Resepi rahsia Strawberry Bersalut Coklat Siti Nurhaliza terbongkar!!!
Bahan-bahan diperlukan:
– Beberapa biji strawberry terpilih.
– Serbuk koko (Cocoa Powder) untuk masak punye tu.
– Susu cair
– Peti Sejuk ^_^
Dapatkan beberapa biji strawberry yang segar dari pasaraya berhampiran.
Sambil-sambil tu cari serbuk coklat, sebenarnya serbuk koko untuk masak atau ada juga dalam bentuk kepingan-kepingan bersalut timah yang biasa kita jumpa tuh, tapi bukan coklat yang makan terus tu. Kalau nak cuba pun bleh jer. Oh ya, pastikan anda membasuh bersih2 strawberry tuh. Maklum laa banyak kimia2 chemical bahan awet untuk jaga buah tuh sebelum sampai ke Pasaraya tuh.
Untuk dapatkan coklat yang lebih sedap. Bancuh serbuk koko secukup rasa dengan air panas tak berapa panas pada kadar pekat yang berpatutan. Banyak mana? ikut laa, kalau korang nak makan berdua, 12 biji agak2 segelas la kot. kalau makan 3`00 orang tuh sebaldi agaknye..
Kemudian tambah susu panas. Susu cair tuh tau, bukan susu lemak manis berkrim yang pakai buat air biasa tu. Nak rasa lagi sedap atau pelik sikit, bleh la tambah Nescafe, biar ada rasa mocha atau neslo sket2 gitu.Sikit dah laa.. banyak kang jadi strawberry kopi plak. 😀
Setelah mendapat kadar pekat coklat yang dikehendaki, celupkan strawberry kedalam coklat. Kot ye pun jangan la sampai tenggelam. Tapi ikut korang laa, kalau nak jadikan ianya strawberry rendam cokelat. Kah kah kah.
Setelah itu, susuh elok2 dalam pinggan ke, mangkuk ke, piring ke, masukkan kedalam peti sejuk. Biorkan la sekejap gitu. Kemudian, makanlah dengan linangan air mata kegembiraan!..
* Inilah wajah sebenar Strawberry Bersalut Coklat. (Peh!, tus air liur. Akekeke)
Aku pos nih saje nak kejar enjin carian. Hoho.. tapi resepi tuh Datuk K bagi kat aku tau! aku research tauu.. aku try buh rasa oren dalam coklat tuh sedap gak.. ^_^
Korang try2 la buat cokelat nih, then bagi kat Maya Karin ke, Fasha Sadha ke, Raja Farah ke.. mana laa tau sangkut. 😛
NOTA : Jika anda mengalami sakit2 selepas makan, jangan salahkan saya. 😀 Ada sangat banyak resepi Strawberry Bersalut Coklat kat luar sana. Contohnya cari kat google. Tgk sini! Hasil carian google bagi Strawberry Covered Chocolate