Makan Lagi… Pecel Lele Padang Jawa

Aku tak sempat nak taip panjang2 hari nih, banyak keje. So aku citer lagi pasal makan. Haduih… asik makan saje nih. 😀
Nih 1 lagi tempat makan popular kat Padang Jawa.

So… tempat nih antara tumpuan ramai, selalunya student2 dari Uitm dan sebarang IPT berdekatan. Boleh dikatakan sebagai tempat pameran awek gak la hahahaha.. (Abis la.. ramai la plak lelaki lepak situ nanti >_<) Ramai gak pekerja2 dihari bekerja, tapi rata2nya hari cuti dipenuhi oleh tak kira siapa.

So kalau nak lunch kat sini tanpa menunggu tempat duduk kosong, bolehlah datang makan sebelum jam 12 tengahari, kalau tak memang pack sampai jam 3 – 4 petang. kadang2 kalau hari cuti, mahu cecah jam 5 petang pun penuh.

Walupun ada pelbagai menu, menu utamanya adalah Pecel Lele (ikan Keli), Pecel Ayam, Bakso, bebola daging dan banyak lagi.

Fav aku, pecel ayam dengan air Josh. (ada yang kata, josh nih wujud sebelum extra josh tuh keluar lagi, buatan sendiri) Air Josh nih ada beberapa perasa. Standard, Manggo dan Anggur. Must try!

Total RM 6.00 (Kalau tanpa air tuh. cuma RM4.50 termasuk nasik! ) Murah? Sudah tentu! Rasa? Pun sedap. ♥

Cara nak pegi? Selepas turun flyover masuk padang jawa tuh, masuk simpang sebelah kanan, cuma dalam 10 meter dah nampak. 😉

*dulu kedai nih kebersihan dia agak kureng, walaupun servis laju. Cuma lepas raya baru nih, kedai nih dah upgrade, dapur siap mosaic dan dah nampak bersih.