Lepas berjaya non-stop genap 2 minggu atau 14 hari. Kadang2 aku tak tahu nak update pasal apa lagi. Memang banyak topik dan perkara yang boleh di-blog-kan. Cumanya, ada sesetengah perkara tuh memerlukan masa yang sangat panjang nak siapkan 1 post.
Waimma cerita benda2 mudah pun kadang2 jadi payah, macam2 sebab, antaranya takde gambar… tapi aku ada option buh design mengarut2. Sebenarnya gambar tuh pun berfungsi untuk enjin carian. Sebab setiap gambar ada value, ada title, ada tujuan dia. Kadang2 orang cari gambar2 yang kita sendiri pun tak pernah pikir gambar post kita tuh menjana traffic ke blog kita.
*teka sapa mamat yang pakar nih?
Memanglah, aku nih takde lagi topik yang khusus, mungkin gak aku malas nak khusus sangat. Contohnya cam hari nih aku nak mengarut jer. Jadinya aku pun mengarutlah. Hahaha..
Nak update blog dengan sesuatu yang berisi, kena cukup fakta2. Silap fakta, salah baca, salah faham silap2 menjadikan kita macam…. bodoww. Macam perasan best, padahal apa yang kita kata tuh tak betul apabila ada orang yang lebih tahu dan faham subjek tersebut.
Jadi kalau tak cukup pakar, jangan mengaku pakar. Ramai orang hari nih suka mengaku pakar, tapi bila orang tanya dia kata “kejap aaa… nak ingat” – Padahal dia meng-google mencari jawapan. Tadaaaaa.. siap sorang pakar celup . Pakar PENIPU! itu makan dia!
Seorang kawan yang berkecimpung lama dalam bidang dunia Internet Marketing dan bidang2 yang sewaktu dengannya di Malaysia ini berkata, “Hari ini, ada ramai pakar palsu dan buatan”. Aku pun kata, Betul! Contohnya banyak di sekitar kita. Bahkan dalam bidang apa jua sekalipun.
- Ada yang macam…. pakar kesihatan, tapi sebenarnya dia nak jual produk kesihatan MLM dia yang mahal nak mampus dan ada money game.
- Ada yang macam pakar design, tapi dia pakai free template kat mana2 dan modified tambah tepek tampal dan segala bagai.
- Ada yang mengaku pakar internet marketing, tapi dia spam merata2 guna ID atau username lain.
- Ada yang macam pakar melukis, tapi pakai kasil kerja orang lain, atau macam lukis, tapi pakai filter photoshop haha.
- Ada yang mengaku pakar pelaburan wang dan barang2 lain, tapi banyak duit orang dia lebur kan.
- Dan bermacam2 lagi pakar palsu yang ada pada hari ini.
Tidaklah pula aku katakan pakar itu perlu certified, sedangkan ramai gak graduan universiti itu keluarnya dari belajar dan masuk alam kerja jadi tenuk masuk kampung. Di atas kertas dialah segalanya, tapi di atas kerja, dia-lah segala hancurnya. Ramai, raaaaamaaiii sangat, anda, anda dan anda mungkin antaranya. Terasa lettewww.. takpe, masih ada cukup masa untuk sedar dan menjadi pakar sebenar.
Tidak peliklah, culture belajar di IPT hari ini adalah bagai bersuka ria, buat assignment last minit. Pastuh asal lulus dah cukup, dengan yakin nanti ada kerja. Bila masuk dunia pekerjaan sebenar, berapa ramai yang berasa sangat jerih dan perit bila tahu keadaan Dunia Sebenar.
Anda belajar tidak pasionate, tidak mempunyai minat yang dalam. Anda pergi belajar di IPT kerana ikut orang lain belajar. Anda belajar kerana… apa2 jua sebab pun. Benar, hidup kita tak selalu seperti yang kita mahu. Hidup ini kita hanya rancang, tuhan tentukan (ayat lazim). Ye ke? Ke kita just-going-on-with-it? Kita cuma ikut saja?
Mengapa sangat jarang jumpa yang bila belajar.. I wanna be the best of the best the super ohsem, Im passionate with THIS (insert course anda).
Ramai gak pakar yang tak bersijil pun, aku jumpa ramai yang super pro. Sijil? None.
Ah.. merepek ke situ plak. Panjang plak ceritanya kan…
Ntahlah, kata orang, dunia kerja di Malaysia pada hari ini sudah mula berubah kepada Skilled Workers, bukan lagi Paperssss Worker (except gomen and related – then don’t ask why some gomen nasai dept attitude are sucks in certain field). Some people are just desperate for a job, even they didn’t interested to be in at all!
Untuk bidang2 berkaitan kreatif, multimedia, design dan rakan2 sewaktu dengannya, ingat nih:
“Sekarang, banyak syarikat melakukan REAL-TIME-TEST time temuduga. Anda diberi tema atau tajuk sesuatu tugasan, sila siapkan secepat mungkin atau maksima tempoh waktu yang di tetapkan.”
Boleh buat? 1 jam? 2 jam? Berpeluh? Penemuduga mengarut?
No!.. Diorang cuma nak cari orang boleh buat kerja. Bukan nak cari orang yang ‘nak cari pengalaman’.
Nuff Said.
* Meraban = Loghat Pahang, area kuala lipis, yang membawa maksud merapu atau merapik tapi lebih lagi!
*Another 15 days to go.