Hari nih, takde mood sangat nak update sambung semalam, so aku update pasal perkara lain aje la. Hari nih, tengah hari tak lapar, sebab sibuk mencoding web 1 client, buat kedai online dia. Malam baru aku makan nasik putih, paprik ayam yang sedap bangat nih. 😀
Padang Jawa nih sebenarnya… bolehlah di katakan food heaven bagi Shah Alam. Macam orang ramai2 makan kat KL tuh, ialah kat Kampung  Baru.
Selain daripada banyak kedai yang buka, sebenarnya suasana ala kampung tuh masih ada kat sini. Faktor besar lain yang menyumbang juga adalah harga makannya rata2 lebih murah berbanding Shah Alam. Menurut perhatian aku, hampir RM1 – 1.50 beza tahap murah berbanding Shah Alam. Tak percaya? try sendiri haha.
Aku yang kadang2 dah bosan makan sini, pergi makan ke luar (yakni sebarang seksyen di Shah Alam) dan ada gak beberapa spot favourite aku kat luar. Tapi tuh la, kadang2 pikir2, lagi banyak kedai dan macam2 makanan ada kat Padang Jawa tempat yang aku duduk nih. Lagipun kadang2 tengok banyak betul kereta keluar dari Padang Jawa nih lepas time makan malam dan tengahari juga.
Mungkin, 1 masa dulu, Padang Jawa merupakan kawasan yang agak low class bagi sesetengah orang kerana tempatnya yang agak kurang tersusun, tapi bagi aku yang dah lama duk sini, bagi aku kat sini kejiranannya masih ada. masih kenal orang sebelah rumah, masih ada bertegur sapa. Yang aku doubted berlaku banyak di luar sana. Lagipun tempat nih dah jadi macam kampung sendiri.
Padang Jawa, Syurga Makanan.Â
Ada beberapa spot dan kedai terkenal di sini, aku cite 1 demi 1 kalau aku rajin nak buat hehe. So aku nak fokuskan pada kedai yang mungkin tak ramai orang tahu atau ramai juga yang dah tahu.
Kedai ini bernama PJ Cafe. Bukan Petaling Jaya ya! tapi Padang Jawa Cafe. Menu dia banyaknya boleh tahan, dan masakkannya bagi aku kekal baik tahap kualiti dan rasanya konsisten sampai sekarang!. Â Kedai ini gak ambience nya boleh di puji. Lighting cukup, tv LCD besar ada, bilangan meja sedang2, dan ADA SISTEM! itu amat penting. Sebab apa?
1 – Sebab ramai kedai melayu, time nak ambil order lembab.
2 – Dah ambil order lambat plak sampai, ada yang air habis dulu.
3 – Lepas dah siap makan nak pegi bayar. Tanya “Makan Apa tadik? ”
Point yang no 3 tuh … Kepale hotak dieeeeee…. menyampah nak mampus aku ngan kedai2 takdak sistem camtuh. Kalau orang tipu cakap, “Saya minum air kosong je tadi”, tau plak tipu. Bongok tul, harap meniaga je lama, sistem takdak. Bengonnggg… bende sesimple tuh pun tak reti2 nak improve hadoih… Tuh tak termasuk lagi nyampah tgk pelayan kedai duk tergedik2 ngan boy dia yang melepak sehari suntuk kat kedai tuh.
So. kedai ini ada sistem yang bagus dan paling penting! Rasanya juga bagus! Turut ditawarkan sekali menu2 western seperti lamb chop, chicken chop, grilled, french fries, wedges dan banyak lagi. Rasanya? Not bad sedap juga kebanyakkannya. Harga? murah. kurang RM15 untuk portion yang agak besar bagi chop chop tuh semua. (*nanti aku buat review lepas makan nanti amik gambar sekali hehe) .
Untuk nak pegi kedai nih, masuk jalan utama Padang Jawa tuh aka Jalan Mat Raji. Pergi terus sepanjang jalan tuh, selepas pangsapuri puteri tuh depan sikit sebelah kanan juga ada PJ Cafe, suasana dia nampak romantik pada waktu malam. Siang tak buka, dia buka lebih kurang jam 5 sampai 1 – 2 pagi camtuh.
Saya makan tadik, Nasi Putih,  Ayam Masak Paprik, Milo O Ais, adalah sedap dan berbaloi2 dengan harganya RM7.50. 😉
Sekian dari saya melaporkan untuk TV padang jawa hehe.