Dulu-dulu… aku mungkin ‘beragan’ nak buat bende2 tak senonoh camnih. Tapi berangan jer takkan hasilkan apa2. Dengan beberapa upaya aku berusaha nak faham sendiri-sendiri software After Effect, so then aku bleh la buat mende2 simple dan bodo2 jer dulu.
Kemudiannya diajar perkara asasnya dapat aku faham dengan lebih baik menggunakannya… oleh seorang bekas teman sepejabat yang bernama Rafi Jupri yang kini bekerja di AirAsia. (Aku rasa dia mungkin akan baca pos aku nih.) Well… Rafi, ko tetap sorang guru terawal aku lam bidang mende alah nih. Huhu.. Walaupun ko selalu kata… “Ape la sangat, eh manade”.. Tapi mmg dari ko gak aku start belajor mende nih supaya lebih faham.. OK! Hasilnya…
Montaj nih adalah ‘opening montaj’ aku buat untuk event Majalah Maskulin sabtu baru-baru ini. (2 Ogos 2008). Mula petang, abis malam… so jangan kata aku larat sangat nak pegi ke Gath WangCyber atau buat mende-mende lain. Lagipun takde pun aku bagi nama… sebab aku tahu, aku bukanlah orang yang bleh merancang awal nak pegi mana. Aku tak sukalah hidup aku terlalu dijadualkan. Orang lain, lain cerita lah.. 😀 Lagipun.. aku nih bukanlah orang sosial sangat.
The Return of Maskulin Party 2008 (Party ulang tahun ke 7 Majalah Maskulin), bertempat di The Funtheque , The Ship Bukit Bintang KL (ko gi clubbing ke Mistik? A ah.. yelah tuh) . Yup, depan bukit Bintang Plaza tuh, merangkap kawasan segi tiga emas Malaysia atau kawasan yang paling mahal setiap inci tanahnya di Malaysia nih. Mula lewat petang dan habis malam. Penat seh, dah la aku yang wat montaj tuh sorang-sorang sekian harinya.. err.. seminggu kot.. tuh pun hari Jumaat baru leh siap btul2. Ada 2 montaj sebenarnya….
Semasa event tersebut, aku yang juga merangkap CamcoderMan (bawah sket dari kameraman la kot, kalau ngan ultraman tuh lagi la merepek… hehe). Adalah amat melenguhkan tangan dan bahu mengeshoot handycam Sony tersebut sepanjang event. Tak kisahlah.. janji enjoy.. Erm.. event tuh gak bleh lah dikatakan meriah dengan kehadiran lelaki-lelaki sasa PLM (Pencarian Lelaki Maskulin) dan bleh kata ramai dah jadi model belaka serta ramai koleksi gadis-gadis melayu 3GP genit² heehehhe .
Tidak lupa juga berpuluh-puluh (tak kire sangat) artis lelaki dan perempuan hadir sama. Nantilah aku update later gambar2 aksi panas pada pos seterusnya. Nikmatilah hasil montaj gue.. Abaikan music pilihan ‘last minit’ tuh kalau tak best. Lagipun music tuh tak pakai, sebab pakai Live Audio dari DJ NAS-T (Pelakon Drama KAMI tuh).
Ok!!! Sapa mahu order sama aku visual montaj untuk event besar² jangan malu². Sediakan beberapa ribuan ringgit ya!… Hahahaha. Calos..