Penat, Letih, Tak Larat, Malas, Kejadah!.

Bukan setakat bersawang dah blog aku nih. Dah lebih dari bersawang!.. boleh dikatakan rumah errr.. blog hantu. Kalau la blog nih dijumpai oleh Sam dan Dean Winchester dari siri Supernatural (yang tgh duk main kat tv3 setiap Ahad malam Senin – paberet aku tau cite nih), mesti diorang berdua terkejut gile babeng tgk betapa banyaknya hantu kat blog aku… hahaha. Aku pun rasa diorang tak mampu nak lawan banyaknya hantu kat blog aku ni.

Semua subjek tajuk diatas mewakili segala bende yang patut dan tak patut berlaku kat blog nih. Perkataan² itu membawa definisi masing yang terpulang untuk ditelah apa makna.