Pergh.com MiniGath 22 Januari 2006.

Yerr.. sudah berlalu. tapi aku tetap nak pos juga.

Muara Ikan Bakar
*Foto ini adalah dari wang ehsan kamera En.Salim of huiyo.net

Sebenarnya, Pergh.com nih susah sangat nak buat gath. Gath rasmi pun mmg tak pernah buat. Yang wujud hanyalah minigath merata2 dan berterabur. 😀 Sebab dia ialah aku sendiri yang taknak buat. Hahaha… Apelah.

Sebab utama aku taknak buat tuh ialah aku berfikiran, wujudnya komuniti pergh.com itu bukan atas dasar sukakan perjumpaan macam banyak komuniti lain. Jumpa2 kenal2.. ada awek, ada pakwe, pastuh ada laaa macam2 lagi. Dan kemudiannnya forum tersebut lazimnya mulai dipenuhi dengan rubbish post, nonesense post!. Yelah.. masing2 dah terbawa2 dengan cerita dan kisah kehidupan. Dan lazimnya berlarutan kalau tidak dikawalselia dengan baik.

Pergh itu diwujudkan lebih kepada komuniti yang benar2 Online dan Bermanfaat. Tapi ini tidak bermaksud tiada langsung perjumpaan. 🙂 Aku pernah berkata, official gath for the first time CUMA dan AKAN di jalankan pada atau selepas 5 tahun pergh.com ke-online!. Tarikh lahir (register) pergh ialah pada 5 Ogos 2001 . Jadi genap 5 tahun ialah Ogos 2006. Tapi dek kerana ramai sangat warga pergh nih duduknya diserata dunia dan pelusuk malaysia amnya. Kebarangkalian besar gath ini akan dilangsungkan pada hujung tahun 2006 ini. Harapan aku juga, gath yang bakal berlangsung ni bukan sekadar gath, tapi more than that. Maybe u can’t imagine it in any way. 😀 Berlagak bukan? Tidak… Cuma satu kata yang jujur.. 😉 Haha.. sudah lari tajuk aku nih. Aku kalau menaip mmg ikut sedap jari dan jari aku ada insuran kot…. Tambah plak skill menaip aku agak advance dan top speed. Tak sedar dah panjang. 😀 (Perasan) .

Baik!.. Minigath kitorang nih ada 3 sesi (pelik?) .
– Pra sesi berlaku di Galeri Shah Alam.
– Sesi pertama di Dave Deli, Shah Alam COnvention Center (SACC).
– Sesi kedua di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan, Port Klang.

Aku tidak mahu bercerita terlampau panjang, sebab banyak sangat cerita!. Yang pasti, makan di Muara Ikan Bakar adalah satu sejarah bagi aku. Makan sampai tahap melampau!. Aduh!.. Perutku kini sudah mulai kelihatan lain! Tidakkkkkk!!!!.. aku taknak jadi buncit boroi. (Lalu berazam buat sit-up setiap pagi.) ^_^

Thanks kat madstone sebab sponsor lebih separuh dari kos. (Lenkali belanja lagi 😀 – Eh! Zakat tuh! )
Sila pergh!i ke topik ini di pergh.com untuk lebih gambar. KLIK!
*boleh lihat juga betapa HEBATNYA bill kitorang. 😮