Berikutan cuaca tak menentu, panas terlampau, tiba2 hujan. Debu dan jerebu menghiasi ruang udara, apa lagi yang boleh kita kata tidakkan.
Ada berkata, banyaknya unsur debu dan jelaga atau segala bagai karbon monoksida dan dioksida lengai dalam udara ini kerana hampirnya berakhir fenomena elnino, apabila perselisihan angin monsun berlaku, angin tidak meniup kemana2 bahan2 tersebut menjadikannya semakin banyak diudara. Nah, yang lemah sudah tentu terkena, yang kuat pun tengok nasib lah. Hujan sebentar tidak menjanjikan apa2 melainkan membuatkan suhu badan menjadi terkejut sahaja.
Hari ini, sejak pagi saya sedang bersusah payah menidakkan diri daripada dihinggapi demam. Sudahlah minggu lepas juga saya kena selsema tetapi tidaklah seteruk seperti sekarang. Panas hari membuat sakit kepala, saya pula orangnya alahan debu. Asma juga bertandang kadangkala. Kerja2 sudah tentu tidak berjalan lansung pada keadaan ini.
Malam tadi mahu tidur juga panas, sampaikan saya berbaring di dalam kereta melayan aircond. Oh, petang tadi juga saya berbuat demikian. Tak tahan, panas sangat. Badan pun panas nak demam.
Entahlah… ayat2 lazim seorang ustaz : “Itu baru panas dunia, belum lagi panas neraka. ”
(tapi lazimnya ayat2 ustaz ‘biasa’ sebegini dilayan dengan muka bosan je, kerana ustaz ‘biasa’ tersebut cuma belajar agama tanpa belajar psychology… )
Adakah panas dunia ini juga adalah extra hasilan dari maksiat2 dan kemungkaran manusia yang ada sekarang? Mungkin… yang pasti… shah alam ini rekod hari-hari, suhunya antara 24 – 34 darjah celcius.. bahkan pernah direkodkan tahap tertinggi mencecah 38 darjah celcius! dan itu adalah sungguh PANAS!
Kau tau camner nak tgk suhu tempat korang hari ini? Senang jer.. tanya pakcik google.. Serius!
Tgk.. 😉