Minggu lepas, aku kehilangan hari cuti lagi seperti minggu2 yang sebelumnya. Dari Jumaat 17hb – 19hb April 2008. Bertempat di Flamingo Hotel, Ampang. Opis aku menghantar ramai staff dan akan menghantar keseluruhan staff karangkraf untuk mengikuti kursus ini.
Kursus ini sebenarnya agak kontroversi bagi sesetengah pihak, terutama beberapa pihak yang beranggapan ‘mereka adalah betul’. Dan bersikap pesimis (atau bersangka buruk) telahan pula pengasas dan fasilitatornya terdiri dari orang seberang (Indonesia). Berpegangkan modal bahawa ‘kononnya’ Orang Malaysia lebih baik dan ajaran dari Indonesia adalah mungkin sonsang (tambahan pembawaan pancasila dari mereka) atau mungkin ekstrimis ala pengganas Amrozi, Imam Samudera dan angkatannya. Itu adalah tanggapan lazim orang Malaysia hatta ahli agama sekalipun.
Disini saya tidak mahu memperpanjangkan cerita atau membuat ulasan siapa benar siapa salah, kamu benar aku salah, atau kamu busuk hati dan aku adalah suci? Tidak sama sekali. Segala urusan baik benar buruk dan ketentuan adalah milik Allah. Secara jujurnya… kursus ini banyak baik dari buruknya. Ia tidak perfect, seperti diujarkan oleh fasilitatornya, tetapi ia tidak buruk dan ia tidak sekali menyesatkan. Kesimpulan secara mudah dan umum dari aku ialah…
ESQ 165, adalah satu modul diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, yang mengaitkan unsur sains dengan Islam dan Al Quran. Yang memperjelaskan bahawa Quran itu adalah benar dan merupakan mukjizat yang benar. Segala catatan dalam Al-Quran akan dibuktikan kebenarannya satu persatu di kemudian hari. Seperti kita sedia maklum, dunia sains adalah dunia ‘pembuktian’ sehingga wujudnya pihak saintis (yang mungkin juga muslim orangnya) yang mula menafikan keujudan ‘ketuhanan’. Ia juga mengandungi perihal ‘kenali diri anda’. Sebahagian dari kursus ini mengandungi itu dan banyak lagi.
Selain itu ia mengaitkan Islam Is The Way Of Life. Betapa penyucian diri seseorang berdasarkan Rukun Islam dan Iman, adalah asas untuk diri sesorang menjadi bersih. Dengan bersihnya diri dan hati, maka… barulah boleh seseorang itu menjadi pemimpin (leadership) bukan sekadar pemimpin pekerjanya, tapi pemimpin keluarganya dan memimpin dirinya sendiri.
“Jangan taksub dengan ESQ, ia cumalah 1 objek atau subjek, bukan sesuatu bende untuk di puja dan di sanjung. Tetapi ambillah apa yang baik darinya”. Bagi yang masih skeptikal, boleh cuba, dan perbetulkan mereka jika ada yang tidak betul seperti yang mereka katakan.
Saya sebenarnya sudah punyai hati yang kelabu. Tatkala orang lain boleh menangis, hati saya ini masih keras. Saya berharap benar jika saya dapat menemui sebahagian diri saya yang dulu. Siapa saya yang ‘satu masa dulu?’…
1 – Saya orangnya khatam Al-Quran semasa darjah 2. (dan saya masih boleh membaca Al-Quran dengan lancar sehingga sekarang)
2 – Saya orangnya dulu pernah menjadi juara Tilawah semasa Tingkatan 2.
3 – Saya orangnya satu masa dahulu sembahyang tidak tinggal.
4 – Saya orangnya dahulu pernah belajar disekolah arab…
Rupa-rupanyanya… hati saya sudah kelabu, syukurlah.. kerana ia belum hitam. Dan yang pasti, ‘suara hati’ saya masih kuat sehingga sekarang.