Sakitnya kepala, macam nak pecah. Itulah yang terjadi pada aku dalam seminggu nih. Semuanya menyebabkan aku hilang mood, hilang fokus, stress dan segalanya. Aku tak pernah alami bebende camnih sebelum nih.. Nih first time jadi camnih, sakit kepala gile babi punya sakit.
Aku takde rekod sawan, migrain dan sebagainya, tiada sebarang sakit jenis nih dalam salsilah keluarga sekalipun. Kalau ada pun sakit kepala teruk mungkin sebab darah tinggi. (sebab keluarga belah ayah aku mmg ada sakit tuh , tapi belah mak aku takder. Aku harap gen belah mak aku banyak la kot. Lagipun aku banyak ikut gen mak aku.. hehe ).
Aku pegi klinik, check semua2 siap dengan blood pressure ape, doktor kata everything is normal. Aku siap tanya aku ada darah tinggi? takder… Dan aku cuma diberi ubat tahan sakit warna oren, dan juga ubat pening2 kepala warna pink. Lebih kurang seminggu sebelumnya, aku pegi klinik yang sama, aku diberi ubat Selsema dan Batuk. Tapi sakit kepala time tuh takder lagi. Sakit kepala nih jadi sangat kuat 2 3 hari nih. Tiap kali bangun pagi, aku akan rasa lain macam kepala aku. Bangun nak pegi mandi pun rasa cam nak nangis aku sakit kepala nih. Nak jer aku hantuk kepala aku kat dinding. Oh God! What happen to me? Am I dying? Tolonglah, aku taknak lagi mati, bukan sebab aku takut mati, tapi sebab jasa orang tua aku pada aku aku tak dapat balas banyak lagi. Adik2 aku pun ramai lagi nih.. Aku pikir macam2 lak, brain tumor laa.. brain cancer la.. nooooo…. 🙁 Sampai satu tahap aku ada pikir nak botakkan kepala aku jer… woooo… aduss..
Hari nih, (Jumaat 4hb) lepas antar adik aku Heri pi keje, aku terus pe gi klinik tuh tadik. Dalam nak sampai klinik tuh pun nasib baik tak pengsan jer aku. Lepas amik ubat semua tuh tadik, balik umah kalau langgar bonggol2 jalan tuh pun, aku rasa otak aku terhenyak sikit pun aku dah rasa lain macam punya sakit.
Sampai umah, aku tanpa makan apa2, (just minum milo 0 gelas semasa nak tunggu klinik bukak 8.30).. aku telan terus ubat tuh 2 biji. Ubat tahan sakit ngan ubat pening. Aku cuba tido.. haram tak bleh.. makin sakit ade.. AKu pun bantai lah 3 biji panadol tambahan sendiri (4 biji tak berani). Ape nak jadi pun jadilah.. Then aku tertidor… Tanpa sedar apa2 sampai laa jam menunjukkan kol 4.30 ptg. Check 2-2 henpon aku, dan baper banyak mesej, dan missed call. Sib baik aku dah sms ketua department bagitau aku MC sehari nih.. Malam2 nih sikit brader Kartekana nak tgk2 kan aku jarak jauh plak. Mungkin gak aku kene try dari sudut kebatinan sekali sekala, walaupun aku nih kategori susah sikit dari bebende camnih. Cuma aku harap satu jer. SIHAT. Aku taknak laa MC MC nih walaupun ianya beerti cuti rehat.
Sebab aku banyak lagi bende nak dibuat, kerja2 sampingan, kerja2 opis yang aku suka. (aku suke kerja aku – aku tak pernah benci lagi). Duit2 luar aku, project2 online aku selepas waktu kerja, dan macam2 lagi. Aku tak suka dan tak selesa yang amat dengan tahap kesihatan aku camnih.. Aku juga nak balik kampung. Tapi nampaknya minggu nih tak bleh laa.. Tgh sakit nak balik kampung? No way!..
Saat aku menaip nih pun aku dalam separuh mamai, aku rasa pengaruh ubat amat kuat. (aku dah makan nasi secara paksa-diri lepas bangun tadi, kol 5 tadik aku makan, balik dan terus makan ubat lagi.. sendawa pun bau ubat!.. ).. Aku rasa, elok aku baring tidor lagi.. kol 9 malam kang aku bangun balik kot.. dan Kepalaku saat ini masih berdenyut2 dan dahiku jua berkerut2..