik lepas minum pagi. Adik aku yang itu entah kemana hati perutnya. Aku plak pagi2 itu try pegi cari bende nak dimakan, mak aku tak masak, jadi aku pun ronda la kedai2 kat atas tuh, semuanya tutup. Malas pula nak pergi yang jauh. Kemudiannya adik aku Duan #2 pun pegi la ke kebun getah berhampiran rumah nenek aku dgn kete arwah ayah.
Oh.. Duan dah bleh bawak kete kerana terpaksa. Nak taknak dia kene bawak. Lagipun dia kata nak mahirkan diri dulu baru wat lesen. Dulu dia wat lesen gagal hehe. Dia pegi berempat dgn kereta arwah ayah (iswara executive UK spec). Emak aku dan adik aku pizan pegi kutip getah, mahal benar getah sekarang, sekilo RM5 lebih!. Patut la ada orang2 kampung yang kebun getah besar boleh beli kereta cash!
Adik Duan dan Fadhil plak pegi ke kebun sawit kat gemang (ape nak cakap lam istilah lain pun tak tau), nih ladang lagi 1 la senang citer, ada 2, 1 ladang 6 ekar stengah, 1 lagi (gemang) ada dalam 3 ekar kot. Sawit pun rege tengah ok. Yang gemang nih pokok kecik2 lagi. Diusahakan oleh arwah ayah slow2. Tanpa pinjaman tanpa apa2 skim tanam semula. Arwah ayah mmg tak suka berhutang2 nih. Duan dan fadhil pegi potong sawit, beberapa hari sebelumnya diorang membaja sket kebun sawit tuh.
Aku plak pi kedai makan kat kampung sebelah, lepak2… pastuh adik pompuan aku 2 orang (Nor dan Ani) datang benti amik duit ngan aku sket, diorang berdua pegi pasar K. Lipis, beli barang2 wat jamuan kenduri kecil tahlil malam nih. Diorang bawak kete adik ipar aku yang tak balik lagi, dia ada 2 track (thread) ape tah eja pi antar anak ikan ke Raub 2 hari berturut2 dari Perak dengan lori. Which is bisness dia lah dua tiga tahun ini.
Lepas makan pagi aku pun nak balik umah basuh baju2 kotor yang aku bawak balik lam bonet kete aku. On the way tuh adik aku duan call suh aku beli rokok dan air kosong, dia tertinggal kat umah. So lepas aku balik umah masuk kain baju lam mesin, aku pun kuar balik pi gemang tuh. Aku pun jenguk la kebun tuh yang sebenarnya aku leh kata aku tak pernah pergi selama nih, aku pun jarang sempat ada masa nak pegi2 jenguk. Dulu asalnya tanam getah, aku pernah mengutip getah disitu sewaktu kecil2 dulu. 🙁 . Arwah ayah sangat gigih. Dan mak juga.
*Fadhil, sedang mengutip buah sawit relai. Adik aku ini study di Uitm Arau juga bersama adik aku sorang lagi pizan.Tak perlu malu adik fadhil. Inilah kita dan hidup kita, dalam sesetengah hal, kita lebih baik dari orang lain. Inilah kita dan keluarga kita, keluarga kita hebat sebenarnya!.
Kemudian aku pi umah nenek aku, mak aku baru siap kutip getah semua. Aku pun pi minum kat umah nenek aku, wat air tea. Layan la. Pastuh jenguk2 projek ternakan keli kitorang. Projek keli nih siap kira2 sebulan sebelum arwah ayah pergi. Niatnya supaya ayah mak tak susah2 sangat wat keje berat2. Projek nih pak sedara aku (Pakbih) sponsor sikit modal dan mak aku pengurusnya. Dan kire betul2 modal paling rendah sebab benih ikan adik ipar aku beli tanpa keuntungan. ye lah, untuk keluarga punya hal. Ada 10 kanvas kolam semuanya. Tapi bende nih baru dipelajari mak aku dan adik2 aku, serta nenek aku. 1st projek of course la tak sempurna, study phase.
So far, dah nak tuaian pertama dah hasilnya. Ini aku cerita later2 la kalu aku rajin. Panjang cerita ikan keli nih. tak abis sehari. Hehe… Nih shoot aku kat kanvas keli tuh.
Ini gambar antara kanvas yang ada, aku malas nak edit selebihnya. Nanti aku buat post khusus tentangnya. 😀
Oh! kami juga mula menternak puyu. Aku akan tambah modal lepas 1 payment besar clear. Hehe. Oh, dan juga, pakbih aku turut memberi lembu untuk diternak. Dijaga nenek dan adik aku. Sudah mula membiak sekarang. 🙂
Cut off, balik rumah tghari/petang. Aku tido. Tah penat pesal, sebab aku drive malam tuh agaknya. Aku baring2 tertido. bangun2, kat dapur umah aku dah ada makcik jiran2 tolong masak kat dapur ngan adik dan mak aku. Malam tuh aku ke masjid jemput jemaah2 solat yang ada ke rumah aku. Kampung aku imarah masjidnya agak baik. Ada 20 orang lebih (pendudukan pun tak ramai kg aku nih sebenarnya).
Isyak aku pergi lagi. So kat rumah aku wat tahlil malam tuh ada gak la 40 orang lebih . Kira penuh la rumah. Lepas tuh makan2 la cam biasa. Adik ipar aku sampai ngan lori. Dia baru setel hantar stok2 anak ikan dari raub. 2 hari non stop hantar benih ikan perak-raub. Kete dia adik pompuan aku Nor (yang tengah gile stering) pegi amik kat perak bawak adik aku Ani dan anak2 sdara aku dari sana ke pahang. Giler berani budak nor nih. Anak sedara aku cakap = “Mak itam bawak kete macam Impak Maksima, korner tayar ada bunyi”. Pergh! ye ah… abang dia bawak kete pun cam pelesit. Mak aku kata, sama jer korang, anak beranak. Arwah ayah pun sebenarnya bawak laju (dan pemandu yang cekap. 😛 )
Kendati pun arakiannya… Borak2 ngan orang2 kampung. Ramai lagi kawan2 arwah ayah bercerita tentang arwah. Arwah ayah dulu bendahari masjid, jadi mmg lah.. orang2 masjid semua rapat. Arwah ayah jadi bendahari berpuluh2 tahun lamanya kalau nak dikira. Pernah beberapa kali arwah ayah menolak jadi bendahari sebab tak larat jaga duit orang dan sebagainya, tapi kehendak ramai berkehendakkan ayah juga yang jadi bendahari. Arwah ayah bendahari yang cemerlang agaknya, dipercayai semua, lagipun ramai yang tak reti buat kira2 semua tuh, dan aku percaya, faktor yang paling utama ialah dipercayai dan amanah.
Arwah ayah sangat disenangi ramai orang…
*note : Post ini aku draft awal, tapi halfway. So lambat post. cuma aku ubah tarikhnya. hehe