Saya akan menceritakan tentang kereta arwah ayah kami. Kereta yang kami sekeluarga sayangi disini, aku pun baru submit contest ProtonVip untuk try luck pada last day, closing date.
Cuma situ, masalah dia cerita cuma teks sahaja, gambar cuma gambar dengan short description yang pada aku tak cukup. So aku buat post disini :
Quote : Paste yang aku send dulu.
Saya, (kami lebih tepat) sayang kereta ini kerana, inilah kereta suka dan duka sekeluarga kami.
Proton Saga Iswara Executive / Tahun 1995 / Kuala Lipis Pahang / WEK 5269 / Kapasiti tempat duduk : 8 (walaupun sebenarnya 5 )
Ini adalah kereta arwah ayah. Kami 11 adik-beradik punyai cerita yang pelbagai dari kereta ini. Oleh kerana ruang yang terhad 1500 patah perkataan, saya ceritakan secara ringkas yg penting sahaja :
Kereta ini, menghantar hampir kesemua adik2 saya yang belajar di IPT :
1 – Adik no. 4 Khairi : IPT di kota bharu – sekarang bekerja.
2 – Adik no. 5 Noraini hayati : Uitm Seri Iskandar sekarang di poli sabak bernam. (dan kereta dimana dia belajar mendapatkan lesen)
3 – Adik no. 6 Hafizan : Uitm Arau perlis
4 – Adik no. 7 Fadhil : Uitm Arau perlis, sekarang di poli sabak bernam
5 – Dan adik yang bongsu firdaus : beberapa kali setahun perlu ke HKL untuk checkup (adik bongsu ini kanak2 istimewa)Arwah ayah membeli kereta ini kerana saiznya yang panjang dan luas. Jadi kami adik beradik yang ramai ini boleh pergi. Tradisi emak dan ayah, setiap kali menghantar abang/kakak, adik2 perlu ikut sekali supaya tertarik untuk belajar tinggi.
6. Arwah ayah, meninggal dunia 2 tahun lalu. Kereta inilah kira2 dua kali beliau pandu sendiri dan parking di depan bahagian Kecemasan Hospital Daerah Lipis, kemudian terus di masukkan ke wad, anak2nya semua duduk jauh2… Dan kereta inilah juga menghantarnya buat kali terakhir ke hospital…
So aku akan tulis detail post selepas ini.