Rasanya ayat tuh adalah pepatah, tapi aku tak ingat sangat. Pilihlah yang mana suka.
Tahun ini, plan aku banyak, harap2 tak la jadi seperti last year. Last year dan akhir tahun, tahun sebelumnya, adalah merupakan hari-hari yang malang dan dukacita.
Kata Jet Lee dalam sebuah movie yang dibintanginya… barangkali dari sebuah sajak sasterawan lama bangsanya :
Kisah pahit semalam adalah sejarah, usah di bawa ke hari esok sebagai satu bebanan.
Jadi, marilah kita teruskan hidup, merancang masa depan yang lebih gemilang, sesuai juga dengan saranan ini :
“Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam.” ~ Saidina Ali
Aku tak nak cerita lagi apa yang di rancang, dan apa yang dah aku susun untuk tahun ini, kerana kalau tak jadi… siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka? Aku sendiri hehe.. Kalau jadi nanti baru aku cerita. >_<
*graphic boleh sebarkan, tapi jangan ngada2 buang watermark credit aku, aku saman korang kang, belajar sikit respek kat orang punya hak bleh?.