Balik kampung lagi… dan makan macam-macam.

Aik? Dalam keadaan yang teramatlah Eko-NO-Money nih… lagi balik kampung ka? Bulan lepas dah balik kampung, bulan nih lagi balik kampung. Haiyaa…

Itulah… dalam keadaan parah camnih pun… lagi balik kampung. Nak wat camner, ada urusan keluarga kene lah balik. Nak kata penting tak penting, penting jugalah. Nak kata tak penting… penting lah juga. Khamis aku kena ada kat kampung…

Kali nih aku balik sebab mak aku suh balik. Short notice, tak la short sangat. dalam seminggu awal gak, cuma aku jer konpom tak konpom balik.  Aku plak last minit plan nak balik (poket… sangap), tuh pun mujur pasal adik pompuan aku noor (no 5) ada bawak kete ke Poli sabak bernam tuh, katanya ada sukan (main ping pong kalah heh! ). Jadi kitorang 4 beradik gerak balik sekali 1 kereta.  Gerak kol 12 malam dari Shah Alam, sampai jam… 3 pagi kot. Kuala Lipis shah alam 300km lebih kot, tapi kampung aku nih tak lalu pun bandar lipis tuh. 😉

Hermm… di kampung aku nih, ada giliran rumah setiap bulan akan diadakan lawatan, jamuan dan sebagainya. Aku taknak detail la pasal tu. Keutamaan balik nih kerana ada kenduri kecik kat rumah, merangkap tahlil arwah. Dan jugak jumpa adik beradik ramai2. 

So… kali nih giliran umah aku, dan sekali jalan, buat tahlil untuk arwah ayahanda aku yang sedar tak sedar dah 2 tahun meninggalkan kami. (tiap kali aku teringat ayah aku, aku sedekah alfatihah.. 🙁 ) Sebenarnya dalam setahun nih, dah banyak kali gak wat tahlil. Time raya buat, time bulan puasa buat, aku pun dah tak ingat bape kali. Semoga kubur arwah ayah sentiasa disinari cahaya2 doa dari anak2nya.. (aku sayang ayah aku T_T ). Selalunya kitorang buat bila adik beradik yang 11 orang nih ada semua kat rumah. Macam time nih… semua adik beradik aku ada kat rumah. Termasuk adik pompuan aku no 2 dan suaminya (adik ipar aku lah tuh – walaupun dia tua 2-3 tahun dari aku hehe) bahkan anak2 sedara aku seramai 5 orang semua ada.

Dari pagi khamis tuh, semua kitorang sibuk. Masak adik beradik jer… Adik ipar aku rajin sangat, ikan dia bakar, sambal dia buat, daging dia salai (sedapnye kalau wat masak lemak nanti) aku tabik la… aku nih tak rajin sangat bab masak2 nih, tolong2 beli barang ka… tolong makan kaa.. bleh laaa…  Masak2 tuh serah la kat adik pompuan aku dua orang dan mak aku, jiran2 datang tolong time menghidang je, takmo nyusahkan diorang kata mak aku, lgpun bkan ramai pun.. abis kuat pun dalam 80 orang kot?. Sebut jer… menu macam2.. ada ikan talapia bakar, ayam goreng, kambing golek, sup gearbox , ulam petai-kacang botol-pegaga, gulai lemak nangka dan sebagainya… semua ada… Ada gak bubur durian.

Time tahlil tuh aku tak de plak amik gambar (sebenarnya adalah kepelikkan plak time orang sibuk bertahlil tuh kita amik gambar, adaaa ka..) Lepas abis tahlil tuh ada la sket tazkirah sekian2… pastuh barulah makan2… Aku menambah 3 4 kali, makan biar puas hehe.. Lepas makan2 tuh sambung plak makan2 durian kat luar, ada jiran2 bawak. Durian kampung tu… fuh…


*gambar diatas jer aku ada amik hehe..

Sebenarnya sepanjang hari tuh aku makan durian (mmg tgh musim durian kat Pahang pun skang)… bak kata orang, sampai kentut pun bau durian dah wakaka… giler arr.. mujur tak demam. (adik aku sorang sampai demam, lemah antibodi sungguh!). Sampai dkat2 kol 12 malam gak la ada orang kat umah aku. Adik2 aku main lari2 lah ngan anak2 jiran. Anak2 sedara la semua la.. kecoh suasana cam hari raya plak. Seronot sangat diorang.. aku pun tumpang seronot tgk gelagat diorang je la hehe.. Kang kata orang buang tebiat lak kalu aku main lari2 join diorang…

Then… malam tuh abis majlis.. semua pakat tido je. Penat seh. Hari jumaat, pegi semayang jumaat ramai2. Semalam (pagi sabtu), dalam jam 10 sebelum aku balik Shah Alam nih… pakat2 pegi kubur ayah, baca yasin dan tahlil lagi. Alhamdulillah… adik beradik aku yang ramai nih, semua boleh baca Al-Quran, jadi kitorang wat bacaan Yassin sekali, Aku? come-on la.. adik2 aku pandai, malu la kalau abang sulong x pandai. Gua khatam Quran darjah 3 beb. (cuma gua rock sket jer- kalau tak mesti dah jadi ustaz 😀 ) :P. Yassin kat kubur nih, adik aku no. 7 (Azamuddin) jadi kepalanya… Dulu2 aku, tapi aku bawak tahlil xde masalah, cuma gagap skit baca doa panjang berjela hehe… Lagipun biarlah adik2 aku semua pandai huhu…

Dan lewat petang, aku pun gerak balik Shah Alam 3 beradik… Sekian cerita personal aku.. (blog aku, aku punya suka la nak citer apa haha.. Lagipun asik citer informatif dan heavy je.. kecamuk otak lak memikirkannya)

Dan balik ke Shah Alam, dah otak mula kecamuk balik, memikirkan bermacam2 hal… Semoga dipermudahkan segala urusan harapnya.. Amin…

P/S: I Love You! Ehh… nih pos ke 8 daripada 100 ok. 😀