Debat Anwar vs Sabery Chik – Ulasan Aku

Debat Anwar vs Sabery Chik : Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak.
Anjuran Agenda Daily

(kredit gambar agenda daily)

Debat Anwar Sabery Ulasan

Aku ambil copy paste je lah dari mana2 post aku sendiri kat forum (dengan sedikit editan). Hahaha.. Malas betul.. saja nak amik part dalam bebende camnih.. Aku pun amat ambil tahu ttg keadaan semasa, sama macam orang lain..

Pertamanya! : Blog aku bukan fasal politik dan aku lebih suka memilih bersikap berkecuali… aku tak mahu jadi macam orang kebanyakkan yakni :

“Orang PAS bawah tempurung pas, Orang UMNO bawah tempurung umno, orang PKR bawah tempurung PKR.. padahal korang semua katak yang duduk bawah tempurung masing2 dan tak paham or buat2 tak paham tentang tempurung orang lain. Dan selalu menyalahkan katak tempurung lain dan menggangap tempurung sendiri baik dan mulia sangat!. Padahal pemikiran ketua tempurung jauh dari katak2 ditempurungnya. Bahkan bleh lepak borak2 sesama ketua tempurung. Katak bawahan bisingnya mmg lebih! “

Nak cakap politik yang baik, korang tidak boleh memandang hina siapa2 pun, dan hendaklah melayan manusia pada hak yang sama walaupun sekeji mana mereka. Dan sebaik mana mereka… mereka tetap manusia.. bukan malaikat apatah nabi. Bahkan ramai yang berkepentigan!. Memuja manusia keterlaluan adalah salah.

Berikut ulasan saya dari petikan pos di forum .
*****
Malam ini Sabery Chik kalah teruk secara tak nampak..  mengapa?
Sebab dia banyak melakukan PERSONAL ATTACK.  So dia adalah gagal.
Tapi aku takkan suruh dia letak jawatan (macam korang semua). sebab dia jer yang berani open buat bebende camnih.. aku nak dia kekal dan wujudkan lagi banyak debat camnih.. harap2 bleh tgk debat sesapa ngan Pak Lah..

Mesti paklah akan kata.. “Alah.. aaa.. eeee.. uu.. oklah.. ”
*****
“Demi kepentingan negara & rakyat”..
ini adalah cara menggoda orang2 ramai dan rakyat jelata. Machiavelli stylo hoh!..

Ape2 pun.. anwar tetap pemidato yang hebat.. tapi aku masih tidak suka anwar..
Yang paling berpuas hati ialah Hassan merican.. dah lama dia terbeban sebagai ‘Orang Petronas’ yang selalu rakyat jelata(macam korang) salahkan . Lega dia hari ini.

Kalau paklah yang lawan tadik.. mesti Anwar akan kuarkan tentang KETIRISAN INI :
http://test.chedet.com/che_det/2008/06/rapid-kl.html

*****

Dengan tidak mempedulikan serangan peribadi dan bersikap ‘fokus on topic’ membuatkan anwar kelihatan lebih pro dan matang. Amat mengecewakan dengan Shabery Chik berbuat demikian, aku mengharapkan lebih dari Sabery Chik, dan apakah kerana karisma perwatakan (yang mungkin dibuat) oleh anwar, membuatkan saberi goyang.. yang seterusnya menjadikan debatnya huru hara. Nampaknya saberi kalah dengan mainan psiko anwar: (tepuk dahi, senyum sinis, bercakap dengan nada sinis dan menjatuhkan keyakinan saberi pada diri sendiri)

Anwar juga berjaya menawan rakyat jelata yang mudah terpengaruh dengan ayat2 kerama “Demi negara dan Rakyat”. Sekiranya frasa ini tidak di ulang dengan kerap, saya mengganggap ia jujur.. Tetapi kekerapan ulangan frasa menjadikannya seorang yang ‘look like a caring person’. Aku merasakan ada lebih dari 15 kali frasa ini disebut. Dari segi psikology lazim, repeats phase akan menghasil tarikan, kepercayaan, mempengaruhi dan sedap didengari!. Mainan psikologi yang amat baik juga. Perhatikan juga bagaimana frasa “Demi/ untuk/ kerana Negara dan Rakyat” disebut anwar.. lihat cara dan intonasi penekanannya bagaimana.. nah!.. anda terpengaruh bukan? Anda patut faham itu. Itulah mainan politician. (dan saya tidakkan terpengaruh)

Apa2 pun, pointnya anwar memang betul dan berasas.. tapi ‘cakap tidak semudah buat’ juga adalah amat benar. Namun dalam konteks PM paling lemah didalam sejarah malaysia ini, apa yang boleh dia lakukan? Bende mudah pun tak mampu inikan pula bende2 susah.

Dan aku masih berharap saberi chik dikekalkan.. kalau dia letak jawatan.. siapa nak ganti dia? zainuddin maidin tuh semula ke? ataau sesapa lagi teruk dari dia? Wah! lagi la rosak… Nanti diharamkan blog dan internet sekali silap2 wooo.. so biar saberi… at least dia seorang yang open… berani… sampai kadang2 macam aku rasa.. dia saja bagi can kat anwar.. or.. adakah dia peminat anwar dalam diam? 😛

Dan aku masih tetap kurang suka anwar, apatah lagi jika dia jadi PM. Memang Paklah teruk.. Najib tak bleh diharap sangat.. jadi Anwar mungkin layak.. tapi lebih bagus Nik Aziz dari dia.

****** [Tamat copy paste post sendiri ] *****
Kita juga sejujurnya bermasalah dalam kepimpinan “Melayu Tertinggi” hari ini. Secara umumnya jika mesti dilihat dari kacamata ‘BEBAS’ bukan ortodok politik.  Bukan fanatik tak bertempat (macam orang kebanyakkan).. Ya! Bila kita terlebih menyokong sesuatu, penilaian dan analisis kita akan jadi tidak wajar, dan berat sebelah! Jadi penganalisis yang baik, perlu berada ditengah2 dahulu.

Siapa paling layak jadi PM malaysia?

Paklah – lemah yang amat dah terbukti,
Najib -boleh lah walaupun masih dikira lemah (tapi aku kurang gemar dengan Rosmah, aku takut dia menjadi subjek kelemahan najib!),
KJ – hell big no no – hancur malaysia silap2,
Nik Aziz – dah tua,
Haji Hadi – agak ekstremist (dan laterly tak sihat),
Karpal dan Lim Kit Siang hahaha ? (bukan melayu –  syarat jadi PM).
Anwar – Oportunis dan terlalu bercita2 – aku tak suka marchivellist style gak. (dan bagi aku, kadang2 ada sikit bermuka2 )
Sape lagi?
Hishamuddin – mungkin bagus (Tak suka dia sebab dia kelihatan lembut? itulah masalah ortodok seperti korang)
Mukhriz – perjalanan jauh dan sukar. (tapi tak mustahil orang cam dia, kalau cukup pencalonan. Dia akan cabar kerusi presiden Umno – He got nothing to lose!)
Muhiddin Yassin mungkin bagus dan ada berani serta sedikit integriti.
Salahuddin Ayub (Pemuda Pas) mungkin bagus – perhatikan betul2.
Ezam – no lah.. aku tak suka orang lompat2 nih.
Kuli – arrr luar zaman dah…
dan sebagainya..

Wah.. mmg masalah melayu ini…

(aku menunggu pos Ayahanda Tun M hal ini di blognya. Aku rasa pasti dia akan bongkar ttg Anwar , kritik saberi, dan kritik paklah.. juga membicarakan ekonomi downturn kita.. Ya! ekonomi kita makin turun.. bukan sikit tapi TERUK! aku sendiri dah rugi banyak di BSKL/KLSE/Bursa.

BSKL Merudum Dari 1800 point.. kini bawah 1100 point!, dan bile Pak Lah kuar statement – Ekonomi masih stabil semalam, BSKL jatuh lagi!. False economy statement dari seorang PM, amatlah memberi kesan yang besar!)

Alangkah baiknya kalau ada di Malaysia ini pemimpin yang punya Pemikiran Sehebat Ayahanda Tun Mahathir dan Hatinya Setulus hati Tuan Guru Nik Aziz (ayah ziz)