Bila tiada idea nak tulis blog, maka kita MERABAN…

Maka kita merapu sajalah, asalkan blog berupdate. hahaha… 😀 Bleh gitu?


*gambar diatas terlalu menarik sampai aku ‘tercuri-guna-tapi-beri-kredit’  kepada en. Ubi dari Facebook ‘Kuala Lipis Daily Photo’ – Byk lagi gambar2 menarik Kuala Lipis di sana, dan juga bleh saksikan mesej berloghat ‘Lepih’ yang aku nak ceritakan disini.

Hermm.. apa aku nak cerita hari nih. Takda idea lah plak… Ermm… kita merapu ajelah erk…

Merapu, atau merepek. Orang kelantan plak kata, ‘bual koksey’. 😀 Dan aku bagi korang BONUS! dalam loghat pahang ialah… MERABAN! (sebenarnya tak berapa tepat jugak) Contoh2 ayat ini digunakan seharian :

“Pepalih! Aok nih, cakak meraban aje, sia mala meraban. Cube aok cakak elok2 skek “.
“Ah, sudoh, raban la doh. Tak bleh bior mende maca nih” .

(*sebenarnya, loghat pahang sangat susah untuk di eja, sebab itu ada bermacam gaya ejaan bagi 1 perkataan 😉 )

Kira2 lebih kurang camtuh lah kepenggunaannya. Apa2 pun, loghat, atau bahasa Pahang ini tidaklah sepopular bahasa2 negeri2 lain. Tambahan plak, ada beza jugak loghat pahang nih pecahan mengikut daerah. Daerah sebelah Rauk (atau Raub) dan Lepih (K.Lipis) juge Bento (Bentong) mempunyai agak banyak ketidakserupaan loghat dengan sebelah2 Temerloh, Jerantet (Jerantut) dan Mentakab.

Manakala disebelah kuantan maran dan sebagainya dah lain plak, tapi sana cakaknya lebih ala bandaran dah sikek. Sama juga sebelah2 Jengka dan kawasan sewaktunya kerana, kawasan ‘Felda based’ lazimnya penduduknya bercampur2 dari pelusuk Malaysia. Ada felda2 tinggalnya pencen2 tentera, kawen orang tempatan dan sebagainya menjadikan loghat mereka tidak se-hulu tempat2 lain.

Tapi kash pernoh dengo ora tue ulu kechor tui punye loghat, lagi laa… pepalehhhhhhhh pekhatnye… 😀

Sekian. 😀