Cuti 4 hari, kerja sehari, cuti balik 4 hari.

Aku nak bercerita pasal cuti 4 hari dari 12 – 15hb Mei 2007. Aku menjelajah 4 negeri dalam masa 1 hari. Tapi aku malas nak cerita sekarang.. Sebabnya… Hari nih aku MC 2 hari sampai Jumaat, pastuh sambung 2 hari cuti sabtu ahad. Sebabnya…

2 Biji mata aku macam nak terkeluar bile tunduk… sakit nih.. Adeh.. awat laa kesihatan aku asyij drop jer skang nih… Ingat sehari MC dah ler.. dah doktor bagi 2 hari.. sebab dia kata agak teruk sakit mata aku nih. Mmg pun.. , aku rasa nih laa sakit mata paling teruk aku rasa setakat nih.. Berdenyut siut. Bangun pagi… aku rasa cam buta sebab mata tak leh bukak… Najis mata agak banyak melekat.. Yearrkkk….

Semalam kerja sehari jer.. dah cuti balik.. Dah la masuk lewat sebab ujan lebat tanpa henti! Kerja dah la tengah banyak nih… Badan tak sihat plak…