Anugerah Juara Lagu 20 : Satu Keputusan Atau?…

Anugerah Juara Lagu Ke 20

Keputusan :
Juara Lagu : Gemilang – Jaclyn Victor
Balada : Gemilang – Jaclyn Victor
Pop Rock : Kata – Hazami
Etnik Kreatif : Aduh Saleha – Mawi.
Vocal Terbaik : Kata – Hazami
Atas sebab sms : 😆
Persembahan Terbaik : Mawi

Detail sila ke : Website Rasmi Anugerah Juara Lagu TV3 ke 20

Ulasan aku :
Menonton juga aku akhirnya Juara Lagu ke 20 nih. Peminat2 fanatik tak bertempat fanatik MAWI pastinya amat kecewa. Sebab gagal menaikkan Mawi sebagai juara, meh aku gelakkan korang Muahahaha (Siap effect bergema!) .. 😆
Nasib baik laaaa lain2 kategori tuh dan jugak Juara Lagu tuh takder unsur2 kebodohan SMS yang terlampau. Kalau tidak, sudah tentunya Juara Lagu menjadi Juara SMS atau Juara Fanatik atau Juara Popular tak bertempat.

Sebenarnya.. bagi aku, kemenangan Jac mengatasi yang lain itu dah ada dalam pikiran.
MENGAPA Jac mengatasi yang lain? Jika saya seorang juri (Orang kampung aku ada sorang juri tersohor situ yer :p). Saya ulangi, jika saya seorang juri… saya sudah pasti TIDAK AKAN membuat perkara bodoh seperti :

– Memberi kemenangan JUARA LAGU kepada Mawi.
– Memberi kemenangan kepada
bukan lagu Gemilang
– Memberi kemenangan vocal terbaik bukan kepada Jacyln Victor.


Sebab apa? Adakah bodoh untuk memberi kemenangan kepada orang lain sedangkan Orang Luar sudah mengiktiraf Jac is the best singger before? ..
Asian Music Festival yang berlangsung di Shanghai baru-baru ini telah mengiktiraf Jac sebagai penyandang gelaran JUARA yang mana pernah juga dicapai oleh Siti Nurhaliza (orang kampung aku.. huhu) dan Deja Moss!!!(ntah ada ketidak peminat dia nih..).

Jac juga membawa lagu Gemilang semasa di Shanghai. (Ke korang rasa dia bawak lagu Saleha? Hehe.. nyata korang fanatik tak bertempat tuh..) Sebenarnya aku nak taip aku punya tilikan semalam. Apakan daya aku penat… Jadi, kini sudah jelas mengapa Jac dan Gemilang menjadi JUARA. Senang Bukan?

“RUMAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI MACAM SELALU..”
Selalu camtuh laa paper esok hari atau seminggu nih punya tajuk 😆 ..
Pertikaian mungkin berlaku keatas Hazami. Mengapa? Mengapa lagu Katakanlah itu menyaingi segala lagu yang lain bahkan mendapat Vocal Terbaik? Aku pasti inilah Pahat dan penukul yang paling kuat berbunyi selepas ini. Dan fanatik Mawi pun berkata, rasanya lebih bagus dan sedap suara Mawi! Sepatutnya Mawilah dapat vocal terbaik jika tidak Jac!.. Yer.. korang mmg fanatik kalau berkata begitu, saya maksudkan.. benar benar fanatik, apatah lagi jika anda melenting mendengar kata2 saya ini.

Pada penilaian saya, vocal mawi bagus.. tapi tidak sebagus mana juga. Pada dendangan Saleha yang dialunkan masa itu.. saya sendiri tidak buta untuk berkata Mawi boleh nyanyi live. Dan walaupun rata2 calon berwajah tertekan, sama jugalah Mawi… Wajah yang tertekan. Tekanan walaupun bukan mati pun kalau tak menang. Cuma pada kali ini saya sedikit berpuas hati kerana buat pertama kali saya melihat Mawi menyanyi bersungguh-sungguh. Tidak sambil lewa seperti selalu. Congrats Mawi, bangga makcik2 dan pakcik2 felda.. Banyakkan lagi kesungguhan tuh, walaupun lakonan.. kerana ramai yang tidak suka gaya sambil lewa anda itu.

Berbalik kepada persoalan, mengapa Hazami? Sedangkan lagu itu sendiri tidaklah menonjolkan sebarang special pada vocal. Apatah lagi lagu tersebut banyak ‘repeat phase’. Dimanakah kekuatan vocal? Menurut rasa hati hamba (ceh). Inilah kelebihan menjadi penyanyi yang perform last sekali. Barangkali semua keputusan juga adalah dalam perkiraan yang kedengaran semacam ADIL dan SAKSAMA. Tapi kita tidak nampak, semua ada kebarangkalian bukan?

Sebenarnya.. saya ingin berkata dan bercerita sesuatu. Realiti di Malaysia ini, rata-ratanya suka pada Pakej. Itu yang Hazami tidak ada. Dahulu, pada masa keluarnya Winter Sonata punya lagu Versi Melayu : “Sonata Musim Salju”. Saya selalu terdengar lagu tersebut di Radio. Alangkah Lunaknya suara itu. Siapakah gerangan penyanyinya. Suaranya unik, lemak dan merdu… Malangnya apabila keluarnya insan tersebut di kaca TV.. Saya pasti, sangat ramai yang berkata baik secara terlepas langsung, atau tidak langsung, atau mungkin dalam hati . “Alahai, tak hensemnya mamat nih”… Aku amat pasti tentang itu.. Apatah lagi gaya dan stylenya pada masa itu AMAT PELIK dimata aku setidak-tidaknya. Tidak kurang juga yang mungkin berkata lebih dari itu.

Apa-apahal pun.. PAHAT PASTI TERUS BERBUNYI walaupun zaman ini orang sudah pakai Jack Hammer dan Drill!.. Yeee.. mmg pahat masih digunakan.. :p

***Sebenarnya aku nak taip panjang lagi. Tapi tak larat laa.. nanti jadi terlalu panjang. Bab juri, bab pengacara etc.. no need i think so .. untuk review2 lain bleh lihat beberapa site yang aku suka lawat :

SultanMuzaffar (Woo.. dah glamer dia skang, seingat aku sejak layan ttg AF1/2 dulu..)
JavardKent :Saya rasa blog ini agak berlapik sikit cakapnya, tidak macam yang lain.. hehe
Aku Belum Gila Lagi Tau : Hahaha! Yang nih plak langsung tak ada lapik2. Aku kasi 3 eye shadow tambah dengan berlian-berlian tumpah itewww!
Klubbkidd
* Update tambah link *

Bonus! MP3 Download (ini adalah hasil carian saya menggunakan google okeh! – pada saat saya pos nih link ini adalah aktif ) :
Hazami : Kata .mp3 *
Jacyln Victor : Gemilang.mp3 *
Mawi : Saleha.mp3

Hazami : Sonata Musim Salju.mp3 – Dengarkan kembali lagu ini ..
* – Aku update bila jumpa. hehe