Mentor 5 tidak best! Review konsert pembukaan

Tak best! Tak best! Tak best! kecuali beberapa yang best. (Tajuk diatas adalah ‘contradiction’ btw) Wah!, lama tak menulis pasal program TV dan sepertinya. Satu masa dulu aku pernah gak terpengaruh menulis bebende camnih. Tapi sebenarnya, bebenda camni sangat bagus… untuk memandu trafik ke web.


*gambar diatas adalah dari Facebook Mentor 5

Saya mengambil contoh yang agak epic (pada saya), seorang kenalan maya bernama Sultan Muzafar, yang blognya dulu sangat ngetop pada era kegemilangan Akademi Fantasi (sekarang AF tak sehebat dulu rasanya… at least aku rasa camtuh). Akhirnya blogger tersebut sudah tersohor dan di kenali ramai. Khabar terakhir di dengar, beliau dah kerja di Astro. 😀

Jadi.. malam ini aku tak mo taip panjang2-nye-pun. Still aku nak buat ulasan, at least sebab nih jer antara program realiti TV yang aku ikut sebab aku takde Astro (bukan aku tak mampu, tapi aku tak de nak tgk tv sangat pun… tv aku pun kadang2 jer aku bukak).

Setelah diperhatikan, Program Mentor TV3 nih makin bagus kelihatan. Barangkali gak sejak Ally Iskandar jadi pengacaranya, tapi aku tak suka sangat Nas Ahmad terjah2 kat belakang tuh. Mungkin naiknya bermula sejak zaman Black menang. Agaknya lah…

Overal, opening Mentor 5 kelihatan baik jika tidak hebat. Standardlah, mula2, tak panas lagi. Here’s my snippets berdasarkan citarasa aku… baca atas risiko anda sendiri, ini adalah pendapat peribadi aku wokeh!

1 – Afdlin Shauki (aku minat dia tapi…) mengecewakan aku, protege-nya nampak lemah dan tidak seperti yang aku harapkan iaitu seorang yang jauh lebih hebat berpuluh kali ganda dari itu. Ingat? Kononnya dia nak cari orang ganti P.Ramlee? Come on brooo… and.. Ratnah?

2 – Noh Hujan dan Ayish? … Erm aku tak sker Noh dan Hujan btw, actually I dislike them a lot with my own reason, lantak korang lah fan dia giler2 pun, hak korang, aku tak larang. Protege dia mula2 nampak cam best gak, macam ada suara, tapi pastuh tak berapa, macam tenggelam dalam bunyi music plak. Aku wonder,  takde  orang lain yang setaraf ke nak letak jadi mentor selain Noh? Aku tak rasa dia selayak itu, suatu hari nanti atau satu masa akan datang mungkin la, skang awal sangat la.

3 – Kak Pah dan Shiha, opening superb, tapi nyanyi lepas tuh agak lost sket, macam Ramli MS cakap. Takdak melodic. Tapi pakej lengkap suara ada, dan lelaki2 mesti suka. Akan jadi 1 of the ‘mens favourite’ pasnih. Bab Kak Pah & Mak Cik Pah serta anaknya… shila (kalu x silap) tuh , aku bagi 5 thumb up. Superb. Ape2 pun, nampak Kak Pah masih anti Siti hahaha… dan bagi aku yesss.. suara Shiha ada miss miss Siti punye voice. Lantak korang la kalu telinga korang dgr laen.

4 – Rahim Maarof & Aiman tak kisah , fav gua dulu lagu Usang dari Rahim Maarof, berhantu lagu tuh. Tapi protege lu bro tak se-ada-nya, harap rupa jer, suara ke laut bro!. Tapi tuh la, cakap orang2 berlapik ialah ‘alaa.. konsert mula2, mmg la tak nampak lagi’. Ye kan aje la…

5 – Edry & Iqa, rupa mmg selalu jadi priority KRU. Pandang aja artis2 naungan diorang. So Iqa mestilah akan ada album 1 hari nanti. Tapi aku cukup benci orang Melayu sebut T bunyi THI time nyanyi. Tak bleh sebut T betul2 ke? A ah, mmg korang sebut T bunyi THI la konon. Ye kan aje la…  tolong lah… belajar sebut T betul2 time nyanyi. Kita makan sambal, bukan makan keJHU . Gua swap channel beb, lepas dengar nyanyi bunyi T jadi THI nih bro.

6. Erra & Salmah. Well.. like english old man said, “Save the best for the last”. Luckily this one make my day! Walaupun… Erra bukanlah penyanyi sehebat mana, dia pelakon, dan bukannya talent searcher pilihan aku bahkan orang lain gak. Aku akui, pilihan dia antara terbaik. Suara jelas, lontaran suaranya mengagumkan, bulu roma boleh meremang dengar. Aku dgr ada aura ala2 Ziana Zain beb!.

Salmah vs Erra, adalah sangat kontradik melihat anggun erra vs ke’biasa’an protegenya apatah lagi namanya… Salmah, yang takde sape pun berani sanggah kalau aku cakap, namanya sangat kekampungan… kalau orang bandar konpom nama jadi Sally kah kah (ada gak jantan nama tuh kah kah)… Tapi aku tak kisah beb… lagipun nak heran ape.. 1 masa dulu semua orang pernah cakap.. nama SITI adalah sangat kampungan.. tengok saja hari ini. 😉 (eh.. Siti tuh sama daerah Lipis ngan aku , abang Rahim pak sedara dia main band tuh ramai kawan2 aku dalam tuh.. = nih aku tumpang glamer la nih.. teruk tul aku nih 😀 )

Ape2 pun… You got my vote Salmah… (tapi tolong orang Sabahan jangan melebih2, nanti orang bukan Sabahan jadi benci nak vote dia, sebab ramai orang menyampah ngan ‘kefanatikan’ korang. Cover sket geng2 aramaiti tuh. Nih friendly punya reminder lah yer.. jangan lak jd nak gaduh ngan aku. 😀 )

Salmah, pada aku… BAKAT MELEBIHI RUPA!. Aku percaya Erra akan grooming dia jadi acceptable, like azmeer did before?  (but still… I couldn’t resist the cuteness of Shiha ^_^ . Ok, you 2 are top of vote.. Dan no wonder, hakim pun dah asingkan yang hebat2 (Salmah dan Shiha) duduk di Group yang berlainan! I knew that. Show biz politics! 😉

Kita tunggu minggu depan!

(maaf ada spelling error dan terabur, aku main taip terus tanpa pandang belakang2 dah – cilakak! baru aku sedar…panjang giler aku taip )