Bersikap menyokong yang popular bukanlah perkara bagus!

Menyokong yang popular, bukan lah perkara baik. Yang betul ialah menganalisa dan mengkaji pihak lawan atau musuh. Dalam hal ini, bukan saja soal BOLA tapi soal bende2 lain juga.

Kita lihat betapa kelakarnya atau sedih (pilih salah 1)  penyokong MU, dan baru sebentar tadi Kelantan. Jika korang orang Kelantan, atau Terengganu tidak kisahlah, kerana menyokong negeri masing2, tak la orang kata ‘murtad-kenegerian’ plak hehe. Nih aku tgk ramai yang bukan ada negeri mereka pun overdose nak menyokong yang popular. Itu tak termasuk lagi teruknya penyokong2 bola ‘ehem ehem’… Bukan negeri diorang, bukan gak  negeri pakcik2 diorang, tentu sekali bukan kelab hak milik keluarga diorang. Tapi sebab popular diorang sokong.

Lagi 1… sama gak sukan F1 kegemaran gue, dulu ramai benar sokong Ferrari sebab dia popular, tapi bile Ferrari haram tak menang 2 3 tahun nih, nak pakai baju Ferrari  pun dia malu, ada yang tiba2 jadi fan Red Bull racing plak, padahal dulu dia lah konon penyokong berani mati ferrari. Lalang bebb.. lalang!

Oh!!!.. ada lagi parah.. soal menyokong pemimpin?… kaooo masih nak pilih yang popular kah? Yang keluar TV hari2 macam bagus? Popular bagus? Atau macammana? Belajarlah mengalisis dan janganlah suka sangat yang popular.. contoh lain gak… Toyota.

Hahahaha…