Hari nih aku malas la nak sambung post2 cam semalam. Nak ringan2 sket. So hari nih nak citer pasal pasar malam Padang Jawa, Shah Alam ini. Oh ya, baru-baru nih, pasar malam nih masuk paper, kerana ada tutup 20 minit menghormati waktu Maghrib dan beri kesempatan utk peniaga dan orang ramai solat. Actually bende nih setahu aku mmg dah lama praktik kat Kelantan, dulu2 1st buat kat Padang Bas Kota Bharu (miss that place ♥ ).
*sup tulang terbaek!
So, Pasar malam Padang Jawa nih berlaku pada setiap hari Jumaat , malam sabtu. dari jam seawal 5.00 petang sampai laaa.. kira2 jam 11 malam. Letaknya adalah di bawah jambatan flyover KTM Komuter, atau di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, juga belakang sekolah agama dan di sekitar Masjid padang Jawa itu sendiri. Tempat ini sangat sibuk, bahkan pasar malam tumpuan orang2 sekliling, dari padang jawa, seksyen 16, 7, Rimba Jaya, Ken Rimba dan kawasan2 sewaktu dengannyalah senang citer.
Antara port favourite aku sini adalah gerai Kak Dah / Abang Man Laksa. Lokasinya terletak di belakang pejabat JKK dan juga belakang Klinik Desa menghadap arah rel keretapi (bukan arah masjid). Aku kenal diorang nih dah lama, sejak tahun… 2004 kot? Dulu aku pernah berniaga dengan adik ipar aku dan adik pompuan aku kat situ. Masa tuh kitorang meniaga Ikan Air Tawar. Yup, aku pernah pegang ikan, timbang, kira harga semua bahkan sampai pegi beli stok ikan kat Pasar Borong Klang tuh pun aku pernah buat. Kau ada? Haha. (nanti aku buat moment-to-remember pasnih, bab nih panjang leh citer)
So, kedai abang Man dan Kak Dah nih sebenarnya important spot place kat situ, pasar malam ada hari ini, dan pasar pagi adalah hari Ahad. Pentingnya gerai ini adalah keutamaannya adalah untuk para peniaga sendiri. Sekiranya gerai kak Dah nih tak bukak, maka kami yang balik dari pasar borong dan sampai kat pasar tuh kol 5 pagi, akan rasa susah nak makan minum. Ini di share bersama dengan peniaga2 ikan laut, peniaga ayam, peniaga sayur semualah, tak kira bangsa apa pun. Jadi ramai gak aku masih kenal peniaga2 yang ada kat situ walaupun dah ramai yang bertukar dan berubah. Ada gak yang dah kaya raya tak meniaga lagi dah.
Sup Tulang terbaik!
Kerana tekak saya ini barangkali sudah agak sinonim dengan masakan Pantai Timur, maaf, sup utara bagi saya tak sedap. Ani sup utara mungkin bukan benchmark sup utara yang betul, tapi saya makan sup utara tuh agak fail.
Sup pantai timur lebih pekat dan berasa rempahan dan daging juga tulang. Jadi yang mana sama selera sebelah pantai timur, akan terima sup ini lebih enak. Lebih tepat umpamaannya, sup tulang yang dimasak di dalam kawah time kenduri. Jadi boleh cuba sup nih kalau berkunjung ke pasar malam ini. Cumanya nak bagitau siap2, kalau datang kol 7, selalunya sup nih dah abis stok. Dia tak buat banyak sangat maklumler, tulang mahal, jadi kalau hujan ke ape risiko rugi tinggi. Jadi balik opis terus ke situ kalau nak makan. Aku lain, ada hotline, call booking hahaha.
Kedai nih juga popular dengan laksanya! dan juga nasi lemak dengan rendang daging dan kerang, rata2nya ala2 pantai timur punya masakan (bukan siam). Cuma aku pelik kak Dah tak buat nasik kerabu jer, nanti aku tanya pesal, dapat nasik kerabu ngan jeruk bawak putih dan daging salai, pasti Ohsem!
Menurut pemahaman aku, kedua2 suami isteri ini pernah berkerja di istana Kelantan, kak Dah setahu aku dia adalah pekerja di bahagian dapur istana kelantan zaman mudanya. Detail tak tahu sangat. So far setakat nih, aku tak jumpa lagi sup sedap dan segar camnih area lain Shah Alam nih. Apa2 pun Kak Dah dan Bang Man nih cuma meniaga 2 hari seminggu, malam nih dan Ahad pagi, pagi Ahad takde sup tuh. Ermm…
Dah gelap sikit aku pun blah…
*gambar nih gambar minggu lain, aku cuma letak jer..
Eh..Cuma pelik, masalah pengemis tak settle kat Malaysia nih, dah 51 tahun merdeka, duit zakat semua lepas ke mana? Golongan Asnaf dan merempat masih banyak? Nape tak ikut zaman klaifah Umar yang siap pergi cari orang miskin, siap menyamar pakaian buruk lagi kusut cari orang susah, miskin, papa kedana. Ingat tak kisah seorang ibu merebus batu? Supaya anaknya tertidur kerana kelaparan dan nak tunggu batu tuh empuk?
Apakah penguasa agama (dan majlis2 berkaitannya) kita hari ini lebih selesa di katil empuk mereka, dan kerusi empuk kenderaan mereka, juga sejuknya aircond di pejabat mereka? Kemudiannya menyalahkan agama lain yang memberi bantuan dan menyalahkan orang2 seperti ini jadi murtad? Nauzubillah. Kutipan duit zakat (mana2 negeri) cerita berjuta2 setahun pun tak gunalah. Pemimpin (tak kira peringkat) adalah golongan yang terawal di hisab dan antara teramai masuk neraka.
Entahlah.