PRA RAYA
Aku balik raya awal juga, iaitu awal pagi jumaat 18hb. Dalam perancangan aku, akan ramai juga orang ambil cuti pada 18hb dan balik hari tu. Aku mengharap tak terperangkap dalam jem teruk orang2 yang balik ke kelantan/pantai timur.
Mulanya aku cadang nak gerak dalam pukul 10malam hari khamis, tapi adik aku sorang dari perak lambat laa.. so kene la tunggu dia sorang sampai. 2 adik aku lagi dari perlis sudah sampai pada petangnya.
Tepat jam 2 pagi aku bertolak dari sek. 7 shah alam lepas makan2 bersama kawan2. Memasuki tol bukit raja (NKVE) keluar selepas kawasan bukit lanjan (tol ape ke nama, jalan duta?)… Kemudian memasuki lebuhraya DUKE dan keluar terus tol gombak.
Tol percuma di gombak dan bentong adalah bagus juga. Cuma seperti jangkaan, kebarangkalian tol percuma ini menyebabkan jalan sedikit sesak. Tiada jammed sehinggalah selepas genting sempah. Selepas itu traffic mula bergerak perlahan!.
*live twitpic sekitar exit bukit tinggi area on karak
Selepas keluar tol bentong, jalan menjadi sesak, susur keluar melalui jalan lama bentong ditutup, semua dikehendaki keluar di exit lebih hadapan disini bermulalah jammed hinggalah ke bandar bentong.
*gambar ini dihantar live melalui twitpic aku dari henpon oleh adik aku yang tak pandai eja JEM dalam bahasa inggeris. 😀
*cahaya disebelah atas lampu belakang kanan kereta di depan adalah lampu2 belakang jammed yang panjang, ah.. kamera henset tak mampu merakam lebih baik.
perancangan nak bersahur dirumah tidak menjadi, kerana sampai di sg. koyan sudah hampir jam 5.20pagi, yang mana sahur mungkin tinggal lagi 15 minit. jadi kami berhenti sahur di situ.
sahur dengan 2 pinggan mee goreng bahagi 4 orang. sampai rumah kol 6.30 .. kemudian tidur dan bangun tgharinya. 🙂
sambung later…
* ini copy paste dari post aku kat forum pergh jer.. malas taip dua kali. wakakak..
* untuk bende2 yang dah lepas, aku dah draft, cuma tak complete untuk di post kan lagik.
Pautan :
My Twitter : http://www.twitter.com/mysticmind
My Twitpic : http://www.twitpic.com/user/mysticmind
My Pergh Topic : http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,13825.new.html