Ramalan Anugerah Bintang Popular 2005

Anugerah Berita Harian 2005 - The Ramalan
Kredit image asal yang diubahsuai dari Laman Rasmi ABP

Huruf Sebenarnya aku ada terima beberapa permintaan untuk membikin ramalan. Konon2 Nostradamus laa konon. Mungkin ada yang nak tgk kepakaran aku dalam meramal. (yang mungkin aku takder kepakaran pun) .. Ada juga mungkin nak memalukan aku.. Tak kisahlah.. Bagi aku, ramalan adalah sekadar suka2 tak begitu? Apa2 pun setiap ramalan perlulah berdasarkan LOGIK dan berpegang pada sesuatu dasar. Jangan Ramal Hentam Keromo! Semua tukang ramal yang ada mesti pikir atas beberapa perkara dan logical sense…

Dasar logik berikut yang aku ambil kira :
– Pembaca dan pembeli Paper Berita Harian agaknya berusia diantara : 20 – 40 tahun. Aku amat yakin tidak ramai budak-budak beli suratkhabar!.
– Yang rajin beli bukanlah budak2 muda sangat. Sebab budak2 muda suka beli buku2 hiburan.
– Yang Hardcore hantar undian adalah orang2 nak dapat kereta free. Ada yang beli 3 buah sehari!.
– Sangat leceh berbanding sistem SMS (HINT!)

Jadi untuk memuaskan hati sesapa yang melawat dan memuaskan hati aku jugak.. inilah Ramalan aku.. huhu.. NOTE : saya sengaja membuat pilihan ke-2, bukan sebab ragu-ragu. Tapi orang kata “option”. Hehehe

A. Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Aznil Nawawi – Popular.
3. Azwan Ali
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario – Pilihan kedua : atas dasar lebih ramai orang tgk Melodi!

B. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad – Popular
2. Farah Fauzana – Pilihan Kedua : Sebab ramai juga orang tgk Melodi!
3. Linda Onn
4. Norzie Pa’wan Chik
5. Raja Azura

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Adi Fashla (X-Fresh FM) – Pilihan Kedua
2. Halim Othman (Sinar FM) – Popular
3. Khairil Rashid (Era)
4. Kieran (Era)
5. Najman (Sinar FM)
* AKu tak rasa ramai budak2 beli paper untuk vote!

D. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Julia (X-fresh FM)
2. Linda Onn (Era) – Pilihan Kedua
3. Nana (Era) – Popular
4. Nila Kurnia (Era)
5. Rina (Best 104)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki – Popular
2. Azlee (Senario)
3. Lan Pet Pet
4. Saiful Apek – Pilihan Kedua : Tapi dia ada buruk sikit rekod ini tahun.
5. Wahid (Senario)
*Aku lebih suka Afdlin… Sebab dia jer Pelawak Berdaya Intelek dan aku support ini!

F. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor – Pilihan Kedua
2. Kartina Aziz
3. Norlia Ghani
4. Rosnah Mat Aris
5. Sheila Rusly – Popular : Ape2 aje…

G. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bob AF2
2. Mawi – Popular
3. Shazzy
4. Que Haidar – Pilihan Kedua : Sebab ada orang undi dia yang Hensem Jambu
5. Zahid
* Makcik2 dan Pakcik2 ramai kenal Mawi.. Tuh laa…

H. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah AF2 – Pilihan Kedua
2. Nora Danish – Popular : Puteri.
3. Pija
4. Sharifah Amani
5. Sharifah Zarina
* Aku suka Amani. Tapi dia kurang menyerlah… Gedik2 Nora Danish tuh ramai tak tahan taooo…

I. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team – Pilihan Kedua
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan – Popular

J. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Jamal Abdillah – Pilihan Kedua
3. Mawi – Popular
4. Vince
5. Zahid
* Jamal? Above than Adam? Sebab undi remaja terpecah 2 disini antara Mawi dan Adam. Pakcik2 ramai suka Jamal lagi. 😉

K. Penyanyi Wanita Popular
1. Dayang Nurfaizah
2. Ella – Pilihan Kedua
3. Farah AF
4. Siti Nurhaliza – Popular
5. Waheeda
* Kategori nih macam tak banyak petunjuk, walaupun ada yang kata Waheeda, tapi aku tak rasa dia banyak keluar dalam 2005. Entah mengapa juga Jac dan Ning takder dalam senarai. Mengapa saya pilih Ella? Entah.

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jinbara
2. KRU
3. Ruffedge – Popular
4. Too Phat – Pilihan Kedua.
5. VE
* Too Phat lambat sangat kuar album. Dah nak masuk ujung tahun!

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki – Popular
2. Farid Kamil
3. Rosyam Nor – Pilihan Kedua
4. Saiful Apek
5. Yusry
* Aku pilih Rosyam daripada Apek. Sebab aku suka Rosyam. Hahaha

N. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha – Popular
3. Maya Karin – Pilihan Kedua
4. Nasha Aziz
5. Sharifah Amani
* Walaupun masih ramai penyokong Erra kat luar tuh. Tapi aku rasa lepas dah kawin saham mesti jatuh 60% punya. Fasha walaupun tak berlakon Filem sangat. Kadang2 orang misjudge siri2 kat TV tuh. Tak ramai orang pandai nilai betul2 antara TV dan filem. Siri Natasha tuh SANGAT KUAT!

O. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Fahrin Ahmad
3. Jalaludin Hassan
4. Rosyam Nor – Pilihan Kedua
5. Zamarul Hisyam – Popular
* Ako… Ngko kontroversi sket la bab peluk2 tuh.. Tak tahan … :D. Aku memilih Zamarul sebab siri kat tv tuh Prime Time. Banyak kelebihannya.

P. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja – Pilihan Kedua
3. Fasha Sandha – Popular
4. Nasha Aziz
5. Rita Rudaini
* Dua- dua pilihan aku nih aku pernah tgk kat LUAR tau, kat opis aku. Serius lagi lawa EJA. Tinggi lampai minah nih. Kete pun BMW 3 Series berflat no. EJA ** (Rahsia). Tapi Fasha kat luar sedap tengok. Comel dan ehem ehem….

BINTANG PALING POPULAR 2005!
Tipulaa kalau MAWI tak menang!. Fahami istilah POPULAR!
Walaupun tanpa SMS, kalau diberi nama Fenomena tuh.. Susah laa nak cakap. 😉

Okeh!.. Itulah ramalan ala2 Nostradamus gue!..
Ingat!.. Hiburan Itu Melalaikan. Jangan sampai lupa mengejar ARAH DAN TUJUAN HIDUP KORANG!

Notradamus lain :
Sultan Muzaffar

JavardKent