Ramai blogger lama dah tak aktif, peluang bagi yang baru?

Ehem… ramai blogger2 yang dulu power dan sedap baca blog diorang. Tapi dah ramai juga yang tak aktif. Ramai jugak agaknya yang dah pencen. Ada gak perasan dah tua sangat… biasalah… melayu cepat tua. Mat salleh luar sana tuh umur 40 lebih adalah masa paling gemilang kerjaya diorang. >_< Bagi designer, Chris Bangle misalnya umur 50 adalah tahap super kerjaya beliau.

re-blog

Kita?  Umur 30 dah buat alasan tua nak mampos. 😀 (ah.. tak payah la buat alasan itu ini, nanti bila Israel jadi maju gile pasal diorang study dan buat kajian walaupun dah nak mati dan diorang jadi maju, korang salahkan dunia lagi cam biasa)

Mentelah plak yang dulu blogging semata2 pasal nak duit. Tapi kemudian tak berhasil seperti yang di harapkan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal dan tinggal terus. Agak mengecewakan bukan? Padahal, ada sesetengah tuh mmg sangat menarik untuk dibaca pos dan celotehnya. Well.. mereka mungkin ada sebabnya sendiri.

Tambah-tambah plak zaman facebook hot. Semua dah malas nak blogging, tapi 1 perkara yang mulai disedari ramai adalah, betapa kurangnya maklumat apabila kita searching sesuatu di google. maksud saya maklumat terkini. yang ada kadang2 maklumat dah lapok atau tak relevan.

Apatah lagi jika berkaitan software, ada juga yang tutorialnya versi dah terlalu lama, mungkin juga orang dah tak pakai. So biarlah.. itu orang punya pasal, kalau korang pandai inilah masa nak ambil kesempatan. Masa yang terbaek dalam tak sedar.

Jadi.. untuk 10 hari terakhir blogging non stop aku nih.. aku plan start hari Isnin nih sampai habis bulan nih, aku akan bagi cukup2 pos yang bersifat ilmiah, terutamanya bidang grafik dan multimedia. Aku akan cuba fokuskan fasal tutorial guna software, dan tips2 berkaitan. Juga aku nak buka soalan seberapa banyak yang boleh (bukan 2 soalan cam skandal Listen tuh hihi) kat box bawah, tuh pun kalau masih ada orang yang rasa nak komen la. Kalau tak aku melalut la apa2 yang aku suka hehe.

Ok.. that’s all for tonight..

Note: Baca 10 sebab utk blog aku pernah citer beberapa tahun dulu kat » sini.