Pos pertama tahun 2013

Arakian adapun ayat lazim berkata : Pejam celik pejam celik, dah habis setahun. Boring betul la, sket2 pejam celik. Kalu pejam saja mati plak, kalau celik saja tak boleh ke? Oh… tak boleh eh… nanti mata jadi kering dan garing. Kot..

Selamat datang 2013

Masuknya hari ini bermakna hari permulaan tahun 2013 masihi. Ini bermakna ramai orang bertambahlah usia mereka sebanyak bilangan 1. Ada yang baru dikira matang 17+1 . Ada yang rasa dah jadi tua sebab dah mula dengan angka 3. Melayu memang mudah tua. Bila rasa tua mula la jadi malas nak mampos! Dan ada macam2 lagi laaa.

Aku? Aku tak tambah 1 kiraan lagi. Kene tunggu hujung tahun, bulan Disember 2013 esok baru tambah. Haha.

Erm.. so… rasanya dah 2 3 kali buat test non stop blogging, tapi setakat nih tak pernah ada berjaya sebulan lagi. Apetah lagi 3 bulan. Lagi la mustahil non stop setahun.

So bulan nih, aku nak try gak update FULL 1 Bulan. Try la.. tak cuba tak tahu.

Ok! Itu saja untuk hari ni, esok sambung lagi. Aku nak citer pasal apa2 yang berlaku beberapa bulan lepas juga.

Selamat tahun baru 2013. yang mana nak berazam, berazamlah… daripada takde impian dan angan2 tuh, baiklah ada.

 

Imagination is more important than knowledge… Albert Einstein

 

Daripada 1 impian atau imaginasi, akan datanglah usaha untuk mencapainya.

dan dari usaha itulah terhasilnya ilmu pengetahuan!

 

Sekian, pos pertama untuk 2013, dari saya Nizam Ahamad. (macam la popular hihi)