Ok.. beberapa hari lalu aku ada mention pasal aku kuar beli 10 biji pc ngan kawan aku tuh kan… So mmg kitorang gi beli lah. kat mana aku beli PC murah tapi power nih? Betul ke murah tapi power? ke cakap je lebih? Hahaha.
*unpacking the new set
OK!.. untuk mengecewakan anda, tiada bende yang murah tapi power, kalau ada jawabnya banyak la nampak ferrari (boring) saja kat jalan. Ataupun berlambak2 la R35 GTR kat jalan gak hehe.
Berbalik pada cite asal, aku pun kebetulan arituh mmg dah plan dah nak pergi 2 3 hari sebelumnya nak pegi beli unit PC baru untuk Cybercafe member aku nih. Tapi duk tunggu ada orang nak beli PC lama tuh 10 unit sekali gus, tapi lepas postpone tangguh lagi, pastuh van rosak la ape la.. pastuh call2 tak angkat dah. Tah mende2…
So kitorang pun tak mau la tunggu orang tuh beli. Cari client lain la.. ada kira2 20 biji PC lama nak dijual. PC2 tuh elok lagi, gaming specs cuma agak lama dan kurang sesuai utk keadaan semasa bagi peniaga seperti kami. Tapi kalau setakat nak pakai kat rumah tuh, on 24 jam seminggu pun xde hal la. Cumanya kitorang perlukan PC yang latest sket dengan graphic card lebih power untuk support game2 baru tanpa masalah.
*pasang dan install
So… kebetulan hari tuh, adik ipar aku ngan adik aku yang kuat partinya turun dari Perak nak ke Himpunan Samsidar kata Tv3 bangang Himpunan Kebangkitan Rakyat aka #KL112 . Adik aku pinjam kamera aku lagi.. siap aku kata kalau hilang ke rosak ke ganti. (nanti aku upload gambar yang dia shoot, bagi panas sket… not bad gak, ada bakat adik aku nih shoot shoot huhu.
So adik ipar dan adik aku dan sedaramara dia sorang… diorang naik komuter kat Padang Jawa nih, pegi ke KL. So 4 x 4 dia (Mazda Fighter) tuh tinggal kat aku. So kitorang pergi la beli kat long-term-biz-partner (dah masuk 5 tahun kenal leng chai nih) pembekal kitorang somewhere in Klang (rahsia bisnes hehe) dengan 4×4 tuh, tak muat twin cab letak kat belakang, mujur la tak hujan hihi.
Ada ke PC murah tapi power?
Ada… cuma bergantung korang power ke tak aje. Kalau korang tak power dan konon2 nak jadi power, ikutlah tipical BLINDED BY THE BRAND… seperti pembeli Mac yang lain kah kah.. (oklah, ada exception utk yang betul2 by the reason yang reasonable – tapi ramai beli sebab brand je heh!). Orang pro main custom made, dengan bajet tertentu atau unlimited buat SUPER PC!. (Tak semestinya dia layan windows je, ubuntu bleh apa2 pun bleh)
Takde la aku beli SuperPC.. tapi let say… kalau kat market, orang kebanyakkan beli PC gaming spec (bukan super hi end) dengan harga RM1500.00 , tapi kitorang bleh beli pada harga RM1200.00 .. itukan bermakna, murah tapi power kan? kaaaannn…
*monitor lcd lama utk dijual. RM180, ada lagi beberapa unit. SMS aku kalau berminat.
Apetah lagi kalu ada bajet untuk PC yang orang lain beli pada harga RM3500.00 tapi kitorang beli pada harga RM2500 kannnnn… So mean, kitorang beli barang… MURAH TAPI POWER.
Dengan harga sebijik overated iMac, kitorang bleh buat superPC yang sekali ganda lebih hebat. Amacam? 😉
NOTE: Sebelum nih ada kira2 dalam 20 biji pc lama nak jual murah2 jer seken (sebab seken toksah la nak expect tahap gaban kan.). Tapi 10 biji dah ada orang book (orang lain, bukan orang yang problem tuh), dan dah beberapa biji dijual pada kawan2. So masih ada sikit lagi nak jual.
Specs PC lama tuh lebih kurang :
Complete set CPU + LCD 17″ Square + Mouse / Keyboard / Speaker
Intel Dual Core
1GB / 512mb Graphic Card (tapi 1GB graphic card punya dah sold out. )
2GB RAM
320GB Hardisk
RM 520 Nego tipis.
Again, minat kalu, helo aku. 😉