Aku kurang pasti, dari manakah asal usul perkataan “hitam putih kehidupan”. Barangkali wujudnya kerana dahulu orang melihat cerita hanya di tv dan layar panggung yang berwarna 2 itu. Mungkin pencipta ayat tersebut malu2 sekarang ini kerana sudah banyak warna yang ada.
Tetapi, ayat2 berikut yang punyai tambahan warna diantara keduanya iaitu kelabu. Mungkin bermulanya era grayscale atau monochrome. Ah… tapi kalau dilagu nyanyikan ayat diatas, tentu saja yang paling di ingati adalah dari lirik lagu kumpulan tersohor iaitu XPDC.
Cuma… aku juga hairan dalam liriknya ada… “merah biru hijau kuning adalah penantian”? Apakah ia pasti bukan Lampu isyarat? Dari mana datangnya warna biru? Signboard-kah barangkali. 😀
++ Tapi malam tadik, didepan mata, ada orang mmg nyaris di sondol tabrak oleh lori treller yang tak berhenti pada warna merah, dan si-nyaris pula terlalu kalut nak memecut motor sebaik lihat lampu hijau. Ada masanya kita perlu kembali ke asal, iaitu… pandang kiri, pandang kanan, kiri lagi dan melintas. Kerana tidak semua orang peduli warna.
Kalau kena tadi, confirm warnanya merah.